12.12.21

--- Hari 2, Konvoi RX100 RXS RXK Pusing Malaya ---

Good morning beautiful people. Penat tak semalam ride? Penat biasa-biasa itu normal. Penat masa on the ride jer. Apabila dah sampai sampai destinasi, hilang segala penat.

Bangun pagi untuk buat pengurusan diri. Bila dah siang, baru nampak keadaan sekeliling kampung ini. Damai dan sejuk. Nice kampung. Kita ingat kita dah awal, rupanya ada lagi yang awal. CM paling awal.

Bangun-bangun dia tu, seakan-akan dah tak ada hari esok. Hahahahahahaha..... Teringat aku masa buat Trans V2. Gogo is Zul. Hahahahahaha......

CM dah ajak yang lain-lain sarapan. Aku ngan Fadzil baru siap dan baru nak cari port sarapan. Sarapan nak mudah di pekan kecil Chenderiang.


Port menarik di Chenderiang ialah Air Terjun Lata Kinjang. Very popular air terjun rasanya. Cuma masa ni katanya tutup. Tak pasti kenapa. Tapi masih boleh mandi di anak sungai kecil. Masa kami berdua pergi pun memang tutup.





Bukan itu sahaja, kerja-kerja membaiki motor diteruskan dengan harapan ride hari ni akan lebih baik. Siap bawa ke bengkel di pekan.

CM dah sound-sound supaya kita gerak jam 10.00 pagi.












Sebelum memulakan ride hari ini, sedikit taklimat. Dimulai dengan Cikgu Awi. Disusuli pula dengan CM sendiri dan diakhiri dengan bacaan doa. Destinasi hari ini adalah Kangar, Perlis. Jarak perjalanan adalah hampir 400 km.

Harapan hari ini agar cuaca baik-baik sahaja.














Langit tidak selalunya cerah guys dan panas juga tidak sampai ke petang. Belum masuk highway lagi (simpang masuk Gopeng Glamping Park), sebuah motor down. Akibat terlalu kerap, maka dicadangkan agar angkat naik ke atas Hilux jer. Nanti kita settle dari asyik rosak dan melambatkan perjalanan.

Tumbang



Sempat berjenaka




Petronas RTC Perak


Sebuah lagi motor kena angkut naik

Di sebuah RnR. Aku tak berapa ingat RnR mana (RnR Alor Pongsu jika tak salah). Motor Zul plak down. Haish..... Katanya masalah blok. Kasi angkat naik Hilux. Kami berhenti untuk solat sekejap.





RnR Gurun (Arah Utara)

Seterusnya berhenti rehat dan makan di RnR Gurun Arah Utara. Jam ketika ini menghampiri 5 petang. 

Tidak terlalu lama di Gurun ini, kami meneruskan perjalanan yang berbaki. Harapan sampai di destinasi sebelum malam.

Alhamdulillah...kami berjaya tiba di homestay sekitar jam 6 petang lebih. Berpecah group sampai. Cantik homestay. Di kelilingi sawah. Kuat angin yang tiup. Mat Duan ajak tengok matahari terbenam di sebuah port area Kuala Perlis tapi mode dah kurang sebab baru sampaikan. Pastu hari pun dah nak malam. 

Nama homestay ialah Aura Qaseh. Koordinat, Latitude 6°25'24.72"N, Logitude 100° 9'34.86"E. Boleh cuba try test.

Buat pengurusan diri...



Malamnya keluar makan di bandar. Bandar gitu-gitu la. Di sebuah gerai yang tak pasti siapa cadangkan. Yang pasti, banyak menu tak ada. Kesian yang ambil order tu kena bahan dengan awak-awak ni. Tapi logik juga la. Menu bukan main banyak. Tapi bila order, semua tak ada. Pastu slow dan salah-salah. Takperlah. Layan je.

Perjalanan pulang, singgah dobi berhadapan dengan hospital. Ada juga yang pergi pusing-pusing dan bergambar di tempat-tempat menarik.



Balik tidur. Esok sambung.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...