17.8.19

--- Berbasikal ke Pantai Air Papan ---

Balik dari Jepun, kaki terutamanya lutut masih belum betul-betul steady. Nak duduk antara dua sujud pun belum boleh. Tapi mata yang asyik memandang basikal dalam rumah memanggil-manggil untuk kayuh.

Kebiasaannya, jika hari minggu, aku suka berkayuh pada waktu pagi Jumaat dan Sabtu. Tapi memandangkan pagi Jumaat kelmarin ada tugasan sedikit di padang, aku berkayuh pada pagi ini sahaja.

Route macam biasa iaitu ke Pantai Air Papan melalui tanjung. Perlahan-perlahan kayuh. Masa melalui Petronas Taman Wawasan, terdetik di hati ku, "Balik dari Jepun pun masih belum buka...".

Singgah di Petronas (di Mersing ada satu sahaja Petronas) untuk isi angin tayar basikal. Kelihatannya macam kurang angin.

Basikal aku ni pun entah apa bunyi-bunyi sekitar rantai setiap kali di beri tekanan semasa berkayuh. Hummmm....kena bawa pomen ni.

Sambil mendengar radio, katanya hari ini adalah Hari Sukan Negara. Dalam banyak-banyak ayat dalam radio tu, aku macam terdengar yang katanya untuk Hari Sukan ini, no social media. Wow...!!! Tapi aku dah siap-siap beberapa keping gambar nak di hashtag. Hikhikhik.......

Jalan Pantai





Tali air Kampung Air Papan


Selepas melalui Masjid Al-Halim Air Papan, ternampak pula signboard Teluk Buih. Ini lokasi yang sering kali disebut-sebut oleh beberapa rakan. Terutamanya dikaitkan dengan asam pedas.

Tanpa fikir panjang, aku terus belok masuk dan kayuh hingga hujung. Apa yang memeranjatkan aku ialah jeti nelayan. Aku tak pernah tahu bahawa ini merupakan jeti. Aku sangka ia hanya merupakan sebuah kedai atau restoran makan sahaja. Seriusly........

Kena datang lagi ke sini untuk beberapa photoshoot ni.

Jeti Teluk Buih


Selesai di Teluk Buih, aku meneruskan kayuhan menuju ke Air Papan Beach.

Pusing-pusing pantai. Musim cuti sekolah, maka pantai ini kelihatan meriah pada waktu pagi ini. Kalau bukan cuti sekolah, memang sepi la pantai ini awal-awal pagi. Hihihihi....


Masa kayuh pergi, semangat gila. Tapi bila nak kayuh balik, bercinta masa kayuh. Hahahahahaha..... Seperti kebiasaan dari DULU, aku akan singgah makan di Nasi Dagang Warisan Kak Ju. Aku suka makan nasi minyak dan kambing. Hihihihi....

Kemudian aku meneruskan kayuhan pulang ke rumah.


2 comments:

  1. ingat singgah kedai nasi dagang makan nasi dagang. tapi makan nasi minyak kambing. cikgu..cikgu..hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...