6.3.19

--- Sri Lanka epi 5, Adam's Peak - Laxapana Falls - Sigiraya ---

Kebiasaan dalam mana-mana trip, aku yang akan entertain bahagian kamera. Tapi untuk trip kali ini, beruntung kami kerana gogo sangat fasih dengan semua angle. Dia boleh baca mana yang terbaik. Disamping itu, dapat la aku belajar beberapa tips penting. Teruja bila dapat kemahiran baru.

Jam 1.30 pagi bangun buat persiapan diri. Buat solat sunat sikit. Yelah nak mendaki di kawasan yang penuh dengan Buddha. Satu lagi, masih dibayangi perasaan mabuk.

Kami ada juga berbual-bual dan bertanya-tanya samada terdapat hadis berkaitan dengan lokasi turunnya Nabi Adam? Kalau ada pun ia bersifat lemah atau dhaif.

Jam 2.30 pagi, mula bergerak. Kiri kanan kedai sudah beroperasi. Rasanya memang 24 jam kedai-kedai sini. Orang agak ramai. Dari tua hinggalah ke bayi yang didukung untuk mendaki ke puncak Adam's. Malah ada juga yang oku. Di sini nampak begitu kuat iman mereka untuk beribadat.

Menurut gogo aka Hanif, terdapat musim-musim tertentu di mana puncak atau lokasi ini menjadi sangat sesak dengan penganut agama Buddha. Pada masa itu, penganut lain tidak dibenarkan mendaki kerana faktor-faktor keselamatan. Jalur pendakian ini juga di buka 24 jam. Maka masa pendakian, kami akan berselisih dengan orang yang turun.

Aku tertanya-tanya, antara Dewa Hindu dan Buddha, mana satu paling atas? Hummmm.....





Suasana macam Bromo. Ada kedai-kedai menjual pakaian sejuk dan minuman panas. Tapi hakikatnya tidaklah sesejuk mana.

Trek pendakian adalah bersimen dan bertangga simen. So dari mula, perjalanan tu dimulai dengan santai-santai. Kemudian di selangi dengan anak tangga yang kecil-kecil. Semakin lama, akan dipenuhi dengan tangga. Ada anak tangga yag tinggi....ada yang rapat-rapat dan pelbagai ragam lagi.

Peluh? Itu pasti. Kata Sem, dia memang kalah dengan tangga. Paling depan sekali ialah Daus. Laju dia kat depan sana. Seakan-akan mendapat aura Buddha. Terus tak nampak kelibat. Disusuli dengan DJ dan Allef. Makan apa pun tak tahulah yang tetiba power sangat ni. Kita ni langkah satu anak tangga pun dah makan seminit. Hummmm......faktor umur.

Untuk pendakian ini, kami ikut phase masing-masing. Tak perlu kejar-kejar sangat. Penat, berhenti.

Di kala Subuh menjelma, kami sudah berhenti berehat di sebuah kedai makan dan minum. Kami menunaikan solat dalam keadaan duduk secara bergilir. Teringat masa kat Beijing dulu.

Sambung mendaki anak tangga lagi. Kami regroup balik di satu view port apabila semua orang nak tengok dan snap sunrise. Hummmm.......

Cabaran pendakian selain dengan diri sendiri adalah dengan faktor jem. Macam-macam ragam orang mendaki. Ada melawan arus. Ada yang makcik pakcik yang slow. Ada yang penat tapi tak berehat di tepi. Tidak kurang juga yang jenis berkumpulan secara melintang. Hummmmm.....

Aku tak tengok jam ketika menghampiri puncak. Yang pasti matahari dah muncul. Aku juga sedikit pening-pening mabuk semasa menghampiri puncak dan aku berehat di luar tangga untuk cover balik AMS. Selain itu pening dengan bau dan bacaan-bacaan penganutnya semasa mendaki.




Rasa nak terkencing. Tapi takut kalau toilet tak bersih. Tak tahan, aku pun masukkan juga. Bayaran 300 rupees dikenakan. Tapi sebelum bayar, aku cakap nak kencing dulu. Nanti keluar bayar. Dia kata ok.

Alhamdulillah, tandasnya bersih dan tidak ada bau hancing atau sebagainya. Cuma ruangan agak sempit. Daun pintu tu apabila dibuka, muat-muat ruang. Selesai kencing, aku nak buat bayaran. Tak ada wang kecil. Lagi seratus jer. Then aku bagi 1000. Last sekali dia ambil 100 rupees jer. Haaaaaaaaaaaa.......i say thank you.





Di puncak terdapatnya sebuah kuil yang dibina. Untuk masuk ke ruang tapak kaki yang dipercayai tapak kaki manusia pertama itu, perlulah buka kasut dan beratur. Tapi bagi yang bukan beragama Buddha, rasanya tidak boleh masuk. Kecuali korang acah-acah mengaku dan beratur sambil melakukan ritual sebelum tiba di ruang tersebut.

Hampir sejam juga berada di atas. Aku sempat terlelap. Mabuk sebenarnya. Alep ajak turun. Katanya fikiran terganggu. Biasa la. Orang yang imannya kuat ni memang selalu diuji. Ajakkan Alif turut disetujui oleh DJ yang turut mahu turun.

Ketinggian puncak ini adalah 2243 meter. Puncak ini merupakan puncak ke 5 tertinggi di Sri Lanka. Ceylon adalah nama sebelum Sri Lanka. Rujuk je wiki. Hihihihi...

Cubaan apakah itu wahai Alep?

Perjalanan mendaki tadi mengambil masa 4 jam lebih. So turun kami cuba secepat mungkin. Namun 2 jam lebih juga. Semasa turun, kami terserempak dengan Anis yang dalam perjalanan turun juga.

Aku dapat mesej dari ketua jabatan minta aku ambil sebutir pasir di puncak ini. 

 Rejeki tak pernah salah alamat











Yang terserempak dengan Anis ialah Alep tau. Alaaaaaa....yang pakai topi bulat tu. Aku masih kat belakang mencari rentak kerana lutut sedikit sakit. Tapi masih gagah. Hahahahahaha.....

Kata Anep, dia orang kena tazkirah dengan sami masa on the way turun tu. Then aku muncul menyelamatkan dia orang. Haaaaaaaaaaa...... Macam scene Gandaff datang dengan cahaya untuk menyelamatkan geng-geng kerdil 😌😌😌.

Masa dalam perjalanan turun tu sempat membawang bertanyakan kenapa lagi 3 orang tak turun-turun lagi. Mereka ialah Daus, Sem dan Haniff. Katanya, Daus dan Sem beratur untuk membunyikan loceng besar tu. Aduuuuuhhhhhh......sahabat kita dah terpesong guys. Sebab itu kami turun dulu. Dah agak benda-benda macam ini akan berlaku. Daus memang aku dah tahu sebab masa di Phuket lagi. Bukti di link ini. Hahahahaha....

Dalam perjalanan turun, ada beberapa penganut yang terpaksa diusung turun oleh orang ramai. Sebab tak pasti. Rasanya sebab keletihan kot.



Puncak




Dalam masa turun tadi aku sempat terdengar perbualan antara Anep dan DJ. Sembang tentang kerjaya bla...bla...bla.... Sound like DJ ni bukan dari golongan biashe biashe. VVIP juga la. But she so humble. Boleh travel backpakers. 👍👍👍

Kami semua selamat tiba di hotel untuk breakfast. 2 meja. Meja belakang ni tak pasti story pasal apa. Tapi meja aku, Daus dan DJ banyak story/bertukar-tukar pandangan pasal education, politically, banking, penjajahan....bla...bla...heavy issue la. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........

Persiapan diri untuk ke air terjun Lakshapana (juga dieja Laxapana). Kata gogo, ‘air terjun tu dekat jer. Cuma kena jalan dalam 10 minit jer nak masuk ke sana. Terpencil sedikit’. Itu statement gogo.
Kami pun bergerak menuju ke destinasi. Agak jauh. 2 3 kali gak tidur bangun….tidur bangun.



Nak bergambar kena bagi tips


Kami pun sampai. Nah…step mula je dah tangga menjunam ke bawah. Fobia Adam’s peak pun belum habis dah tambah yang ini. Memang jauh beb ke bawah. 10 minit? Tidaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkk. Itu hanyalah mimpi……Aku memang dari dulu tak pernah percaya gogo cakap. Arghhhhhh.......

Masa nak turun dari van, gogo mengalami sedikit kekejangan otot/sendi pada bahagian peha beliau. Hmmmm....

Tapi bila menghampiri lokasi, memang lawa beb air terjun. Tak sia-sia turun jauh. Hahahahaha..... Rasanya air terjun ni lokasi add on. Bukan dalam plan asal. Creadit to gogo Haniff. Aku mungkin takkan story banyak tentang air terjun ni sebab kita tak nak ia tercemar dengan kehadiran manusia yang tidak bertanggungjawab. Hahahahaha....nak tahu kena datang sendiri.

 Gogo kekejangan otot



Lakshapana waterfall




Sesi tunjukajar


Mencuba sesuatu yang bukan principal









Semua orang excited. Tukar baju untuk mandi. Kami mandi di kolam hadapan ini sahaja. Mulanya belum ada orang. Eh! Ada-ada. Couple pelancong. Mereka ke atas sana. Kemudian ada satu family datang berkelah. Awalnya dah tanya gogo, kita tak pergi sana ke? Sana tu merujuk kolam atas sana di mana air terjun itu jatuh. Kata gogo, dia belum pernah pergi ke sana. Agak sukar ke sana. Tapi kalau nak pergi, boleh. Kita pergi lepas ini.

Selang beberapa minit, sorang-sorang mula menjelajah ke kolam atas sana. Pelancong perlu bersusah-susah memanjat batu besar. Last sekali pergi ialah Sem. Aku pun nak pergi juga tapi kalau semua pergi, barang-barang kita ni siapa nak jaga beb?

Krik...krik...la aku sorang kat situ sambil ditemani family Sri Lanka ini. Aku dah macam panas time tu. Perlahan-lahan berenang ke tepian untuk naik tukar baju. Solat dan tunggu mereka pulang.

Kembalinya mereka dengan perasaan gembira dan puas. Siap tunjuk gambar lagi. Aku dah tekad. Takkan la aku tak pergi sana kan? Aku pun packing dan cakap nak pergi sana. Dalam perasaan bercampur-campur dan takut, aku berjaya juga ke air terjun tersebut. Alhamdulillah...

Sebenarnya aku memang takut sikit ke lokasi yang mempunyai potensi mistik. Hahahahahaha..... Tapi nak membuktikan aku pun boleh pergi, gagah juga la. Horeeyyyy....... Lawa air terjun atas sana. Tapi tak kelihatan orang ramai mandi di sini kerana faktor kedalaman dan kesukaran untuk ke sini.





Kami tidak boleh lama di sini kerana perjalanan ke lokasi seterusnya adalah jauh. Jika ikut rekod, semua hotel kami check in malam.

Kami mendaki menuju ke parking. Buat pengurusan diri dan makan tengah hari, maggi. Menu macam agak susah kat sini. Ada sebuah kedai jer. Lokasi ini kelihatan tidak terlalu komesial. So tak ada la kedai-kedai. Kawasan ini juga merupakan ladang teh.

Dalam 30 minit perjalanan, kami melalui satu jambatan yang dikenali sebagai Norton Bridge. Ananda memperlahankan van sambil menunjukkan sebuah momerial yang dibina bagi memperingati kejadian terhempasnya sebuah kapal terbang yang membawa jemaah negara Indonesia ke Mekah. Pesawat tersebut terhempas di kawasan perbukitan yang dikenali Seven Hill Farm.

Macam selalu, fakta sebenar gagal diperolehi selain daripada cerita dalam pelbagai versi. Kejadian berlaku tanggal 4 Disember 1974 (19 Zulkaedah 1394). Empat tahun kemudian iaitu pada 15 November 1978 (14 Zulhijjah 1398), berlaku lagi sekali kejadian yang sama. Cuma bezanya, jemaah dalam penerbangan pulang ke Indonesia.

Cerita lanjut, google ajer.

Memorial terhempasnya sebuah pesawat


Kami menuju ke Sigiraya sekitar jam 1545 . Check-in kat sana. Maghrib dijangka tiba. Hummmmm….. 😂

Dalam perjalanan singgah mini mart untuk toilet. Lama sangat perjalanan.

Setelah berjam-jam (5 jam) dalam van, akhirnya kami sampai di Green Garden Homestay 😂 😂 😂. Barai serius…..Ketibaan kami disambut oleh host. Semasa menyambut kedatangan kami itu, dia ada sebut yang ada gangguan bekalan elektrik.

Ok, kami pun masuk ke bilik-bilik yang telah ditetapkan. Tak sampat seminit, bekalan elektrik terputus. Benda berulang.....berulang...dan berulang....

Makan malam

Dinner time. Tengah makan pun lampu kejap ada dan kejap tiada. Macam circuit breaker rosak 😑. Tapi circuit tak mudah rosak. Ni mesti overload. Tapi kami tak buka aircon pun sama juga.

Taklimat untuk aktiviti esok. Jam 4.30 pagi semua kena siap. Menurut gogo, kawasan muka buminya adalah rata. Tidak ada tanah tinggi seperti sebelum-sebelum ini. Suhu dikatakan sedikit panas. Tapi kalau dok dalam bilik dengan aircon tak ada, bukan sedikit lagi panas tapi banyak panas.

Selesai makan dan taklimat, masuk ke bilik untuk berehat dan buat pengurusan diri. Kepanasan. Haniff sampaikan mesej melalui whatsapp group :


Apa yang dirisaukan ialah bateri phone dan kamera. Tak boleh nak charge. Sebelum tidur, aku cuba siapkan blog. Tapi tak mampu sebab mengantuk dan panas.

Sem yang dari atas katil, tidur atas lantai sebab kepanasan. Katanya panas malam itu lebih panas dari membaca komen-komen netizen terhadap diri beliau.

Zzz...zzzz....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...