28.11.15

--- Gunung Pinatubo ---

Sebelum meneruskan karangan ini, aku nak ucapkan terima kasih kepada Nazrin. Siapa Nazrin ni? Haaaaaaaa.....Nazrin ni member aku. Gunung Pinatubo ni aku nak datang sebab tengok instagram dia. Nampak macam menarik tengok gambar-gambar dan video-video beliau semasa travel kat sini. Kemudian, aku bertemu dengannya untuk temubual dan dapatkan tip-tip.

28 November 2015

Seperti yang dipesan oleh guide, kami turun di depan McD Capas. Kami sampai di sini jam 03:00. Seberang jalan sana kelihatan sekumpulan tricycle. Datang 2 orang untuk offer perkhidmatan. Kami tolak dengan cara baik sebab kami nak rileks dulu. Kami lepak di sebuah mini market sebelah McD. Yang best, dia tahu kami nak ke Pinatubo. Aku cakap Sonia Guesthouse. Dia siap keluarkan name card Sonia Guesthouse tunjuk. Ok2....aku percaya. Hahahaha.......

Sambil lepak dan rileks tu, aku google lokasi Sonia Guesthouse. Selain google, aku tanya juga budak yang jaga mini market tu, tapi dia tak tahu. Dia pun macam tak faham apa yang aku cakap. Mungkin English aku tinggi sangat. Hmmmmm....... Aku saja google dan tanya-tanya tu sebab tak nak kena tipu jer.

2 orang yang bawa tricycle tu siap datang parking depan kedai dan tidur. Bersungguh-sungguh dia nak tawarkan perkhidmatan. Tu yang buat aku lagi tak sedap hati.

Hampir jam 04:00. Kami pun ambil keputusan untuk bergerak. Satu tricycle, 300p. Lay memang dah pesan tambang tricycle harga itu sahaja. Kalu lebih, jangan naik. Aku, Am dan Daus satu trycycle. Ana, Ecah, Azizah dan Lina satu tricycle. Serius.....pengalaman yang sangat menarik naik tricycle ni.




Kami kena berada di waiting point sebelum jam 08:00. Masih terngiang-ngiang pesanan Joel dan temannya pada kami.

Alhamdulillah....kami selamat sampai sebelum waktu Subuh. Masa kami sampai tu, sudah ada sekumpulan pelancong Filipina. Kami pun tunggu dan sempat solat Subuh.

Di sekitar waiting point ni terdapat banyak Guest House. Untuk toilet, kami pergi sahaja di guest-guest house tersebut. Tandas 50p. Mandi 100p.

Masa terus berlalu... Datang la seorang wanita dengan membawa kertas dan pen. Rasanya dia ni la Sonia tu kot.






Then dia mula memanggil by group. Kami membuat bayaran, 1350p/head. Wow...... terkejut gak aku masa dengar harga tu. Yang kami bayar ni pakej jalan-jalan jer. Ada juga pakej yang sekali dengan makan. Maka, terpulang la kalau ada yang nak sekali dengan makan.

Pelancong semakin ramai. Sonia membahagikan para pelancong kepada beberapa group kepada transport. Sebelum itu, sedikit taklimat dari beliau berkaitan tour yang bakal kami lalui. Beliau memberi penerangan dalam bahasa Tagalog dan sedikit-sedikit english. Mujur aku faham semuanya. Ye la, aku kat Malaysia memang layan citer Filipina what.

Jam hampir pukul 07:00, kami mula menaiki jeep dan bergerak menuju ke destinasi. Yang bergaya, tetap nak cantik u all...!!! Wanita dan kejelitaan, berpisah tiada...



























Jangan bergambar kalau korang tak nak bagi apa-apa pada budak-budak asli ni. Memang dah habit, selepas bergambar, kena gift something. Not for free. Hahahahaha....

By the way, di kawasan ini terdapat satu kaum orang asli yang menetap di sini. Jenis apa, kaum apa, dan banyak lagi, aku tak tahu. Korang kena gi muzium la kalau nak tahu. Hihihihi...












Perjalanan menaiki jeep tu tidak lama. Kurang 2 jam, kami sampai di satu perhentian. Semua jeep hanya boleh sampai sini jer.

Sebenarnya terdapat 2 lokasi yang jeep-jeep ni berhenti. Tadi satu area orang asli. Saja berhenti untuk bagi pelancong bermesra dengan orang asli area situ. Kita kan masuk kawasan diaorang. Kena la respect. Betul tak?

Dari sini, semua pelancong akan berjalan. Setiap group ada guider. Adalah dinasihatkan tidak lost dengan guide. Bukan kerana sesat, tapi lebih kepada transport. Kang tak tahu mana satu jeep yang naik tadi. Padan muka.

Guide kami nama Ronaldo. Mmmmm....kalau tak salah la. Tapi bunyinya seakan-akan. Bagi mereka yang ambil pakej makan, nanti guide tu akan bawa sekali. Very nice guide. Sangat caring pada pelancong yang dia bawa. Masa kami nak lintas sungai pun, dia siap tolong pimpin lagi. Takut kami jatuh. Rasa safety sangat. What the happy world. Kihkihkih....




















Apa yang boleh aku katakan sepanjang perjalanan dengan jeep tadi memang sangat awesome. Pemandanganya terbaik. Berbaloi la dengan bayaran tadi.

Masa aku tengok member aku nya video, suasana dia panas dan pasirnya putih bersih. Tidak waktu kami ni sebab pasirnya agak gelap sebab basah. Sekarang musim hujan. Maka, ada kawasan-kawasan yang menjadi sungai. Apa yang aku boleh katakan, mungkin kawasan ini adalah kesan daripada letusan gunung berapi Pinatubo ini. Maka terhasillah apa yang kita lihat ini.

Untuk berjalan kaki pula, masa diambil juga lebih sejam.

Langit sekejap panas dan sekejap mendung. Sesekali terasa ada titisan air hujan. Berdoa dalam hati agar cuaca hari ni cerah. Huhuhuhu......

Kami tiba di starting point carter sekitar jam 0932. Di sini terdapat pondok dan tandas. untuk pelancong rehat. Kami juga berehat sambil makan roti dan tuna yang kami beli di mini market awal pagi tadi. Itu jer yang mampu kami makan. Huhuhuhu...

15 minit kemudian, kami sambung kembali... come join us...ni memang treadmark Amin.

Terdapat papan tanda rujukan masa perjalanan yang diambil oleh setiap pendaki. So boleh tahu la tahap mana kan.

Trek dari sini sudah tidak sama macam tadi. Lebih kepada sungai dan mendaki sikit sebab sedang menuju ke crater.










Alhamdulillah...subhannallah....ucapan yang terucap apabila terpandang tasik ini. Kami selamat sampai di Puncak Pinatubo. Nampak tak dalam gambar betapa gembiranya kami. Horeeyyyy....








































Lebih sejam setengah kami lepak di sekitar Pinatubo. Bergambar....makan....bercerita...tengok orang...lompat-lompat...buat video klip...dan macam-macam lagi. Guide pun macam dah bagi tanda yang masa is time to go back (11:52).















Kami tiba di Sonia sekitar jam 15:00. Letih dan lenguh duduk dalam jeep. Kami buat pengurusan diri di guest house pagi tadi. Auntie tadi baik siap bagi kami lepak-lepak dalam bilik lagi. Alhamdulillah...dapat tunaikan solat.

Gadis-gadis mandi kat area belakang.

30 minit sudah geng lelaki selesai mandi. Kami menanti teman-teman wanita. Dah rasa puas berborak dengan auntie dan tetamu lain. Gambar kat insta pun dah berjuta-juta upload dan  2 3 orang jer yang LIKE. Kaum hawa masih belum siap.

It usually happen everywhere. OMG...!!! Kita dah la nak kejar masa. Nak sampai Manila sebelum malam. Apapun, kita memang memahami.... Kami serah pada yang pakar, Amin untuk settlekan.

Trycycle pun kami dah cari. Auntie tu tolong carikan. Satu tryclye 300p, manakala yang satu lagi dia nak 400p sebab naik 4 orang. Kami tawar lagi untuk 300p jer. Dia macam tak nak. Kami pun takper nak cari lain. Dia pun ok plak. Hmmmmm........

Kami bagitau auntie dan driver tu yang kami nak naik bus menuju ke Manila. So dia kata Junction.

Sebelum bergerak pulang, kami ucapkan ribuan terima kasih kepada auntie yang baik hati. Dia sempat berkata pada aku, 'your face and skin, like me.' Aku hanya mampu tersenyum jer. Kami pun naik trycyle dan menuju ke Junction. Dulu masa pergi Nepal, kata muka aku macam Nepal. Datang Filipina, kata macam Filipina. Kahkahkahkah...

Junction ni actually sama tempat jer dengan McD cuma jarak dalam 200 meter jer.








Sampai di Junction, kami turun dan membuat bayaran. Yang trycyle gadis, driver tu minta 400p. Ecah kan ganas. Hahahaha.....maka 300p jer bayar.

Banyak bus ekspress yang lalu. Pilih jer. Kami cadang nak naik Victory Line yang aritu. Tapi atas keprihatinan penduduk situ mereka menolong kami menahankan bus dan suruh kami naik bus tersebut. Tak ingat bus apa. But dont worry, kebanyakkannya pergi ke Manila City.

Lega semuanya selamat. Tambang bus, 170.xxp. Tak ingat plak berapa. Takper, nanti jumpa tiket, aku hupdate semula k. Ada simpan cuma bila nak cari, memang tak jumpa. Hahahahaha.... Mesej pun aku dah sent pada Abg Man yang kami semua selamat dan sedang menuju ke Manila atau lebih tepat, ke hostel. Mohon shared location. Hihihihi...

Dalam bus, aku duduk sebelah seorang bapa dan anak. Kami berborak. Bus berhenti dan naik seorang penjual jagung rebus. Terliur plak aku. Nak makan tapi takut. Aku beli jugak sebab jagung direbus dengan air jer. Lupa plak tentang bekas yang mungkin digunakan. Hmmmm...

Masa berborak dengan orang sebelah, katanya, jagung itu HALAL. Eh...! Macam mana pakcik tahu? Katanya dia pernah bekerja di Arab Saudi 7 tahun. So dia tahu HALAL dan TIDAK HALAL. Sekarang dia buat bisnes sendiri kat sini, kg halaman. Sekarang ni dia on the way ke airport. Nak pergi Hong Kong. Melawat isterinya yang bekerja di sana. Anaknya rindu akan ibunya. So sad...!!!

Beberapa kali aku tertidur...

Pakcik tu kejutkan aku dan beritahu aku untuk turun di sini. Aku pun memberi isyarat kepada teman-teman yang lain. Cergas kita. Ketika kami sampai di kota Manila ni, hari dah malam sekitar jam 7.00. So bz kota Manila. Serabut aku tengok.

Kami bertanya-tanya kepada jeepney yang ada untuk pergi ke The Fort Budget Hotel, Bonifacio. Semua pertanyaan kepada jeepney adalah gagal. Tunjuk map pun drivernya macam tak faham. Kami nak try taxi tapi nampak macam susah sebab taxinya seolah-olah tak boleh tahan di sebarang jalan.


Daus cadangkan kita try MRT. Yes...!!! Brilliant idea. Rujuk map menunjukkan bahawa ada laluan MRT ke sana.Kami pun cergas. Masa nak beli ticket MRT pun masalah bahasa gak. Kena tunjuk map. Settle ticket. Kami turun di station  Buendia. Tambang ticket, aku tak ingat. Sambil-sambil tu dalam group, kawan-kawan memberi tips dan panduan. Thankzzzz guysss....

Fyi... Daus ni pernah menetap di France. 4 tahun kot kalau tak salah. So no wonder la idea dia memang mantap. Bab-bab travel ni no hal lah.

Kami selamat sampai di station Buendia. Kami turun dari MRT dan singgah makan di KFC. Masing-masing kelaparan. Tak makan dari Pinatubo lagi.

Masa tu masih blurr lagi kat mana hostel tu. Tadi, kami ada tanya pada seorang jaga, katanya kena turun seberang jalan sana. Jalan sehingga simpang tiga dan belok kanan. Rujuk gambar yang aku up tu.


Selamat sampai di hostel. Abg Man, dalam mesej dah bagitau bilik mana kami duduk. Thankzzzz Abg Man.

Kebanyakkan yang lain dah keluar berjalan malam. Ada yang pergi hard rock nak cari survinior.

Aku memang tak la. Parking jer beg, tukar baju, solat dan terus tidur. Zzzzz.... Tidur atas lantai berlapikkan metress jer sebab memang tak cukup katil.

7 comments:

  1. As salam, nak tanya. Pergi ke Tarlac naik transport apa ya? Gerak from Manila airport or camne?

    Bole share tak? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari Bagiou kami naik bus menuju ke Tarlac. Dari Tarlac ke Manila, juga naik bus. Ini bermakna, ada bus dari Manila menuju ke Tarlac....no problem.... hihihihi

      Delete
    2. Oo.. awak bergerak dr Manila tu jam berapa ya? sebab kami landed jam 1 pagi. perjalanan ke Tarlac tu dlm berapa jam? sbb risau x sempat smpi sama time mcm awak.. kalau boleh kami x nak tido kat Tarlac tu.. :) tq..

      Delete
    3. hahahaha......perjalanan manila ke tarlac sekitar 4 jam.

      Ok....masa trip saya ni, dari Manila kami naik van yang telah kami sewa khas...hihihihi

      Delete
  2. Salam,, boleh tak saya dapatkan contact guide?? terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. guide yang malaysia or di sana? whatsapp saya.....hihihihi

      Delete
    2. atau email saya di fitrizan_ae@yahoo.com

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...