Bangun jam 4.00 pagi. Mmmmmm....malasnya nak bangun. Keempukkan tilam dan kelambu pink memanggil-manggil untuk terus beradu. Aaaaaaaaaaaaaaargggggghhhhhhhhhhhhh...!!!
Selesai Subuh, kami bergegas menuju ke van yang lama menunggu. Pasang headlamp dan berjalan menusuri jalan bersimen. Selain kami, ada beberapa pelancong dan family turut menuju ke puncak. Suhu tidak sejuk sangat.
Trek? Yes, bertangga hingga ke puncak. Mujur puncaknya tidak tinggi sangat.
Atas puncak ini ada ________ .
Semua orang menanti akan kemunculan sang mentari. Hummm.....
Mentor dan mentee
Puncak Little Adam's ini seakan-akan Broga. Pemandangan biasa-biasa sahaja. Cantik macam selalu. Tidak mengecewakan.
Di sini dapat belajar beberapa ilmu baru dari Hanif tentang setting A6000. Ia tentang DRO/Auto HDR. ISO yang tinggi boleh dikurangkan dengan setkan ke Lv1 hingga 5. Kemudian boleh juga set AWB untuk ikut situasi gambar. Terbaik. Aku hanya tahu aperture and shutter jer.
Kalau korang boleh perasan ada sedikit kelainan antara gambar aku dengan Hanif. Aku pun dapat rasa akan kelainan tersebut selepas aku mencuba setting tersebut. 👍👍👍
Untuk di puncak ini, tak banyak nak diceritakan selain layan view jer.
Matahari pun dah semakin meninggi. Jom guys turun.
Sebelum kembali ke hotel, follow gogo ke Ella Train Station untuk membeli tiket. Menurut gogo, hanya tiket Kelas 1 sahaja boleh dibeli secara atas talian. Kelas-kelas lain perlu walk in atau kaunter. Mesti ada yang bertanya berapa harga tiket? Yes..... I know it.
Pada papan harga, tertulis 160 rupees tapi di kaunter kena bayar 200 rupees / head.
Kawasan pergunungan ini merupakan sebuah ladang teh.
Balik sarapan di hotel. Sambil mendengar taklimat daripada gogo.
Suasana breakfast yang chill kerana masing-masing ingin menceritakan
pengalaman masing-masing di Little Adam's. Paling suka ketawa ialah Anis
dan Alep. Paling bising, mmmmmmm......... Sem kot. Hahahahahaha.....
Masa di tanya oleh host nak coffee or tea, Anis cakap tea. Tak minat coffee. Tapi Starbucks minum. Semua ketawa....
Masa di tanya oleh host nak coffee or tea, Anis cakap tea. Tak minat coffee. Tapi Starbucks minum. Semua ketawa....
Yang penting semua happy....
Train sekitar jam 12 tengah hari lebih kurang. Check out dalam 11.30 pagi. Gogo dah set time. Lambat tinggal. Penginapan kat sini nice cuma internet jer semalam tu macam tak dapat. Satu lagi ialah bau air mandinya macam bau tanah. But its ok.
Host ok. Very nice. Always smile. Good job. Kawasan sini juga tenang jer. Owh....lupa nak mention. Sri Lanka terkenal dengan teh. Memang luas ladangnya.
Sedikit macam Cameron Highland. Kata gogo, dulu masa dia datang, suasana sangat sejuk. Tapi masa sekarang tak sejuk. Hihihihi....
Keterujaan pelancong menaiki keretapi ini boleh dilihat dari setiap raut wajah. Mana tidaknya, masing-masing dah terbayang nak bergambar sepertimana gambar yang viral.
Tidak terkecuali kami. Sejam awal dalam train memang so excited. Ada yang kat pintu. Ada yang kat tingkap dalam pelbagai pose dan idea. Gogo kita juga rancak melayan dan memberi idea.
Aku? Memang dari mula lagi dah set nak tidur. Hahahahaha......Teman-teman bertanya, kenapa aku tak bergambar? Aku senyum jer. Sebenarnya aku tengah fikir macam mana nak snap gambar agar tidak sama seperti mereka. Hahahahahahahhahahahahahahhaha.........
Menurut gogo, kalau kat sini boleh buat apa sahaja untuk bergambar. Nak turun sekejap masa train berhenti pun boleh. Tapi aku selalu berfikiran sebaliknya. Yang penting perlu kreatif jer. Hahahaha....
Paling ketara aku tengok excited ialah Anis. Entah berapa panjang video yang dia rekod. Siap dengan lagu background. Good job Anis.
Jam-jam terakhir baru aku bangun dan gambar sikit dengan bantuan gogo. Hihihihihi.....
Sepanjang perjalanan dengan keretapi ini, kami melalui kawasan ladang teh dan hutan pokok seakan-akan pine. Tapi rasanya bukan pine. Sorry guys....tak mahir sangat dalam ilmu perhutanan. Kelajuan keretapi dalam 60km/j atau kurang. Agakkan aku jer.
Sama seperti di Malaysia, akan ada orang naik atas train untuk jual-jual. Dal 3 biji untuk 100 rupee. Keras sedikit dalnya.
Gogo yang ceria
Gambarnya sering dinanti-nanti ooleh netizen
Man down selepas puas melayan
Setelah melepasi beberapa stesen, Alhamdulillah...kami tiba di Hatton Terminal sekitar jam 4.11 petang waktu tempatan. Setia menunggu kami di sini, Ananda. Katanya, beliau sudah berada di sini 30 minit awal sebelum ketibaan.
Berapa jam perjalanan? Alaaaaa....tak ingat plak...Hummmm....
Sebelum turun, uncle yangg jual kuih tu excited peluk kami. Peluk dan usap-usap pipi kami. Tak tahu apa sebenar perasaannya. Kasih sayang kot. Apa yang aku fikir ialah betapa mereka ini bersungguh-sungguh dan kental dalam menjalani kehidupan harian. Penuh liku.
Hatton Terminal
Di Hatton, kami cari kedai makan. Lapar. Sepanjang dalam train tadi makan kuih jer. Di bandar Hatton juga terdapat masjid di mana kami menunaikan solat jamaq selepas selesai makan. Kemudiannya kami meneruskan perjalanan ke kaki gunung Adam's, Nallathanniya.
Makan tengah hari
Dengan pemanduan Ananda yang penuh sopan santun di siang hari, perjalanan mengambil masa hampir 2 jam. Kami tiba di Nallathanniya takkala tugas Matahari diambil alih oleh sang Bulan. Suhu sejuk di kawasan pergunungan ini. Dari jauh kami nampak cahaya di atas sebuah tempat tinggi (puncak gunung). Kata gogo, itulah Puncak Adam's.
Masing-masing mula meneka hotel yang bakal kami diami malam ini setiap kali melewati deretan hotel-hotel. Akhirnya van berhenti di hadapan sebuah hotel, Adam Peak Inn. Inilah penginapan kami malam ini yang telah disediakan oleh gogo.
Ingatkan bilik kami level-level atas. Mak ai...............................bawah sana. Bilik malam ini sangat besar. Rasanya gogo ambil pakej family kot. Ada 2 katil queen dengan kelambu. Romantik sangat. Macam biasa, kat mana-mana pun, kalau team lelaki akan ada conflict jika bilik ada queen bed.
Bilik dah wow......wifi plak jem. Adudududududu........langsung tak dapat. Dah beritahu host tapi katanya wifi hingga tingkat 2 sahaja. Kecewa. Lagi kecewa dengan HUTCH 👿👿👿. MobilTel excellent, 4G lagi.
Selesai pengurusan diri, naik atas untuk makan malam di sebuah gerai berdekatan. Sambil itu macam biasa, taklimat oleh gogo bagi aktiviti esok.
Balik ke bilik. Packing mana-mana patut untuk pendakian ke Adam's Peak esok seawal jam 2.00 pagi.
Sebelum terlelap, aku terfikir kenapa kita selalu membezakan antara Malaysia dengan negara yang kita lawati? Kita akan kata, kenapa Malysia tak buat macam itu, tak buat macam di sini dan sebagainya.
Masyarakat sini lahir di sini dan hidup di sini. Mereka dah biasa aturan begitu. Kita ni yang hanya datang 2 3 hari dan buat penghakiman. Ok, apa kata ko duduk sini setahun dua. Nanti ko bagi review. Percayalah, sebaik-baik tempat adalah tanah air.
Telah cukup lama Rasulullah Muhammad SAW mendiami Madinah. Semenjak terusir dari kota kelahirannya, Mekkah, Nabi memendam rasa semacam rindu. Kepada siapa saja yang baru kembali darinya, ia akan menanyakan tentang kabar kampung halamannya itu.
Suatu hari seorang sahabat bernama Ashil Al-Ghifari baru kembali dari Mekkah. Ketika hendak menemui Nabi, isteri Rasulullah Aisyah Radiallahu Anha bertanya kepadanya, "Wahai Ashil, bagaimana keadaan Mekkah sekarang?"
Ashil menjawab, "Aku melihat Mekkah subur wilayahnya, dan menjadi bening aliran sungainya."
"Duduklah engkau, wahai Ashil. Tunggu sampai Rasulullah datang," kata Aisyah.
Tak lama, Rasulullah pun keluar dari kamar dan menanyakan hal yang serupa. Ia berkata, "Wahai Ashil, ceritakanlah padaku bagaimana keadaan Mekkah sekarang?"
Ashil menjawab, "Aku melihat Mekkah subur wilayahnya, telah bening aliran sungainya, telah banyak tumbuh idzkirnya (nama sejenis pohon), telah tebal rumputnya, dan telah ranum salamnya (sejenis tanaman yang biasa digunakan untuk menyamak kulit)."
"Cukup, wahai Ashil. Jangan kau buat kami bersedih," ucap Rasul dengan penuh rindu.

No comments:
Post a Comment