Assalamualaikum.... alhamdulillah masih diberi umur dan masih bernafas. Entry kali ini adalah atas permintaan seorang sahabat yang ingin mengetahui sedikit sebanyak tentang Pulau Aur. Beliau merupakan seorang juruphoto perkahwinan. Beliau ialah Tuan Azam.
Ok2......xnak panjang2kan ayat bunga nih, di sini aku akan story skit pengalaman aku yang pernah ke Pulau Aur. Sharing is caring. Ye ker? Actually dah ada story tentang pulau nih. Tapi dah lama la. Sekitar tahun 2010. So entry kali ni kira versi 2. Update gi tu. Untuk melihat versi terdahulu, boleh klik di sini.
PULAU AUR, salah satu pulau yang terletak di bawah jagaan Jabatan Laut Negeri Johor daerah Mersing. Selain Pulau Aur, terdapat beberapa lagi pulau lain seperti Pulau Pemanggil, Pulau Tinggi, Pulau Sibu, Pulau Babi Besar, Pulau Rawa dan lain-lain. Dari segi kedudukan, Pulau Aur merupakan pulau paling jauh dari daratan Semenanjung. Untuk ke sana, bolehlah menaiki bot daripada Jeti Mersing atau Jeti Tanjung Leman. Tidak lupa Jeti Tanjung Gemuk.
Jarak dalam kilometer antara Jeti Mersing dengan Pulau Aur adalah sukar diukur secara tepat kerna jalan laut ni xlurus. Namun begitu, antara jarak yang pernah ditulis adalah antara 60 - 70km. Ukuran paling tepat adalah dalam batu nautika lah kot. Tapi aku xtahu.
Macam mana nak pergi ke pulau nih ek? Haaaaaaa........... part ni yang selalu teman2 tanya bila kata nak p Pulau Aur. Sepengatahuan aku la kan, tidak ada pengangkutan khas untuk ke pulau ni. Maksudnya tidak ada kaunter tiket seperti kaunter tiket untuk ke Tioman. Oleh itu, untuk ke sana, u all kena la cari bot sendiri. Sewa bot la maknanya. Banyak bot di Mersing ni. Tinggal lagi duit jer. Kalu nak murah, dapat la bot slow. Nak selesa skit, kena la keluarkan duit banyak skit. Hahahahaha..... kaedah lain adalah tumpang bot diving dan bot barang.
Jika naik bot slow, masa yang di ambil adalah sekitar 4-8 jam, kebiasaanya. Bergantung kepada keadaan laut. Bot laju pula kurang 2 jam, juga bergantung kepada keadaan laut.
Ok dah sampai Aur. Di pulau ni terdapat 3 jeti utama. Jeti PALING utama ialah jeti Kg Telok Berhala. Sini kira port la. Jeti lain adalah seperti jeti Telok Meriam, Jeti Telok Sebukang dan akhir sekali Teluran. Teluran xder jeti, cuma ader pantai jer. Untuk pengetahuan, Teluran merupakan antara penempatan awal di pulau ini.
Dalam gugusan Kepulauan Aur ni, terdapat 3 lagi pulau kecil iaitu Pulau Dayang, Pulau Lang dan Pulau Pinang.
Jeti Telok Berhala
Jeti kayu Telok Berhala ni kira jeti paling lama. Namun begitu, dek kerna ombak besar, cuaca dan usia, jeti ini sudah beberapa dibaiki. Kali terakhir rosak teruk sekitar Nov - Disember 2010. Bahagian tengah jeti roboh dek pukulan ombak. Hujung2 tahun memang monsun di sini.
Tahun 2012, jeti batu Telok Berhala memulakan proses pembinaan. Ini bagi tujuan menggantikan jeti kayu lama. Jeti batu tersebut di bina bersebelahan dengan jeti lama ini. Sehingga masa blog ini ditulis, jeti itu belum siap. Secara peribadi, aku very up sad dgn jeti tersebut. Pertama sbb ia batu/simen. Tidak masuk langsung dengan suasana kepulauan. Kedua, mencemarkan pemandangan. Bukan menidakkan kemajuan tp bukan kemajuan yg sedemikian. Adakah bila sebut kemajuan, mesti bangunan simen? Itu silapnya kita. Ok2, yg tu bab lain. Now mode percutian k. Hihihihihi.......
Jeti Batu Telok Berhala
Persisiran pantai Pulau Aur tidaklah panjang seperti kebanyakkan pantai2 yang pernah korang pergi. Persisiran pantai utama pulau ini ialah di Kg. Telok Berhala. Pasir pantainya yang putih, menyerlahkan lagi keindahan pantainya. Di tambah pula dengan lautnya yang biru jernih, amat2 mengujakan. Boleh snorkelling ok. Di pesisiran pantai ni ada la batu2 karang. Tapi tak banyak sebb banyak dah mati. Ye la, semua tongkang datang, semua berlabuh sini. Habis semua. But dont worry, sbb banyak lagi kawasan yg masih selamat. Hihihihi......
Menceritakan detik pertama kali aku sampai di pulau ini (2010), mata aku tak berkelip2 melihat keindahan pulaunya, lautnya, pantainya dan semuanyalah. Nampak ikan2 di dalam airnya. Lagi menarik that time is, jeti pulaunya roboh. Yang tinggal hanya separuh jeti sahaja di laut. Hihihihihihihi......... wow.....
Masjid Jamek Pulau Aur
Keseluruhan penduduk di sini ialah Melayu dan beragama Islam ok. Mereka bukanlah orang asli walaupun berada jauh dari daratan. Mereka sama jer macam orang lain. Bilangan penduduk pula tidak ramai. Mengikut bancian yang pernah dibuat oleh Klinik Desa Pulau Aur, sekitar 150 orang. Itu jika ikut alamat k/p. Kalu nak ikut yang betul2 tinggal dan berada di sini, rasanya xsampai 50 orang. Selebihnya tu balik waktu musim cuti atau ada acara2 je la. Satu yang menarik ialah ada bahasa pulau tersendiri di sini. Ada bunyi seakan2 timur + sarawak. Hihihihihi.....
Menurut cerita dan pengalaman aku sendiri, pernah menjumpai makam di satu kawasan. Kawasan sekitar kebun durian, Payang. Dikatakan makam sebb seni batu nisannya agak berlainan dari kebiasaan yang kita lihat. So, tafsiran awal ialah di situ pernah wujud satu sosio budaya masyarakat yang bersistem.
Perkuburan lama
Kemudahan? Hmmmmm....... menarik di sini, bagi aku la, ialah kerna di pulau ini tidak ada apa2 kemudahan. No ATM, no jalanraya, no kereta, no bangunan, no motor dan banyak lagi noooo...... Its totally pulau n kampung. So jgn la mengharapkan yang mudah di sini. Lain orang lain dia punya kehendak. So bg aku, apa yg ada di sini skrg, cukup istimewa. Tak payah la nak gatai2 nak buat bangunan2 kat sini.
Dari sudut geografi, pulau ini adalah tidak mendatar. Bermula dari pandai, dia akan semakin membukit dan membukit. Oleh itu, rumah-rumah penduduk di atas-atas bukit lah. Tapi tidaklah jauh. Cuma kena mendaki skit la kalu nak ke rumah2 atas sana. Penghubungnya hanyalah jalan-jalan simen.
Selain berenang di pantai nan indah, pada mereka yg sukakan cabaran berpeluh, bolehlah mencuba mendaki ke Batu Cina. Batu Cina ni boleh dikatakan mark for this island. Kalu di Pulau Pemanggil ada Batu Buau. Dari atas sana, dapat di lihat pemandangan perkampungan Telok Berhala dan lautan yang indah. Masa pendakian kurang sejam. Tidak digalakkan pada mereka yg gayat dan berbadan terlalu besar sbb takut xmuat ketika melalui satu laluan tu. Hihihihi.... Satu lagi lokasi pemandangan ialah di Pulau Dayang. Belakang resort tu ada batu atas sana. Naik la. Hihihihihi.....
Untuk melihat suasana pabila berada di atas Batu Cina, boleh klik di sini, sini, sini, sini, dan sini. Haaaaaaaa....... banyakkan? Hahahahaha......
Pulau Dayang Resort
Batu Cina
Apa kemudahan yang terdapat di sini? Ok, kat sini ada kemudahan2 asas jer. Elektrik diperoleh daripada TNB Hybrid Solar System. Sistem ini mempunyai generator dan panel suria yang beroperasi silih berganti untuk menjana tenaga elektrik buat penduduk pulau. Namun begitu, disebabkan baterinya yang sudah rosak sejak 2012, menyebabkan sistem ini diambil alih sepenuhnya oleh generator, 3phase. Sampai skrg belom dibaiki bateri tersebut. Untuk info, generator telah diganti dengan yg baru pada tahun 2011, if i'm not mistake. :)
Bekalan elektrik
Bagi bekalan air, sumber air bukit digunakan. Penduduk akan menyelurkan air dari hulu dengan mengunakan paip2, terus ke rumah masing-masing. Kewujudan air di hulu ini bergantung sepenuhnya dengan jumlah hujan yang turun. Krisis air selalunya berlaku apabila menghampiri hujung tahun setiap tahun di mana hujan tidak turun dalam jangka masa yang lama. Untuk rekod dan pengalaman aku sendiri, sekitar September - Oktober 2012, lebih sebulan, pulau ini kekeringan punca air utama. Kawasan paling teruk ialah Kg Telok Berhala di mana ini merupakan pusat utama penduduk. Di teluk-teluk lain ada jer air.
Marin, masjid dan klinik
Bagi kemudahan kesihatan, melalui Kementrian Kesihatan, disediakan sebuah klinik desa. Di klinik ini, terdapat 2 orang jururawat desa yang sedia berkhidmat untuk penduduk pulau. Keutamaan diberikan kepada penyakit-penyakit ringan dan kesihatan ibu mengandung. Selain itu, klinik ini juga sedia membantu pelancong2 yang memerlukan bantuan kesihatan. Bukan warganerga dikenakan caj.
Klinik Desa Pulau Aur
Tugas keselamatan diserahkan kepada anggota MARIN. Untuk pengetahuan u all, Pulau Aur ni kira jajahan terakhir Malaysia. Ia bersempadan laut dengan Kalimantan. Kapasiti anggota yang bertugas adalah berdasarkan tahap keselamatan dari masa ke semasa (maklumat keselamatan tidak boleh didedahkan). Bahagian laut diselia oleh Agensi MARITIM Malaysia yang sentiasa membuat rondaan.
'Pendidikan Adalah Untuk Semua'. Itulah antara moto KPM. Maka, sejauh mana pun masyarakat, pihak KPM akan memberi kemudahan pendidikan. Di pulau ini terdapat sebuah sekolah kebangsaan yang di kenali SK Pulau Aur. Sekolah ini telah wujud sejak 1918. Bilangan murid dari tahun ke tahun semakin berkurang. Bilangan guru pula makin bertambah. Hahahahahaha...... bertambah tu, bukan la sampai seratus orang. Tak pernah lebih dari 10 orang la. Hihihihihi......
Sekolah ini juga telah melalui beberapa perubahan bangunan kerna usia. Terbaru bangunan 3 tingkat yang menggantikan bangunan kayu. Siap dan mula digunakan pada tahun 2011. Bab bangunan baru ni pun aku agak kureng. Inikan desa. Nape tak upgrade jer bangunan kayu lama tu. Setidak2nya kita mengekalkan keasliannya. Hmmm..... it just my opinion. Whatever.
SK Pulau Aur
Kuarters guru agama SK Pulau Aur
Aktiviti masyarakat sini macam2. Memancing, berenang, sepak takraw, bola tampar dan lain2. Bergantung la. Tidak terkecuali aktiviti 'dok saja'. Hahahahahaha.....
Satu2nya talian komunikasi yang ada di pulau ni ialah Maxis. Terdapat satu menara yang disediakan di bawah SKMM bagi kemudahan penduduk sini. Taliannya hanya sekadar perbualan biasa dan sms sahaja. 3G? Oh! Maaf, itu tak cover sini. :)
Aktiviti pelancongan di sini lebih tertumpu kepada scuba diving. Mostly pelancong adalah dari Singapore. Terdapat beberapa resort dan chalet di sini seperti Dayang Resort, Batu Kembar Resort, Ba'i Resort, Blue Water Resort, Villa Abah dan Sebukang Chalet. Semua ini menawarka harga yang berpatutan.
Villa Abah
Dayang Resort
Oklah, rasanya tu je lah kot. Apa pun pulau ini menjanjikan kehidupan semulajadi. Personally, sekai lagi, aku sangat suka kerna kurang kemudahan. Semakin kurang kemudahan, semakin rare. Kalu banyak kemudahan nnt makin tercemar. Biarlah ianya sebengini. Hanya mereka yg memahami alam sahaja sesuai ke sini. Apa yang aku ceritakan di sini MENARIK pada tafsiran aku. Korang xtahu la. Nnt bila dah datang, 'alaaaaaaa.....xder la best pun'. Depend pada perspektif masing la kan.
as salammmmm.. cikgu tuah..
ReplyDeleterindu pulau aur.. dh 2 tahun berlalu...
insyaAllah..akan ke sana...
rindu betul..
(bnyak rindu di sini..ahaha..)
mai jangan tak mai..... bawa kawan2.....
Deleteakan bercuti ke sana dgn family ahad ni :)
ReplyDeleteok, selamat bercuti n welcome to pulau aur.....
DeleteCantiknya!! Saya tak sabarlah nak pergi ke Pulau Aur. Terima kasih kerana sharing! Very informative.
ReplyDeleteCantiknya!! Saya tak sabarlah nak pergi ke Pulau Aur. Terima kasih kerana sharing! Very informative.
ReplyDeletewelcome....
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam..thanks for the info sharing. At least saya tahu serba sedikit pasal pulau ni. Saya dan group in shaa allah akan datang ke pulau aur pada bulan april ni. Boleh cadangkan any homestay/chalet yg masih beroperasi di pulau Aur? Kalau boleh yang bajet sederhana sebab datang utk buat research..bukan vaccay. Thanks..
ReplyDeletewaalaikumussalam....saya cadangkan Villa Abah. akan saya bg nombor contact nanti ok...... saudara/i ada email?
DeletePernah ke pulau aur 2 kali..tak silap pd tahun 2005..ikut kawan buat penilaian tanah di situ..kami tumpang bot dr mersing dgn divers drp Singapura..Ambik masa dlm 5 jam utk sampai..ternyata pulau yang amat cantik..mancing dkt tepi batu pn blh dpt ikan kerapu bara, ketarap, Unga tanda dll..mancung pd waktu malam hanya dpt anak yu saja...
ReplyDeletetq Nadri Mohd......
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam cikgu tuah.
ReplyDeletesaya & beberapa kawan sedang plan nak ke pulau aur.
boleh suggestkn kami chalet & no.contact ke?
kalau cikgu sudi membantu boleh la terus hubungi saya melalui email saya egmansur@gmail.com
terima kasih.
Assalamualaikum saudara tuah. salam perkenalan. sheila google pasal pulau aur ni. Subhanallah. cantik sungguh, tertarik hati ni nak ke sini... in shaa Allah. sheila follow blog saudara ya. terima kasih share entri yang menarik ni (",)
ReplyDeletehihihihi.....rasa gembira sekira ianya dapat membantu......
DeletePulau yg sgt cantik keaslian asli. InsyaAllah akan sampai
ReplyDeleteamin....
Deletenak tanya..ade contact number untuk penginapan di sana? villa abah ade.contact tak?
ReplyDeletevilla abah dah rosak teruk akibat angin kuat hujung tahun 2014.....bumbung dah tercabut semua.......huhuhuhuhu....mungkin sudah tidk beroperasi kot dalam waktu terdekat...... Anda boleh cuba chalet Pulau Dayang dan Blue Water Resort......
Deleteaefitbentuah bole bg no contact tk or email kn ke sy rozzezali@gmail.com :)
DeleteSalam..brapa yer kos utk chalet dan bot utk ke pulau..ada contact no chalet x?
ReplyDeleteTolong visit blog saya, ...http://mybeautifuljourneydream86.blogspot.com/,cantik pulau aur ni hajat hati nak pegi sna, insyaallah..
ReplyDeleteTolong visit blog saya, ...http://mybeautifuljourneydream86.blogspot.com/,cantik pulau aur ni hajat hati nak pegi sna, insyaallah..
ReplyDeleteAssalamualaikum. Ade contact x nak kesane?
ReplyDeleteAssalamualaikum. Ade contact x nak kesane?
ReplyDelete@Hafizz Hamzah, layari web ni k .......... http://sebukangbayresort.com/
ReplyDeleteAssalamualaikum. Boleh dapat no contact pulau dayang chalet tak
ReplyDeletepulau dayang
Deleteencik hirwanizam 01117525582
encik mohd tahir 0127645824
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMan rgindu nak bale polau wah...nan padeh aji muhe inih
ReplyDeletewow....
DeleteAsSalam cikgu
ReplyDeleteada tak no. contact Sebukang Chalet?
dah godek2 website dia tp tak jumpa no. contact....dah email tp tak ada reply
cadang nak ke Aur - April 2016 ni
cuba try whatsapp diaorang di 0197391284...
DeleteIntagram pun boleh usha : sebukangbayresort
as salam cikgu, ada contact no botman atau pengangkutan ke Pulau Aur tak?
ReplyDeleteas salam cikgu, ada contact no botman atau pengangkutan ke Pulau Aur tak?
ReplyDeleteAur Syiok bot = 0177619495
DeleteUntuk pengetahuan juga, kita sudah ada perkhidmatan ferri ke Pulau Pemanggil dan Aur. Boleh beli tiket di kaunter 13 jeti mersing.
Yang ini pun boleh kontek 0197391284(sebukang resort)
Salam
ReplyDeleteSaya baru je pergi ke Pulau Aur dari Jumaat hingga Ahad lepas.
Skarang dah rindu anak2 kecik di sana (Haikal, Iswan, Hanum, Intan, Fahmi, etc) tak ingat lah nama semuanya tapi mereka yg menceriakan hari2 kami disana
Cikgu penah mengajar kat pulau aur tu ke? Serba serbi tau pasal pulau tuu..
hihihi...tahniah...hope datang lagi ke pulau aur....
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deleteassalam kak.. berapa ramai kak pergi? dan berapa kos semua ya? ape je aktivitinya.. boleh saya dpatkan info sikit ? mr.adnan28@gmial.com /0132922810
DeleteAssalam,
ReplyDeleteKAlau ada yang nak bercuti di pulau aur, boleh contact/whatsapp Norrul 012-7759135
Ooooo...
DeleteSalam saya nak tanya.. boleh suggest tak pulau apa nak p dkt johor sbb saya first time nie
ReplyDeletepaling mudah Pulau Tinggi dan Pulau Sibu......naik di Jeti Tanjung Leman....
Delete