12.8.22

--- Air Terjun Berdebu 1 ---

*sekiranya ada gambar yang ingin dipadam, sila pm

Hai...Hai...Hai....!!! Assalamualaikum semua para sahabat-sahabat. Terima aksih kerana melayari entry aku.

Kali ini kita ke air terjun. Yes...Lagi air terjun.....dan lagi. Hihihihi..... Air terjun kali ini terletak dalam daerah Dungun, Terengganu.

Aku parking kereta di rumah Labu. Jam 3 pagi Zizi Kirana datang ke rumah Labu. Kami pun bersiap-siap. Asalnya nak naik kereta Labu jer. Tapi bila adjust-adjust macam tak muat pula. Maka terpaksa 2 kereta. Zizi sukarela drive keretanya. Hihihihi...... Dia pun macam on jer. Maka bergerak kami berlima menuju ke destinasi.

Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam. Kami solat Subuh di exit Tol Paka. Then meneruskan perjalanan menuju ke meeting point iaitu Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu. Ni tanah rancangan rasanya. Saja meneka. Semasa aku tiba di sini aku rasa seperti pernah datang. Cuma tak ingat untuk trip gunung apa. Takper. Nanti kalau aku dah remember, aku tulis okay.

Dalam chat suddenly gogo tag lokasi baru. Hmmmmm....... Aku dan Zizi hampir terlajak ke sempadan Thailand. Mujur sempat sedar. Kami berpatah balik dan jumpa lokasi baru. Dah la time ni sarapan pun belum. Mujur ada kedai berdekatan dan kami singgah makan terlebih dahulu. Selesai sarapan, kami bergerak ke Masjid Jamek Kampung Jongok Batu. Tak jauh dari kedai makan tersebut.

Gogo panggil untuk briefing jap. Line up memang tak kenallah kecuali seorang iaitu Adi kot nama dia. Tak ingat pernah trip apa. Untuk aku memang tak kenal. Ni semua generasi muda-muda. Kita dah generasi hujung nyawa. Eh...!!! Hahahahaha.....

Trip ini dikendalikan oleh PROJEK IKIGAI ENTERPRISE.

Masjid Jamek Kampung Jongok Batu

Taklimat






After briefing, gerak naik kereta masing-masing menuju ke point seterusnya. Hmmm...... 

Ok....aku macam dah ingat-ingat sikit. Adakah sini berdekatan dengan CBL? Chemerong - Berembun - Langsir? Sebab memori aku macam terflash takkala melihat suasana sekeliling. Mungkin la kot. Hahahahahahaha.....

Lebih kurang 15 minit begitu, kami pun sampai di sebuah outdoor camp something like that. Tak tahu nak istilah apa. Dalam bahasa mungkin pusat kegiatan luar begitulah. Nama tak tahu sebab line tak der untuk aku save lokasi. Huhuhuhu..... Ok, cari parking. Dah boleh agak parking kereta sini sebab kelihatan beberapa buah 4x4 sedang bersiap sedia.

Ok guys.....hasil kesungguhan aku menyiasat, dah ku temui nama camp tu iaitu Cemerung Outdoor Adventure, @cemeroa. Jika ada yang tertanya, kenapa tak berkumpul terus kat sini untuk briefing? Sebab aku pun bertanya benda yang sama. So aku assume kerana nak bagi kemudahan untuk pengurusan diri di masjid jamek tadi. Kat camp ni macam dah lama tidak beroperasi. Kesan PKP rasanya. Kat sini untuk parking jer.

Load barang-barang naik ke 4x4 dan bergerak.









5 minit kemudian, dari jalan tar, 4x4 masuk ke laluan off road. Maka this is la kot. Hahahaha.....

Lepak untuk ootd di sebuah jambatan besi. Jambatan besi campur kayu kot. Nama sungai ini, Sungai Loh. Lawa untuk photoshoot. Camping santai-santai pun lawa gak port ni. Sesekalikan. Kalau yang ada member 4x4. Masuk pacak khemah kat sini. Perghhhhh........ Pastu layan cahaya matahari terbenam dan terbit. Ok.....plan nextime.

Rasanya jika musim hujan lebat, jambatan ni boleh tenggelam. Huhuhuhuhu.....








Alhamdulillah tiba di campsite.

Rupa-rupanya tak perlu trekking untuk sampai ke campsite. Tak perlu pikul load. Semua benda dimuatnaik ke 4x4 jer. Kawasan campsite yang besar dan sungai juga luas. Tanpa briefing, masing-masing mendirikan khemah ikut rasa hati yang sesuai. SEBAB DUNIA INI LUAS. Hahahahahaha.......



Terlalu letih perjalanan hari ini katanya....


Suka berimaginasi dan mudah gembira

Berusaha keras




Kami tiba di campsite ini terlalu awal menyebabkan perasaan terasa bosan apabila tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan. Bayangkan kami tiba campsite ni sekitar jam 11 pagi. Lepas pasang khemah tak tahu nak buat apa. Aktiviti trekking ke air terjun adalah esok.

Rehat....baring....termenung......ulang.....

Dalam jam 1 petang, guide minta kami berkumpul sekejap untuk taklimat. Dalam taklimat guide ada pesan kawasan-kawasan yang tidak sesuai dan persekitaran campsite ini. What u can do and do not do. So pada yang dah dirikan khemah tu, kena ubah. Huhuhuhu......

Khemah utama telah siap didirikan tapi kosong sebab team gogo / crew tak port kat situ. Mereka pasang fly dan hemock lain. So tertanya juga apa fungsi? Owh.....maybe DEWAN UTAMA kot. Fahammmm.....

Lunch tiada ok. Masih lagi sendirian berhad. Huhuhuhuhuhuhu........ Mujur ada bawa maggi. Seriusly ta menjangkakan bahawa lunch tidak disediakan pada hari pertama.

Menjelang petang, kami bermandi manda.






Terlalu kelaparan




Tidak pernah terjangka bahawa dia tidak tahu berbahasa Melayu. Rupa-rupanya sahabat kita ni dari Filipina. Owh....dalam trip ini juga ada seorang media sosial influencer. Terkenal di instagram dan TikTok.

Pelbagai cara dipertunjukkan dalam mengekspretasikan mode masing-masing di waktu petang santai ini. Pelbagai kaedah rileks.



Terlalu sebati dengan alam














Merindui zaman kanak-kanak





No komen



Mungkin pernah masuk majalah Mangga



Lapar dowwww...... Lambat lagi ke nak malam? Sebab katanya malam baru disediakn makan. Lepak dalam khemah pun asyik bla....bla...bla....bla..... ~!@#$%^&*

Langit tidak selalu cerah. Tenang tidak sampai ke esok. Langit dah mula mendung sedikit dan hujan mulai turun apabila malam mula berlabuh.

Terasa seakan-akan tidak berkawan dengan orang plak camping kali ini. Hahahahahaha..... Khemah terasing-asing mengikut fahaman. Dewan yang kat tengah-tengah tu tidak berpenghuni. So apa motif didirikan?

Hujan makin lebat. Khemah sebelah kelihatan sedikit kelam kabut. Rupa-rupanya khemah sebelah adalah khemah team yang akan menyediakan masakan. Kami cuba untuk hulurkan bantuan. Penting untuk bantu khemah makan sebab....ye lah...makan kan. Tak masak macam mana nak makan. Tapi katanya dia orang boleh settle.

Ok kes bermula detik apabila minta tolor (loghat Jelebu) tak dapat. Hahahahahahahaha........ Kata orang dapur tolor cukup-cukup jer. Makan maggi tak der tolor. Hahahahaha....... Membebel jer Amsyar. 😅😅😅

Makan malam sedikit lambat sebab keadaan hujan tadi menyukarkan aktiviti masak.

Kami rehat dan tidur selepas selesai makan malam. Sambil tu komen macam-macam dalam khemah. Like a pillow talk. Owh......air masak seperti kopi-kopi juga terhad. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......... Takper, mujur team ada 3 in 1.

Zzzzzz....hujan.... Cont. tomorrow............

#airterjunberdebu #berdebuwaterfall #dungun #terengganu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...