Assalamualaikum guys di luar sana? Apa khabar Malaysia? Kami di Sri Lanka, baik-baik aja. Hahahaha... Sebelum memulakan entry episod ini, just nak kongsi satu falsafah or kata-kata panduan mengenai foto dari seorang idola. Katanya begini :
"Lihat sekeliling. Tetapkan subjek. Adakah ia berguna dalam gambar. Shoot bila semua telah dipertimbangkan"
@amirulhaniff
Bangun pagi dan buat pengurusan diri. Kemudian berjalan sekejap ke pantai sana. Saja nak tengok apa yang ada. Di kaki langit sana kelihatan awan mendung yang mungkin membawa hujan.
Gogo minta semua orang berkumpul untuk breakfast jam 8.00 pagi, SHARP dan check out jam 9.00 pagi.
Sambil breakfast, sedikit taklimat dari gogo. Ulangan dari taklimat semalam. Destinasi hari ni agak jauh dan banyak habis masa di dalam van. So mohon bertabah.
Sementara menunggu rakan-rakan lain datang, gogo ada bagi tips how to take a picture like a cafe insta. Dalam bahasa tempatan di sebut dak-dak cafe. Jika lihat gambar di atas tu, sepatutnya mesti berkedudukan segi empat tepat. Tapi aku saja bagi serong sebab nak lain dari yang lain. Akhirnya tak jadi sebab tak ikut cakap guru. Deeemmmmm.....
Lebih kurang setengah jam sebelum tiba di air terjun, kami sempat berhenti di sebuah perkampungan Wellawaya. Apa yang menarik di sini?
Ada gajah liar yang jinak. Liar? Jinak? Mana satu ni? Pelancong boleh
berhenti di tepi jalan utama. Boleh dapatkan makanan di seberang jalan
sana untuk memberi gajah makan. Its like a safari guys.....amazing.
Gajah liar ini di pagari dengan pagar elektrik bagi menghalang memasuki
kawasan penduduk. Satu pengalaman yang menarik sebenarnya.
Berhenti makan tengah hari di pekan Wellawaya.
Lokasi pertama yang dikejar ialah Diyaluma Falls. Air terjun ini merupakan yang ke dua tertinggi di Sri Lanka. Dari bawah kelihatan ada manusia di atas sana. Macam mana diaorg mendaki? Google jer. Nanti ada caranya. Kami tidak merancang untuk mendaki kerana tiada masa. Hahahaha...... Air terjun ini berada di tepi jalan utama sahaja. Expectation? Biasa jer. Hihihi.... Perjalanan mengambil masa kira-kira 4 jam dari Matara tadi.
Semalam taklimat katanya boleh mandi di air terjun. Maka so excited. Tapi disebabkan kesuntukan masa, no swimming today. But....gogo promise us untuk bawa ke satu air terjun yang lebih cantik dari ini dan rare untuk kita mandi. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...... Hoyeh...hoyeh...
Diyaluma Falls
Di sebalik sekeping gambar yang cantik
Dari Diyaluma Falls, kami menuju pula ke Ravana Falls. Perjalanan mengambil masa sejam lebih kurang. Sama macam tadi, kami hanya side seeing jer. Ravana Falls ni seakan-akan Air Terjun Lata Iskandar, Tapah. Dengan kedudukannya di selekoh jalan pun sama.
Ravana Falls
Ok...jangan lama sangat. Kita nak pergi ke lokasi yang lebih superb iaitu Nine Arch Bridge. Jambatan ini merupakan salah satu tinggalan zaman penjajah yang masih utuh untuk digunakan.
Ramai pula pelancong yang datang untuk photoshoot. Susah sikit nak cari angle. Kami terlepas satu train untuk snap kerana masa tu kami berada di bawah. Tetiba sahaja bunyi hon dan keretapi berlalu dengan agak laju. Hmmmmmm........ Hanya mampu melihat sahaja.
Kami berjalan kembali ke van dan membawa kami ke tempat penginapan malam ini iaitu The Blue View Inn. Di sini satu kejadian berlaku. One man down....one man down....
Dinner dan berehat. Sebelum itu, sedikit taklimat oleh gogo. Beliau mencadangkan esok pagi ke Little Adam's Peak. Yang ini tiada dalam iti. Just add on suddenly.
Alep tanya, Ben, kenapa pakai buff dan topi? Kan rambat dah lawa? Aku cakap, saja. Style......
Zzzz.zzz.....
salam cikgu ben..seronok baca cerita dalam blog cikgu..sasalnya sy hanya taip je kat encik/cik google tajuk 'blog hiking'. jumpa la blog cikgu ni. sampai kan sy scrol ke bawah dan ke bawah dan ke bawah lg..seronok baca. hinggalah sy tahu owner blog ini adalah seorang pendidik. sampailah ke post yg ini sy baca.cantik gilah gambar kat Sri Lanka ni..Subhanallah.. tp belum habis lg post dalam blog ni sy baca. sbb banyak nya post yg best2.. sy nak pohon izin cikgu utk save satu pic air terjun dr post yg ini. jika diizinkan. Selanmat Menyambut Hari Guru cikgu Ben. GURU , OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI.
ReplyDeleteok.....terima kasih kerana membaca...saja berkongsi cerita.....terima kasih juga atas ucapan selamat hari guru.....hihihihi
Delete