Tuesday, March 21, 2017

--- go Phuket !!! go...!!! episod 3 ---

Ke mana pula kami hari ni? Hmmmmm...tak plan sangat. Just google-google dan drive jer. Banyak bergantung pada Daus. He very good in this task.

Daus bawa kami ke satu lokasi yang nice. Nama tempat tu Nai Harn Viewpoint. Pemandangan dari sini awesome guys. Di puncak ini juga terdapat kincir angin yang menjana kuasa elektrik. Berapa watt tu aku tak tau.

Dalam mode melayan pemandangan ini tapi cuaca sangat panas guys.....fuuhhhhh.......















Traveler tak pic ni?


Lokasi ni jumpa secara tak sengaja mungkin. Sebenarnya Daus dan Am nak berenang. Teruja sangat nak menikmati kebiruan air pantai Phuket ini.

Daus nak cari short untuk melengkapkan mode percutiannya.

Dari view point tadi, kami bergerak pula menuju ke Rawaii Viewpoint.








Hajat Daus untuk mandi pantai tidak boleh dibatalkan. Di Rawaii viewpoint, Daus berjaya membeli short nya.

Akhirnya, Nai Harn Beach menjadi lokasi untuk merealisasikan impian Daus dan Am. Langit agak mendung masa ni. Sesekali hujan renyai-renyai turun.


Romantik







Seterusnya ke Yanui Beach. Hajat nak mandi tapi tak jadi sebab nampak awan hitam dari jauh. So, kami just layan view dari satu batu-batu.

Ada wedding photoshoot that time that area.

























Singgah makan tengah hari.


Hari masih awal kalau nak balik hotel. Kami bertanya sesama sendiri untuk ke lokasi seterusnya. Then kami decide ke Big Buddha. Lokasi Big Buddha terletak di atas bukit. So dari bandar dah boleh nampak. Dalam perjalanan naik tu, temperature kereta naik plak. Parking tepi dan berehat jap.





















Balik ke hotel untuk buat pengurusan diri.

Sebelah malamnya macam biasa kami keluar untuk makan. Member aku, Epi mencadangkan kami ke Bangla Walking Street. Katanya kami akan jumpa keseronokkan yang tak pernah kami bayangkan. So why not kami try kan.

Satu jam lebih kami berjalan dan pusing balik ikut Bangla Road. Memang benarlah apa yang Epi cakap. Bangla Walking Street is awesome. So korang kena try. Individu berumur 21 tahun ke bawah tidak digalakkan. Hahahahahahaha......

Kami layan Bangla Road sambil makan di sebuah kedai kebab HALAL.

Daus mencari kedai urut pula. Dia memang dah teruja nak urut-urut ni sejak dari Malaysia lagi. Sebelum pulang, kami berjalan-jalan sehingga ke parking kereta.





Zzzzz...Zzzzz...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...