13.8.22

--- Air Terjun Berdebu 2 ---

Selamat pagi guys. Macam takder mode jer pagi ni muka tu..... Kenapa? Ni mesti mode semalam belum settlekan. Mode down semalam bawa ke pagi ni kan? Ok...ok...deep breath.....

Pagi ni kita akan bergerak ke air terjun yang diterujai sangat tuh. Jom....

Jam 8 mula berkumpul untuk taklimat ringkas dan regangan.


Muka jangan ketat sangat boleh....



















Tidur lewat ke semalam?








15 minit macam tu, kami mula melintasi sungai untuk trekking ke destinasi air terjun. Trek nak kata mudah tu tak mudah juga. Ada mendaki sikit. Redah sungai. Selang seli. Bawa simple-simple jer bagasi. Bukan nak camping sana. Ni tiket pergi balik tau.

Dont worry....bukan sekali redah sungai. Akan ada beberapa sungai yang akan kita redah. Mana-mana yang kurang tinggi memang takat dada la jawabnya. Hihihihi.....












































Pejam celik...pejam celik....rehat....makan.....rehat...makan.....snap-snap foto.......dah nak dekat 4 jam trekking. Pada detik ini dari kejauhan sudah kelihatan air terjun tersebut. Hihihihi....waaaaa....hati berbunga riang di hari raya guys..... Teruja.

Setibanya di sana, baru tahu kenapa di panggil Air Terjun Berdebu. Berdebu tu disebabkan titisan air yang berterbangan dengan bantuan angin. Tinggi juga air terjun ini. Jika nak foto-foto dengan dslr ni susah sikit la sebab cermin lensa mudah basah oleh titisan air. So kena tepat time nya. Kalau guna smartphone no hal. Lagi lawa... 👍👍👍
















Team kami masa ni tidak dibenarkan turun sampai ke bawah. Mungkin atas sebab-sebab keselamatan. Hanya yang "bertuah" sahaja boleh turun. Select guyssssssss......hahahaha....

Dalam sejam begitu, kami pun berjalan turun semula ke campsite. Lunch pack dah selesai walaupun sedikit mentah. Ops....!!!

Dinner malam ni




Tiba di campsite. Buat pengurusan diri. Lepak and waiting for dinner

Lah....team masakkan buat hal lagi dengan repeat kes yang sama apabila jelatah. Banyak yang makan malam tu tak habis.

Tina and Q datang lepak khemah. Maka kami pun sempat la borak sambil luahan sedikit. Like give same feedback la sebab dua orang ni adalah orang yang selalu dengan gogo ni. They said tak pernah terjadi kes macam ni sebelum ni. 

Nak explain panjang la guys. Penat. Nanti aku lukis okay. Keyword dia ialah gogo team lain......masak-masak ni team lain. Sebenarnya kami pun hairan dari hari pertama lagi apabila dua ni tidak satu khemah. Pelikkan. Kebiasaannya jika kita camping, gogo / crew adalah satu team. Tapi untuk trip kali ini tidak...... Dan fungsi khemah utama yang kosong tu pun pelik.👀👀👀

Trip kali ni memang macam tak ada mode camping disebabkan pengurusannya macam tak ok. Kalau dia bagi tolor semalam, mesti tak jadi kes. Hahahahahaha....saja gurau.

Macam biasa....dalam khemah benda ni jadi topik perbualan hingga terlelap...... Tak sabar nak balik. Aku nak cerita dalam entry ni tentang camping pun tak ada idea......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...