7.3.19

--- Sri Lanka epi 6, Pidurangala Peak - Sigiraya Peak - Back to airport ---

Bangun pagi seawal jam 4 untuk pengurusan diri. Elektrik pula masih tak ada. Dari semalam lagi. Ananda dah siap sedia menanti.

Subuh dalam van jer.

Dalam 15 minit, kami pun tiba di pintu masuk Pidurangala. Selain menaiki kenderaan, banyak cara boleh digunakan untuk sampai ke sini. Antaranya berjalan kaki dan tut-tut. Berjalan paling popular dikalangan pelancong barat.

Entry fee ialah 500 rupee. Pelancong haruslah menutup kepala dan berpakaian sopan ketika melalui pintu masuk ini kerana ia merupakan kawasan ibadat.

Pendakian tidak mengambil masa yang lama. Cuma sedikit jem di kawasan batu. Itu pun kerana laluannya sempit dan menyukarkankan individu bersaiz besar. Kalau semuanya slim, lancar jer.

Kurang 30 minit, kami dah sampai di puncak dan sempat sebelum matahari terbit. Alhamdulillah, dapat lihat pemandangan yang awesome. Atas puncak ini ia berbatu dan luas.

View 360 la sebab ia seketul batu yang besar. Siapa pernah naik Batu Cina di Pulau Aur? Haaaaa....macam tu la atas Pidurangala. Cuma ia lebih besar.






Member minta vale kan namanya di puncak










Sigiraya dari Pidurangala


Lagi sesi tunjukajar ku sifu











Makam siapa?




Selesai perjalanan turun dari Pidurangala, kami lepak-lepak kejap di kawasan parking sambil minum-minum. Dahaga... Hanif begitu teruja dengan Nes. Katanya, pagi-pagi perlu dapatkan Nes baru boleh kerja. Tapi dia kerja apa? Rasanya dia kerja travel jer. Hahahahaha....

Next...... jam 8.22 pagi, menuju pula ke Sirigaya Rock. Puncak dan kawasan ini tidak sama seperti Sirigaya yang hanya beli tiket dan terus naik.

Puncak ini telah diletakkan di bawah seliaan WHO yang menjadikan kawasan ini mempunyai beberapa peraturan yang perlu dipatuhi.



Muzium...Yea....di sini ada muzium yang menceritakan perihal tentang Sigiraya, Pidurangala dan kawasan sekitarnya. Muzium ni tempat yang sesuai untuk orang seperti Daus. DJ pun mungkin suka muzium. Tekaan aku dari segi percakapan dan penampilan beliau.

Aku suka muzium tapi aku tak suka membaca. Suka tengok-tengok bahan dalam muzium sahaja. So....aku tunggu rumusan dari Daus jer.

Kata Hanif, rajin pula Ananda ni join kita berjalan dalam muzium. Sesuai la dengan peringkat umur beliau. Semua orang tersenyum. Tapi masa di Laxapana Falls, beliau ikut kami ke air terjun tersebut. Ini kerana pertama kali pergi ke situ.

Sedikit info tentang kawasan ini ialah ia seakan-akan sama seperti Angkor Wat. Pusat kerajaan adalah di puncak manakala kawasan jajahannya di bawah dan sekitar. Ada 2 orang saudara bergaduh dan berperang merebut tahta. Satu ke sana dan satu lagi ke sini...bla...bla...bla..... (ini tipikal punya peristiwa).

Owh....! Satu lagi info ialah katanya pernah ada pedagang Melayu yang datang ke sini. Atau pesalah-pesalah orang Melayu yang di buang di sini. Either satu tu la. Cuba korang google. Nanti bagi tau ok.

Info ini diciplak dan diolah oleh aku dari cerita-cerita rakan yang membaca di muzium tadi. Hahahahahahahahaha....... Biasa la, I'm are good listener.






Sama macam kat rumah tuk aku


Selesai di muzium, kami perlu menapak melalui kawasan taman yang merupakan sebahagian daripada kawasan kerajaan Sigiraya. Ada kolam-kolam, taman dan sebagainya. Untuk sampai ke tangga Sirigaya, perlu berpeluh dengan bahang panas sejauh hampir 500 meter. Arghhhhhhhhhhhhh..... Rasa macam nak berlari nak elak panas. Hahahahaha.....

Yang lain mana ni? Takper, dah besar. Pandai la tu. Hihihihi....

Ada pemeriksaan barangan plastic semasa di 2nd entrance. Peraturan tentang alam sekitar di sini amat-amat dijaga.






Berlaku satu insiden di sini apabila seorang pelancong warga emas di tahan kerana disyaki mengambil gambar satu lukisan dinding. Di kawasan itu memang ada signboard, no camera.

Ada sedikit pergaduhan. Si pelancong tidak mengaku manakala petugas mahu melihat apa yang ada dalam kamera. Si pelancong enggan memberi dan menunjukkan gambar di dalam kamera tersebut. Petugas ingin membawa pelancong itu ke balai polis.

Kami berlalu pergi. Nanti dia orang settle kat tepi.





Aku hampir-hampir putus asa untuk meneruskan pendakian ke puncak kerana cuaca panas. Tapi gagahi jua kerana memikirkan jauhnya datang ke sini. Hihihihi.... Lagi satu malas nak beratur dengan orang ramai di tangga itu. Panasssssssssssss....!

Tapi ada privilege pada sami. Macam ambulan. Sami jer, semua orang akan bagi laluan.





Di puncak Sigiraya ni ada bekas-bekas binaan sebuah kerjaan.








Korang nampak binaan claw tu kan? Ada pertandingan bagaimana rupa kepala yang cocok dengan claw tersebut. Pertandingan tersebut disertai oleh pelbagai negara. Paling kelakar, ada kepala Doraemon. Kahkahkahkah.....

Semasa laluan exit, ada la ruang kiosk menjual cenderahati. Kata Hanif, MURAH...! Dengar kata murah, beli selalu. Orang Malaysia memang terkenal dengan tawar menawar.

Tamat sudah 2 bukit batu ini, kami pulang ke homestay yang tak berapa not recommended pada rakan-rakan kalau nak datang sini. Balik dari gunung pun sama keadaannya. Elektrik tak ada. Panas giler…. 😑. Kat luar panas. Balik pun panas.

Sepatutnya dia kena pulangkan separuh bayaran. Then baru aku recommended. Hmmmm.....😒😒😒


Kepulangan kami disambut oleh isteri host dengan menyiapkan late breakfast. Dah pukul berapa ni. Hahahahahaha..... Masing-masing masih lapar walaupun dah habis makan telur dan roti. Yes...yes...yes.... Request for watermelon. More watermelon. Aku teringat yang aku ada bawa Pek Kembara. Daus turut offer Brahim's yang dia bawa. Sem bawa serunding dan sambal ikan bilis.

Menariknya di sini, Alep, Anis dan DJ macam teruja dengan benda ini. Banyak soalan tentang pek ini. Ananda pun teruja dowwww....... Ok.....kalau owner Pek Kembara ni baca, sila buat business ke sana ok. Hahahahahaha.....

Buat pengurusan diri dan packing untuk check out. Fyi, hari ini last kami di Sri Lanka. Flight pulang ke Malaysia malam ini. DJ fly with Air Asia and the rest is with MAS. Beza time flight kami adalah sejam.DJ fly dulu.



Perjalanan dari sini ke pusat bandar atau airport mengambil masa hampir 4 jam. Kami sempat singgah di beberapa pusat jualan di sekitar sini untuk mendapatkan cenderahati. Tapi harga cannot go la. Info dari Ananda menyatakan ada satu kedai di airport yang menjual dengan harga kasih sayang. Maka, kami langsung aja ke airport.

Untuk teh, kami singgah beli di mart sahaja.

Jika sebelum ini Ananda memandu dengan penuh hemat tapi hari ini, kami dapat saksikan sisi gelap Ananda memandu. High beam di sini macam tiada makna. Keluar ikut suka, masuk pun ikut suka. Tapi yang hairan tu, tak ada kemalangan. Ada tu ada cuma mungkin kurang la.

Check in dan lugage berjalan dengan lancar. Tunggu untuk berlepas. Aku telan pil air sick 30 sebelum fly dan suksess. Aku tak mabuk sangat sehingga mendarat di Kuala Lumpur. Powernya ubat tu. Hahahahahahaha.....

Kesimpulan daripada trip kali ini ialah OK...! Hahahahaha.... Line up best, gogo kacak, Anis yang always potitif, semuanya happy go lucky, semuanya sempoi, semuanya tak cerewet, dapat belajar ilmu camera dan semuanya TERBAIK...! Yang tak baik itu biasanya diri kita sendiri. Hahahahaha....

Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang menyumbangkan gambar. Mohon dihalalkan. Tanpa mereka, catatan log ini mungkin tidak lengkap. Nak harapkan otak aku, mmmmmm....ke laut la.

Sebak juga nak habiskan entry kali ini kerana ada beberapa info yang sedikit tricky sebab nak kena olah supaya ia menarik dan sesuai.

Sehingga jumpa dalam trip yang lain. Amin.

Disebalik...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...