14.10.17

--- Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3.1 ---

Ok....ni adalah kesinambungan daripada kursus yang lalu iaitu Peringkat 1 yang telah diadakan di SMK Yong Peng. Kali ini, ia dibuat di Kem Jubli Intan Tanjung Laboh. Berlangsung dari 12 hingga 14 Oktober. Ok......tak tahu kan? Sebab tak banyak entry yang lalu la tu. Mmmmmm.....takpe-takpe, saya tak marah awak pun. Saya tahu awak bz. Hahahahahahahaa....

Peringkat 3A atau boleh disebut 3.1 ni adalah peringkat yang lebih praktikal atau fizikal. Ye la....lagi tinggi level lagi ketat la dia punya task. Kursus kepimpinan ok.

Antara task-task yang difokuskan dalam peringkat ini ialah pembinaan gajet dalam kawasan perkhemahan sekawan. Setiap pagi akan ada pemeriksaan pagi oleh jurulatih. Masak sendiri. Istiadat Pagi pula perlu lebih mantap.

Owh....dalam kursus kali ini, bukan sahaja PKK. Turut serta ialah PM. Bukan Perdana Menteri atau 'personal message' tapi P E N G A K A P   M U D A. Pengakap Remaja tiada penyertaan.

Menurut jurulatih, kursus manikayu negeri Johor ini telah suram selama 2 tahun. Setelah 2 tahun krik...krik...kini baru muncul semula. Maka, para jurulatih sedaya upaya cuba menyelesaikan kursus ini dalam tahun ini juga. In shaa Allah....

Antara perkara dalam kursus ini yang aku ingat dan memberi pengajaran kepada kita ialah sesi Istiadat Pagi. Kenapa...kenapa....? Istiadat tu memang tiada apa-apa tapi pagi tersebut ia dihadiri oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor secara tiba-tiba. Kami pula tak buat raptai. Bila tak buat raptai dicampur dengan nerbes, maka ada la kelompangan-kelompangan dalam istiadat tu.

Maka jurulatih melahir rasa kurang berpuashati dan sedikit malu. Kata beliau, pada peringkat ini, sepatutnya perkara-perkara ini tidak patut berlaku. Adakah sijil atau pengiktiraf sebelum seperti tiada kualiti. Beliau mohon semua peserta kursus ambil iktibar dan buat perubahan pada next istiadat. Dont make mistake again.

Yang atas tu serius ok. Dalam ucapannya itu, dari segi suara dan raut wajah telah menggambarkan kekecewaannya. Please take noted. Harapan beliau satu sahaja, pemimpin yang bakal lahir ini adalah yang terbaik dari kalangan terbaik.

Kami akui kelemahan kami dan bertekad untuk buat yang lebih baik.

Selain itu tentang malam kebudayaan. Alahai....aku memang lemah bab-bab persembahan ni sebab aku tak kreatif dan pemalu. Tengok tentatif tak ada. Maka aku memang happy giler. Tapi tetiba boleh ada pula. Katanya aktiviti selingan. Alaaaaaaaaaaahai.........

Dalam kursus ini juga kami telah diberikan tugasan (tesis pendek) yang akan dibentangkan pada Kursus Kepimpinan Manikayu 3B. Dua tugasan sebenarnya. Tadi assigment. Satu lagi Projek Perintis. Projek perintis ini mengkehendaki setiap peserta membina model menara tinjau. Hihihihi....

Kursus seterusnya bakal diadakan di bulan Disember. Jumpa kat sana nanti ok. Aku harap-harap tak ada la malam kebudayaan. Hahahahahahahahahahahahahahaha.....

Pasukan Mersing








Pembentangan aktiviti

Aktiviti merebus telur mungkin




Ucapan dalam sesi penutup oleh Ketua Jurulatih







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...