*sekiranya ada gambar yang ingin dipadam, boleh pm
Bangun-bangun.....hari ini kita dah nak check out. Horeeyyyy....!!!
Perkara paling best ialah dapat mandi sungai di waktu pagi. Sejuknya ya Allah....nikmat giler. Pagi ini suasana cantik berkabus. Cantik untuk photoshoot.
Ada breakfast tak pagi ni? Yes....ada.....
Sambil mandi tu usha-usha juga cuaca sebab kelihatan mendung. Takut la tetiba kepala air.
2 jam gak la sesi mandi plus photoshoot kat sungai. Buat pengurusan diri. Kemas-kemas khemah. Tak sabar nak balik. Rasanya semua line up dah berkemas. Tapi gogo / crew kelihatan masih santai di khemah masing-masing. Mungkin masih nak menikmati suasana camping.
Nampaknya photoshoot bersambung lagi yer. Hahahahahahaha...... Yelah sebab 4x4 tak sampai-sampai lagi. Dah pishang ni. Ingatkan dah makan-makan, kemas-kemas dah boleh balik. Tidak yer.
Sambil lepak-lepak tu rupa-rupanya bukan geng khemah kami sahaja yang soksek-soksek tentang camping kali ini. Semua line up ada sedikit kuciwa. But...nobody is perfect. Gitewwwwwww...... #donecoverbalik
Jika tadi photoshoot tak pakai baju, kali ni sopan sikit. Dengan busana masing-masing. Kikikiki.......
Behind the scene |
On the way pulang, kami request lagi untuk singgah di jambatan ini.
Santai husband and wife |
Ending entry ini, bila aku fikir-fikir balik, gambar kali ni lebih banyak photoshoot kat sungai berbanding Air Terjun Berdebu itu. Watak utama tu langsung tak menonjol. Hahahahahaha..... Kalau dalam anugerah festival filem ni harus tak tercalon. Hahahahahaha......
Kebiasaannya aku akan menceritakan main karektor iaitu tajuk trip. Hmmmmmmm...... Takperlah. Actually ada jer trip yang worst dari ini. Hahahaha...... Oklah. Dah tak larat nak story. Mode pun kureeennggggg...... In shaa Allah jika ada group yang buat ke sini lagi, aku akan repeat kot. Kalau tahu 4x4 bawa sampai ke campsite, baik bawa segala kerusi meja. Dan satu lagi, campsite ni banyak sampah. 💀💀💀
Sebelum balik, kami singgah makan dan ada cadangan untuk ke Air Terjun Tasik Puteri. Katanya tak jauh dari kedai makan ini. Dalam 15 minit jer. Air terjun ini berdekatan dengan Taman Rekreasi Tasik Puteri.
Mandi-manda sekejap. Yang mandi dia orang. Kami tak mandi pun. Saja singgah jer. Kemudian kami pun gerak dulu ke destinasi.
No comments:
Post a Comment