16.12.21

--- Hari 6, Konvoi RX100 RXS RXK Pusing Malaya ---

Mungkin ada yang bertanya kenapa aku harus bergerak dahulu? Tidak saing dengan teman-teman motor yang lain. Jawapannya adalah kerana aku ada job pada 17hb. Maka aku kena sampai di Mersing lebih awal. Simple jer jawapan. Huhuhuhu....

Siap-siap untuk meneruskan perjalanan hari ini. Di luar hujan masih turun. Bukan renyai-renyai turun. Tiada pilihan. Kami redah juga.

Dalam on the way, niat juga jika jumpa kedai motor, nak singgah untuk beli baju hujan. Sehinggalah kami tiba di pekan Permaisuri, Setiu. Nak makan KFC tapi belum buka. Kebetulan ada DIY situ. Aku pun singgah mentar untuk cari baju hujan. Nak cari yang berkualiti tapi yang ada itu jer. Maka ambil sahaja apa yang ada.

Singgah sarapan di warung tepi jalan.

Ride sehingga tiba di Kuala Terengganu. Hajat nak bergambar dengan Drawbridge Kuala Terengganu yang merupakan mercu tanda baharu di Kuala Terengganu.


Ride kami berdua diteruskan sehinggalah kami tiba di Mersing sekitar jam 10.30 malam. Alhamdulillah.....


Aku rumuskan ride kami seperti di bawah yer:

Hari Pertama : Mersing - Tapah
Hari Kedua : Tapah - Kangar
Hari Ketiga : Kangar - Pulau Langkawi
Hari keempat : Masih di Pulau Langkawi
Hari kelima : Pulau Langkawi - Jerteh
Hari keenam : Jerteh - Mersing

Tamat..... Ops!!! Tamat bagi aku tapi tidak bagi member aku Fadil. Pusingan Malayanya belum selesai. Dia akan menyabung ride ke Seremban esok. Then baru lengkap. Hahahahahahahaha..... Malam ni dia bermalam di Mersing dulu.


#honda #rs150 #ride #ridemalaya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...