13.12.21

--- Hari 3, Konvoi RX100 RXS RXK Pusing Malaya ---

Selamat pagi. 

Seperti yang direncanakan, awal-awal pagi kami dah lincah bangun membuat pengurusan diri. Jam 5 dah bangun untuk siap-siap. Terus solat Subuh sebaik sahaja habis azan.

Target hari ini adalah melihat matahari terbit di Puncak Wang Kelian. Tak semua yang ikut. Yang tak ikut katanya motor tak mampu nak naik sampai atas. Hikhikhik......

Wow...! Dah lain la puncak ni sekarang. Telah dinaik taraf dan cantik tempatnya. Kali terakhir aku datang dulu, macam tempat usang jer. Pada waktu itu ada sebuah menara pandang yang agak uzur keadaanya. Tahun 2017 atau 2018 kot masa tu datang. Masa tu on the way nak ke Thailand. So singgah sebentar sini. Bila dah cantik macam ni, memang macam semut menghurung gula. Pagi ni pun memang ramai orang. Ditambah pula dengan cuti sekolah.

Ok, cari port parking motor dulu.















Masa untuk makan guyssss.... CIP membawa kami ke sebuah kedai/restoran yang biasa beliau makan. Tapi menu tak banyak pula. Bukan tak banyak tapiiiiiiiiiiiii......... Mungkin terlalu awal kot. Hummmmm..... Namun layanan owner restoran sangat-sangat mesra dan baik.

Selain restoran, owner ini juga menyediakan kemudahan motel. Di sebelah jer. Sangat memberi kemudahan kepada para pelancong. Paaassssss bangat......






















Kami kembali ke homestay untuk packing-packing barang dan check-out. Seterusnya kami akan bergerak ke jeti Langkawi. Ikut tiket, jam 12.00. Tapi jam 10 pagi kami dah cergas. Biar awal tak kalut nanti.

Cuaca tengah hari agak terik guysss..... Rasa nak pengsan. Penantian itu satu penyiksaan. Proses kemasukan motor ke dalam pulau telah diproses sejak dari Mersing lagi. Maka ia melancarkan lagi perjalanan kami. Namun begitu, ada juga yang walk-in. Itu pun ikut rezeki.


























Setelah 2 jam di atas feri, kami pun tiba. Port pertama yang dituju adalah kedai makan, Telan Station (Latitude  6°17'17.51"N, Longitude 99°44'5.28"E). Follow jer CIP. Homestay pun tak jauh jer dari situ.

Balik ke Azlan homestay(Latitude 6°17'24.46"N, Longitude 99°44'9.51"E) Cenang untuk pengurusan diri.

Petangnya kami keluar pusing-pusing.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...