2.3.19

--- Sri Lanka epi 1, Pusing-pusing Bandar Colombo ---

Dari hari ke sehari melihat perbandingan harga tiket. Antara MAS dan AA. Akhirnya kami beli MAS kerana harganya mahal seratus lebih kurang berbanding AA. Berkata pada hati, "apa salahnya naik flight yang lebih berkualiti sekali sekala". Maka dibelilah oleh kami tiket MAS dengan harga RM1045 pergi dan balik.

Kami berempat terbang sehari awal. Katanya nak menerokai bandar Colombo dengan lebih mendalam disamping tidak suka akan suasana rushing apabila tiba dan menuju ke pintu rimba. Siapa mereka 3 orang itu selain dari aku? Hihihi...... Macam biasa, salah seorang dari rakan traveler aku ni ialah Firdaus aka Daus. Kemudian Sem. Juga rakan hiking yang selalu mengoffer trip pada aku dan Daus. Termasuklah trip Adam's Peak ini. Seorang lagi ialah seorang wanita. Pastinya kami belum pernah trip bersamanya. Lagi pasti kami tidak mengenali beliau. Hanya sekadar mengenali beliau dengan panggilan DJ atau Katy di dalam whatsapp group.

Flight beliau sejam awal dari flight kami dan beliau di airport sebelah iaitu AA.


Kami sudah berada di ruang menunggu sejam awal dari waktu pernerbangan. Flight kami sepatutnya pada jam 10.25 mlm. Tapi delay atas alasan yang tidak diketahui. Yeaaa.....email telah dihantar untuk memaklumkan perkara tersebut. Tapi apa gunanya.

Aku dalam masa menunggu dah beberapa kali muntah angin. Semasa berjalan masuk ke dalam kapal terbang, sekali lagi aku mual-mual. Pramugari bertanyakan keadaan aku yang pada pandangan agak serius. Kertas muntah laju diberikan.

Sekali lagi dia bertanyakan, "adakah aku perlukan bantuan perubatan?". Aku tidak tahu kerana ini kali pertama aku mengalami air sickness teruk sebegini. Aku cuba tenangkan perasaan dengan memejam mata. Kedengaran suara pramugari membuat panggilan telefon meminta bantuan tentang hal tersebut.

Untuk flight ini, kami bertiga duduk sebaris tapi bukan sebelah-sebelah. Malangnya kami dapat seat paling belakang. Waktu itu suasana sedikit kelam kabut dengan orang beratur nak ke bilik air. Bilik air pula yang kelas economy hanya dibelakang ini. Di tambah lagi dengan pilot meminta semua penumpang berada di tempat duduk kerana mahu berlepas. Maka anak-anak kapal lagi sibuk meminta semua orang kembali ke tempat duduk.

Aduuuuuuuuhhhh.....semak jadinya suasana.

Aku tanpa fikir panjang menyelubungkan diri aku dengan selimut yang dibekalkan kerana hendak mengawal perasaan nerbes, paranoid dan mabuk. Arghhhhh....semua perasaan ada. Beberapa kali aku terjaga dari tidur. Flight masih di udara. Kembali tidur. Sesekali terdengar suara anak kecil menangis.

Aku ada sedar yang Daus mengejutkan aku semasa makanan hendak disajikan. Tapi aku tak kuat untuk itu. Aku terus dalam selimut dan kembali tidur. Cuba mengawal rasa mual. Si Sem dah mula membahan aku. Aku hanya mampu tersengih.

Setelah beberapa jam, aku terdengar suara kapten memberitahu akan mendarat sekejap lagi. Sedikit perasaan gembira tapi masih takut.

Sebaik sahaja touch down, aku berasa sangat lega. Barulah aku berani keluar dari selimut. Alhamdulillah... Sebelum keluar, aku mengucapkan terima kasih kepada anak kapal yang sedia membantu. Aku juga ada minta ubat yang dipohonnya tadi. Katanya, tak dapat. Tapi beliau menasihatkan aku untuk membelinya di farmasi.

Semasa berjalan menuju ke tempat mengambil bagasi, kami sempat berbincangg tentang servis MAS.

1. Makanan tak sedap.
2. Suasana tidak selesa. Orang kelam-kabut di satu tandas sahaja.
3. Saiz kapal terbang. Kami ingatkan dapat saiz yang besar dan selesa. Kalau dapat  saiz macam AA, baik kami naik AA. Hahahahaha.....

Dah delay di Kuala Lumpur, maka masa ketibaan juga sedikit lewat. Beza masa antara Malaysia dan Sri Lanka adalah 2 jam 30 minit.

Kami puji dari segi visa Sri Lanka kerana ialah mudah. Mohon online sahaja. Approving melalui email. Di Sri Lanka hanya dapatkan sticker sahaja. Simple. Kaunter visa on arrival disediakan.





Seterusnya masa untuk simcard. Setelah beberapa kali mundar mandir dari satu kedai telko ke kedai telko, kami memutuskan untuk menggunakan telcom HUTCH. Pemilihan ini dibanttu dengan maklumat yang diberikan oleh Kathy yang telah lama sampai. Dia dah buat kajian terhadap semua telco. Semasa kami mencari-cari simcard tu, kami ada nampak dia tidur di kerusi. Segan nak kejutkan dia yang nyenyak tidur itu.




Daus pernah transit di sini 10 tahun yang lalu semasa hendak pulang ke Paris. So dia serba sedikit tahu tentang airport ini. Dia ajak kami lepak di departure hall kat sebelah sana. Tidur sehingga Subuh. Tak nyenyak kerana sejuk dan sakit belakang tidur atas lantai.




Semasa kami nak keluar dari hall, kena tahan oleh polis. Bertanyakan kenapa kami nak keluar? Kami jawab, "kami sudah sampai semalam tapi masuk mencari restoran untuk makan". Kami dilepaskan. Pada mereka yang tak yakin, jangan buat. Hahahahahaha.....atas dasar keselamatan, penumpang yang masuk ke hall departure tidak boleh sesuka hati keluar apatah lagi dengan membawa laguage bersama.

Kami bertemu dengan Kathy di pintu keluar. Saat dan detik itu adalah kali pertama pertemuan kami. Berkenalan secara ringkas sambil menunggu Grab. Dari airport, kami terus menuju ke hostel yang telah ditempah oleh gogo. Jarak lebih kurang 36 km dengan harga 2100 rupee. Driver bertanya samada mahu express or normal road? Normal road have a traffic jam. Express kena extra 300 rupee untuk tol. Kami pilih express.

Selamat tiba di Lilac by Seclusion Hostel. Koordinat 6°54'14.25"N, 79°51'11.22"E. Letak beg dan keluar sarapan di kedai berdekatan sementara menunggu bilik disiapkan. Terima kasih kepada gogo yang sudah memaklumkan kedatangan kami kepada pihak hostel.




Kami berjalan menuju ke Pilawoos Restaurant sepertimana yang dicadangkan oleh hostel. Aku order Chicken Curry Kottu. Yang lain ada yang order Dolphin Curry Kottu, Nan Cheese dan parata. Bila datangnya Chicken Curry Kottu, omg!!!......banyaknya bawang. Macam mana nak makan? Arghhhh....fail la order kali ni.Tak nak order yang ni dah.



Selesai makan, kami kembali ke hostel untuk rehat. Sementara itu Daus macam biasa akan mendapatkan info tentang tempat yang ada di sekeliling. Antaranya, buku di bawah yang banyak memberi knowledge pada beliau.



Bukan buku ini


Bergerak semula selepas Zuhur.

First kami menuju ke tepian pantai yang berdekatan. Ada keretapi rupanya. Keretapinya betul-betul tepi pantai. Stesen keretapi Kollupitiya.











Berjalan pula menuju ke muzium. Tapi tidak bernasik baik kerana muzium dah tutup.











Booking Grab untuk bawa kami ke Flouting Market. Bayaran....... Market pun macam tak ada apa yang istimewa. Daus ajak tengok matahari terbenam di tepi pantai.












Hotel-hotel bertaraf bintang rancak dibina


Kenapa berkaki ayam?


Mencuba makanan tempatan. Makan malam terus di situ.

Berjalan balik menuju hostel. Buat pengurusan diri dan rehat. Done for today.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...