11.12.21

--- Hari 1, Konvoi RX100 RXS RXK Pusing Malaya ---

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Setiap hari menghitung hari di dalam group. Peringatan menjaga kesihatan agar tidak terkena kuarantin setiap hari diingatkan. Turut diingatkan ialah membuat self covid-19 test.


Alhamdulillah....pagi ini kami berkumpul di kedai makan d'Rumah. Cip kata kata jam 7.00 - 7.45 pagi semua kena ada di situ. Jangan lewat kerana YB akan buat pelepasan tepat jam 7.45 pagi. Beliau kena berkejar ke airport.

Sekitar jam 7.15 pagi YB pun tiba. Owh lupa, Tuan PPD sudah ada di sini awal lagi dari aku. Hahahahaha..... Siap pakai t-shirt konvoi. Begitu bersemangat. Kami bersarapan sekejap seadanya.

Jam menghampiri 7.45 pagi. Kebanyakkan rakan-rakan konvoi sudah berkumpul di sini. Kami pun mengiringi YB Alwiyah dan Tuan PPD ke lokasi pelepasan.

Owh...lupa nak mention, jika korang lihat dalam gambar di bawah, fokusnya ialah konvoi ini melibatkan motor retro iaitu RX100, RXS dan RXK yang akan membuat jelajah pusing Semenanjung Malaysia. Sejauh mana ia boleh pergi, inilah masanya.

Motor ini bukan sahaja diminati orang lama malah ia turut di minati golongan muda. Malah generasi Y pun dah mula ada yang berjinak-jinak. Hahahahahaha.... Retro dengan orang lama itu sudah biasa tapi generasi Instagram dan Tik Tok ni pun, turut menggemarinya. Rare la kiranya.

Selain motor retro, konvoi ini turut disertai oleh beberapa buah motor cc 250, 185 dan 150 yang lain. Turut serta 2 buah Hilux sebagai logistik (kecemasan).










Motor baru menarik minat Tuan PPD



Sebelum berlepas, gimik menampal sticker konvoi dilakukan oleh YB dan Tuan PPD pada motor peserta.

Sedikit ucapan/taklimat dari GB Awie seterusnya bacaan doa.
 

YB menampal sticker pada motor


Turut sama menampal sticker, Tuan PPD











Bergambar bersama peserta konvoi




YB dan Tuan PPD membuat pelepasan peserta





Langit tidak selalu cerah guysss... Hujan mula turun semasa kami melewati Sg. Melikai. Ada yang meneruskan perjalanan, ada juga yang berhenti untuk memakai baju hujan.

Ketika kami mula menghampiri bandar Kluang, ada sebuah motor mengalami masalah pertama. Berhenti untuk melihat-lihat. Sebenarnya motor dia dari tadi lagi dah menunjukkan problem.

Di Kluang, kami mencari bengkel terdekat untuk repair. Berkumpul di Petronas Ayer Hitam untuk together semula. Team depan laju sangat. 

Isi minyak....
 
 

 
Petronas Ayer Hitam
 
Tersaing lagi dengan YB di sini
 
Black meletop di lebuhraya

RnR Yong Peng
 

Bersosial media kejap sementara menunggu
 
Menyambung kembali perjalanan sehingga ke RnR Pagoh untuk pit stop seterusnya namun kami terpaksa singgah di Tol Yong Peng. Tujuan kami berhenti di situ adalah untuk mencari spare part motor di pekan berdekatan. Agak lama kami di sini sementara menunggu rakan-rakan pergi mencari barang.

Lagi sambung jelajah kami ke utara sehingga kami berhenti untuk top-up minyak di RnR Pagoh. Di Pagoh ini kami mengambil keputusan untuk membawa naik motor tersebut ke Hilux kerana tidak stabil.


 
Destinasi seterusnya adalah RnR Ayer Keroh. Perancangan makan di Gobok Salai terpaksa dibatalkan berikutan percaturan masa yang sudah tidak mengikut jadual asal. Cip telah memutuskan lunch di RnR Ayer Keroh sahaja. Solat Zuhur sekali yer.

Dari RnR Ayer Keroh, pit stop seterusnya adalah RnR Dengkil. Plan asal Seremban. Tetapi kerana terlalu dekat, tukar ke Dengkil.
 
Aku pick up Fadzil di RnR Seremban. Welcome to the club.
 
RnR Dengkil


CM telah memaklumkan bahawa depan sudah hujan. So sila bersiap sedia apa yang patut.

Ternyata makluman CM benar. Hujan turun dengan lebat sekali di depan sana. Area Damansara kalau tak salah. Kami berhenti di bawah jejantas untuk memakai baju hujan dan meneruskan perjalanan.

Berikutan hujan yang sangat lebat, aku dan Fadzil terpaksa berhenti di Petron NKVE untuk berteduh. Serius lebat. Tak nampak jalan. Lagi pun memikirkan keselamatan.

Di Petron ini kami disajikan dengan karipap panas oleh warga Petron kepada pelanggan-pelanggannya. Terima kasih. Hihihihi.... Siap masuk dalam ig story Petron tersebut lagi. Hahahahahaha.... Baik punya marketing.

Agk lama berhenti, kami berdua meneruskan perjalanan walaupun hujan tidak menunjukkan tanda-tanda berhenti. Redah juga. Kami menyangkakan bahawa ada lagi yang lain di belakang yang turut berhenti. Sangkaan kami salah.

Last info yang kami dengar dari CM, hentian seterusnya adalah Behrang. Jam pun dah menunjukkan jam 5 petang lebih. Masak kita. Memang malam la baru sampai Tapah.

Terus buat top speed motor untuk kejar group depan. Walaupun dalam takut-takut, meter dah menunjukkan 130 km/j lebih. Bantai je lah. Kami mencari exit bandar terdekat dengan harapan untuk membuat pengisian minyak. Masa tu exit Tol Bukit Tagar. Asal boleh jer.

Dah exit tu, terasa makin jauh ke dalam pula apabila kiri kanan hutan / kelapa sawit jer. Aiseh.......... Minyak Fadzil dah berkelip-kelip. Aku punya masih ada 2 bar. Fadzil selamba jer tahan motor yang lalu situ untuk bertanya. Penunggang tu kata macam tak ada stesen minyak sini. Dalam kekurangan signal telefon, dalam map menunjukkan BHp terdekat dalam jarak 21 km (jauhnya). Langsung aja ke sana. Sebenar aku pun tak tahu di mana kami berada (Sg. Tengi). Hujan renyai-renyai.

Di stesen minyak itu akan tutup dalam masa 15 minit lagi sebelum jam 7. Kami sempat bertanya tol terdekat. Katanya, kami kena masuk semula tol tadi. Omak ai...... Kena patah balik jauh. Masa melalui pondok polis bantuan, aku hon-hon mereka tanda selesai dan ucapan terima kasih atas maklumat tadi.

Masuk highway, buat top speed lagi. Dah la visor gelap. Malam lagi la tak berapa jelas. Dari tol Bukit Tagar, di hadapan sana ada Shell Tanjung Malim sebenarnya. Tapi tadikan dah cemas minyak berkelip, tu yang exit jer mana-mana. Jarak tol Bukit Tagar ke Shell Tanjung Malim is 24 km. Tol Bukit Tagar ke BHp Felda Tengi, 24km juga. Aduuuuhhhhh....... Ye lah masa tu memang tak sempat tengok telefon dah. Redah jer. Ok benda dah lepas. Move on je. Take note bahawa minyak berkelip tu boleh pergi lagi sampai 20 km. Tapi mode green la. Jangan mode sport.

Sambung ride. Selepas kira-kira 70 km lebih, kami berhenti di sebuah hentian apabila minyak tinggal 1 bar. Di hentian itu ada BHp tapi belum buka. Kami sangkakan itu Behrang tapi sebenarnya bukan. Ia adalah hentian sebelah Ladang Bikam. Aku cuba check dalam group untuk melihat live location, line pula slow. Cannot detect. Nak tak nak kami terpaksa exit untuk cari stesen minyak. Kami meneruskan ride dan exit di tol terdekat (Tol Bidor). Fadzil sempat bertanya dengan seorang abang RS15r yang telah diubahsuai tentang stesen minyak terdekat dan kami singgah di Caltex di pekan ini. Abang tadi juga ada berkata bahawa RnR Tapah dalam 10 minit jer dari sini. Hummmmm....

Selesai isi minyak, kami dapat line. Terus hubungi CM. Katanya dah tak jauh dan exit di Tapah. Mereka sedang makan malam di Restoran Teratai.

Alhamdulillah.... Benar kata bro tadi. Tapah tak jauh pun. Kami berdua selamat tiba di restoran yang diberitahu. Semua dah ada situ sedang menunggu makan dan ada yang belum dapat. Katanya dah sejam pun belum dapat. Kami yang baru sampai dapat dulu. Rezeki-rezeki.


Selesai makan, kami bergerak menuju ke penginapan. Alhamdulillah..... Ada insan yang sudi menumpangkan kami. Rumah Abang kepada Cikgu Bak di Chenderiang.

Buat pengurusan diri dan berehat..... Sambung esok guyssss..... Dah penat......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...