11.8.22

--- Perjalanan ke Air Terjun Berdebu ---

Jauh di sudut hati mulanya berharap Labu takkan buat pembayaran penuh untuk trip ini. Dari sehari ke sehari, full payment dikemaskini dalam group Whatsapp. Rasa berat nak pergi bukan sebab tak best tapi agak busy. Kebetulan pula car pool macam dah penuh. Segan aku nak susahkan orang sebab seorang je dari Mersing. Aku dah bersedia untuk drive sendiri sampai ke Dungun sekiranya perlu. Tetiba tengok nama Labu dah full payment. Hmmmm....... Takkan la aku tak full kan. Terus buat pembayaran.

Khamis kerja half day. Balik umah menggelabah cari barang. Baru cari barang. Belum packing lagi. Kali ni pakai kasut getah jer sebab katanya banyak harungi sungai. 3 pasang kasut getah aku beli. Hahahahahaha...

Sekitar jam 4 petang tayar kereta bergolek. Sempat singgah di Pantai Tanjung Batu. Antara lokasi kesukaan aku. Tak tahu kenapa feeling sebak bila singgah sini. Then solat Asar di masjid berdekatan.



Meneruskan perjalanan hingga ke Kuantan. Roger Labu. Labu ajak dinner. Bincang-bincang, aku follow dia orang je lah. Hihihihi........

Hai Izzat. Member Labu yang akan follow this trip too.

#airterjunberdebu #berdebuwaterfall #dungun #terengganu

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...