Episod 2 Episod 3
Sebelum memulakan karangan panjang aku ni, nak ucap terima kasih kepada Abg Man selaku gogo, yang sudi mengajak join this trip. Tak pasti samada aku yang cari trip or sebaliknya. Yang pasti dapat invitation di FB. So.....join je lah. Trip ni atas nama NEX di mana Abg Man sendiri sebagai pengasasnya. Untuk banyak lagi info atau kalau u all nak join trip atau nak minta beliau setup trip, boleh like pesbuk NEX Advanture. Kemudian klik event. Kat situ nanti tersenarai trip-trip yang di gogo kan oleh Shariman. Pilih jer korang nak pergi yang mana satu. Ok...! Dah bahagian promote. Hahahahaha...
25 November 2015...
Oklah…hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Flight jam 08:20 dan dijangka tiba di Ninoy Aquino International Airport pada jam 12:15 tengah hari. Sebelum berangkat, jangan lupa jadual waktu solat k. Aku dah siap-siap snap simpan dalam sematphone. Hihihihi....
Trip ni aku bawa RM 1k jer. Tukar siap-siap.

Aku, Amin dan Azizah bergerak dari Putrajaya jam 03:30 pagi
Member aku tolong hantarkan. Tq…
Dalam group whatsapp meriah sekali dengan update teman-teman yang on the way ke airport. Ada yang dah sampai sana seawal malam 24hb. Tidak kurang, ada yang baru nak gerak dari Kuantan tengah malam tersebut. Hahahahaha…… Lagi best, ada yang tersalah airport. Hanya mampu baca je la sebab masih belum kenal. Huhuhuhu…
Dah sampai airport, terus ke meeting point. Di situ ada Abg Man
(gogo), Azry, Koya dan beberapa orang lagi termasuklah seorang korea. Kami bersalaman.
Lapar katanya. Cari food-court. Kemudian kami check-in luggage. Sem memang pandai ayat. Terpegun
aku. Kihkihkih….
Owh…kali ni, aku tak bawa DSLR. Rasa malas sebab berat.
Hahahahaha… A6000 pilihan tuk trip ni. Ia kecil, ia ringan. Hahahahaha…..
Sebenarnya nak test A6000 ni. Walaupun ianya ringan dan kecil, tapi ia ada
kelemahan dari segi ketahanan bateri. Baterinya mampu snap 300 keping gambar
sahaja berbanding 1000 keping dengan menggunakan DSLR. Ini bermakna aku nak kena
bawa power bank lebih tuk kamera plak. Hmmmm…. Kelebihan lain A6000 ni ialah
fokusnya sangat pantas dan ISO nya sangat best. Hihihihihi…
Selesai solat Subuh, kami siap untuk masuk ke ruang menunggu. Board pun dah naik nombor flight.Pramugari pun dah sebut-sebut nama kami agar masuk balai menunggu dengan kadar segera. Dalam keadaan cemas, ada pula yang belum print border pass. Haish..... Tu la suprisenya. Hahahahaha...

Cuba tengok gambar di atas. Apa yang korang nampak? Ye la...selain korang nampak Sem. Haaaaa.... apa yang aku nak tunjuk ialah, WiFi ok. Sekarang ni dah boleh berinternet dalam flight. Nape dulu tak boleh? Saja tau. Tapi not for free ok. Bagi korang yang nak guna WiFi ni, panggil flight attendance untuk dapatkan token dan buat pembayaran. Aku cuba hack tapi gagal.
Di luar sana, hujan turun agak lebat. Kedengaran bunyi guruh... Seram nak naik flight.
Dalam flight tak macam nak pergi Filipina pun. Macam tak ada orang Filipina dalam flight. Huhuhuhu....
Jam 12.15 tengah hari, kami dah mula memasuki ruang udara Filipina. Kedengaran suara pilot memberi maklumat. Pendaratan juga delay sebab kesibukan lapangan terbang. Masa diambil dalam 10 minit sebelum kebenaran mendarat diperolehi. Maka, pilot bawa kami pusing-pusing dulu. Ok gak la. Bukan senang nak dapat peluang pusing-pusing di udara. Kihkihkih....
Dari jendela flight, kelihatan bandar Manila yang sangat padat. Kelihatan juga gunung yang tinggi. Gunung apa tu? Hmmmm...
12:20 tengah hari, kami selamat touch down. Lega rasanya aku. Untuk info, tiada perbezaan waktu (jam) di antara Malaysia dan Filipina. Yang beza cuma keterimaan dan kehilangan cahaya matahari samada cepat atau lambat. Filipina menerima cahaya matahari lebih dahulu berbanding Malaysia dan akan gelap dahulu. Pendek kata macam Sabah la. Mudah. Jangan berkerut sangat dahi tu mikir.
Dari tadi dok perati jer si Azli ni. Memang suka berselfie rupanya. Nak join tapi masih segan-segan dengan diaorang. Takper. Tengok dari jauh jer. Hahahahaha...
Masa nak beratur untuk cop passport, ada polis tu suruh aku dan beberapa orang member pergi ke kaunter Philippine. Nampak nau muka kami memang muka Philippine.
Tapi sebenarnya tidak. Dia nak mempercepatkan proses. So warga negara asing pun boleh ke kaunter Philippine. Di ruang lobi airport, sibuk la dok mencari simcard. Dengan simcard, membolehkan kami berupdate status. Sekarang trend live update. No throwback.
Dalam pada itu, kami berjumpa dengan guide yang akan membawa kami ke Mt. Pulag. Tidak ketinggalan, 3 orang peserta yang datang lebih awal iaitu Ikram, Erwan dan Aini. Selain itu, ada juga peserta yang tak ada dalam list tetiba ada di airport. Katanya nak buat surprise. OMG...!!! Terkezut ok... Hihihihi....
Ok, semua dah cukupkan? Jom ke van. Mulanya, aku ingatkan terus naik. Tapi entah apa story, selepas masukkan beg, masih lepak-lepak luar. Dah la panas. Aku tanpa segan silu, terus masuk van. Biar gogo settlekan. Kita tak leh campur. Ahli ikut jer.
Rupa-rupanya ada masalah ketidakcukupan. Van ada dua buah. Peserta pula 28 orang. Bahagian belakang dah penuh dengan haversack. Macam biasa, sumbat juga. Katanya sekejap sahaja sebab kita nak pergi lepak town dulu.
Sambil tu aku terdengar la perbualan mereka. Guide tidak menyangka yang kami bawa haversack besar-besar. Dia menganggap saiz sederhana sahaja. Mungkin 50L ke bawah. Tapi yang datang, semuanya 70L ke atas. Ada yang bawa peti sejuk lagi. Hmmmm.....
Dari airport, kami dibawa menuju ke Farmer's Market Cubao. Jam sekitar 16:00. Jarak lebih kurang 21 km. Kami turun depan 7E. Sedang membeli di dalam 7E, tetiba ada seorang wanita bertudung masuk. Kebetulan, kami lapar nak cari kedai makanan halal. Aku dan Abg Man cuba tegur tapi tidak diendahkan. Aku fikir mungkin dia tak perasan. Kami cuba sekali lagi. Sama juga. Tapi tetiba dia berpaling dan berkata, 'why you not give salam?'. Dengan raut wajah yang agak kerek pada pandangan aku. Dalam masa yang sama juga datang seorang lelaki kepada wanita itu. Kami cakap, maaf dan terus bertanya tentang kedai makanan halal. Lelaki yang baru muncul itu bertindak menjawab soalan Abg Man. Pada sangkaan aku lelaki itu mungkin husband wanita tadi. Wanita tadi dah berlalu pergi ke kaunter untuk pembayaran. Settle. Menafsirkan maklumat lelaki tadi tentang kedai makanan halal, lokasi tu macam agak jauh.
Tapi apa yang aku nak kongsi di sini ialah, cara wanita itu memang sangat-sangat buat aku tersentap masa tu. Nasib baik Abg Man ada untuk bertanya soalan. Kalau aku, lepas wanita tu jawab macam tu, memang aku belah jer. Bukannya apa, dia tidak perlu la sinis sangat tentang salam tu. Yup, akui memang macam tak cantik la sebab tak bagi salam as a muslim tapi kaedah tu jangan la sinis sangat. Apa salahnya kalau dia jawab dulu then nasihat. Oh...!!! Tak tahu nak cakap macam mana masa tu. Sampai sekarang rasa tak boleh terima dow.......
Hmmmm.....lupakan. Kami berjalan-jalan mengelilingi market itu. Yes...ada food court. Masuk dan cari tempat duduk. Datang la orang bagi menu. Guide kami ada bagi tahu orang kedai itu yang kami ni muslim. Tak makan babi. Bab tu settle. Diaorang faham. So kami dinasihatkan order selain dari babi. Kedai tu ada menu babi.
Aku, Bad, Amin, Man dan Daus putuskan untuk tidak makan. Kami pergi semula ke 7E tadi untuk cari makan segera yang mungkin halal. Untuk ke 7E tu, kami lalu dalam market. Perghhhhhhh......babi kiri dan kanan. Hahahahaha...
Alhamdulillah....ada maggi dengan tanda HALAL.
Settel makan, Bad ajak jalan-jalan dalam mall yang depan market tu. Katanya nak cari simcard. Tak boleh hidup kalau tak ada internet sebab dia nak berhubung dengan family. Alhamdulillah...
Jumpa lot-lot handphone kat tingkat paling atas. Signboard besar TELEKOM. Dalam tu semua gajet ada. Kami pun masuk untuk cari simcard yang menawarkan pakej paling sesuai. Time mencari ni pun payah juga sebab penjual-penjual ni macam blur. Tak tahu samada dia tak faham atau memang dia tak tahu. Akhirnya kami jumpa satu kedai dan try satu pakej ni. Tengok gambar bawah. Herge simcard ni 150p. Dalam tu dah ada 20Mb data.

Rasanya ni simcard dengan pakej internet yang sesuai la kot. Samada recommended atau tidak, terpulang pada korang. Masa first beli, mamat kedai tu kata kena beli load dulu. Dia pun tolong la register. Then dia kata dia tak jual load. Dia suruh pergi kedai sana. Ok, kami pun jalan ke kedai yang ditunjukkan. Kedai tu pula cakap, dia tak jual load untuk simcard ni. Perghhhhh....dah rasa macam tertipu plak ni. Pergi kedai lain pula. Sama juga, katanya tak jual load. Sehinggalah kami jumpa satu kedai pinoy ni. Kelihatan dia pun macam blur-blur akan kehendak kami.
Namun dia ada kesungguhan untuk menolong. Dia pun tolong top-up kan. Pastu ada masalah tak boleh connect internet. Line dah ada. Punya la pinoy tu setting. Akhirnya....problemnya ialah Bad tak aktifkan simcard baru tu. Aaaaaaaaaaaaa..........so take note ok yang guna 2 simcard. Kami pun gembira. Pinoy tu pun felling lega sebab dapat membantu.
Atas kejayaan itu, aku pun beli simcard yang sama di kedai pinoy tu juga. Rezeki pinoy. Untuk simcard ni, service internet korang boleh pilih. Contoh, Bad dia reload 200p untuk 5 hari. Unlimited. Aku pula reload 500p untuk 15 hari. Eh!!! Nape ambil banyak hari? Haaaaa.....sebab cheq nak sambung trip ke Cebu Island pasni. Berapa hari yang korang nak, boleh pilih. Ada dalam list. Nanti korang baca la sendiri.
Selesai berkaitan simcard, kami solat di surau yang terdapat dalam mall tu. Sama tingkat. Boleh tanya penjual situ. Situ juga ada satu kedai handphone awek muslim. FYI juga, terdapat kedai makan halal di tingkat yang sama. Silapnya aku sebab tak pergi kedai tu untuk dapatkan maklumat. Cuma tengok dari jauh dan terus ke surau. Aku pun buat Jamak Takhir, Zuhur Asar. Alhamdulillah...
Masa nak keluar surau, ada sorang saudara ni tegur kami, 'dari Malaysia?'. Aku tersenyum dan berjabat tangan. Ada juga orang Malaysia kat sini. Pertuturannya ada bunyi Terengganu sikit. Kena la dengan Amin. Borak punya borak, rupanya saudara tu orang Filipina. Terkejut aku. Pandai berbahasa Melayu dengan loghat Terengganu-Kelantan plak tu. Rupa-rupanya, beliau pernah mengaji pondok di sana. Sebelum berpisah, sempat bertukar pesbuk.
Keluar dari mall, eh! dah gelap rupanya. Habis tu tadi aku solat apa? Adoooiiii....... Sini 18:00 dah gelap. Hmmm...
Kami berkumpul di depan 7E sekitar jam 18:30 sepertimana yang telah diberitahu. Tunggu punya tunggu, katanya jam 19:30 pula. Lepak lagi la situ. Penantian memang satu penyiksaan.
Masa lepak tu, Azizah ada bagitau yang dia juga beli simcard yang sama tapi no internet. Aku pun minta dia tunjuk handphonenya dan bertanya samada boleh 4G atau tidak? Haaaaaa......ternyata, handphonenya tidak. So.....hasil kes ni, beberapa tip telah korang perolehikan. Selamat mencuba.
Sebelum jam 19.30, kami punya guide dan gogo pun muncul. Berkumpul dan sedikit taklimat dari mereka. Antara isi taklimat, tujuan bergerak lewat adalah agar sampai di Baguio pagi. Perjalanan dari Cubao ke Baguio mengambil masa hampir 8 jam. Dari Baguio pula, akan ada jeepney yang pickup untuk bawa ke starting point. Itulah antara isi-isinya.
Bagi menyelesaikan masalah kesardinan dalam van siang tadi, 3 orang menaiki bus untuk ke Baguio iaitu Abg Man, Sem dan Koya. Kalau tidak, jenuh la dalam van tu 8 jam. Matiiii.... Perjalanan lancar sebab jalan pun cantik. Pemanangan gelap. Hmmmm....... Tidur....jaga....tidur....jaga.....tak sampai-sampai lagi... Zzzzz....
Owh...lupa nak bagitau line up. Berikut adalah line up yang mengikuti pendakian ke Mt. Pulag ini :
Shariman (gogo/orginazer)
Semz (chef)
Koya (AJK)
Ecah
Ana
Boy
Ell
Azizah
Ben
Lina
Man @ Aiman
Efie
Adzry
Kamal
Amien
Badrul
Nabila
Wellie
Khairul Anuar
Uyun
Bro Dan
Firdaus Mazlan
Sharifah Maizura
Muzie
Erwan
Aini
cni je... nk lgi cerita...
ReplyDeletehahahaha....ok2...sedang mengarang...
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletenext! tak sabar ni
ReplyDeletesabar sayang k.......episod 2 ni panjang skit.......hahahahaha @BulanBintangCapricorn
Deletetak sabar nak tunggu episod 3
Deleteok2
DeleteNice story mory...kipidap abg ben
ReplyDeleteNice story mory...kipidap abg ben
ReplyDeletethankzzzz.....
Deleteoooooooo......ok, berkaitan dengan gambar yang blur dlm episod satu tu, pic tu di snap dalam bangunan. Low light. So mmg diluar bidang kuasa kamera cikai tanpa bantuan flash. Fullframe jer boleh atasi kelemahan tersebut.
ReplyDeleteMasa snap tu, mmg dah maklum yg pic akan blur tapi saya snap juga. At least ada rekod dan boleh diterima sebagai seni. Waaaaaa...........hahahahahahaha.....
bro..boleh share guide kat sana x? tq in advance...
ReplyDeletebagi pesbuk...nnt saya mesej.....
Deletesalam bro...pun sama..boleh share guide kat sana x? tq
ReplyDeleteemail: miragitsu@yahoo.com
saya pergi under member...so saya tak uruskan perkaitan guide.....
Delete