Alhamdulillah settle dua puncak hari ini. Ada yang satu dan ada yang tak naik sbb dah tak larat.
Selamat pagi rakan-rakan di Malaysia. Apa khabar di sana? Mesti tengah tidur lagi kan? Takper. Faham. Kami dah bangun. Inilah yang dikatakan negara matahari terbit. Sejam lebih awal dari Malaysia. Tapi aku rasa Sabah menerima matahari sama dengan dengan Jepun. Yes...yes...yes.... Masa yang sama.
Terakhir mandi adalah di hotel di pekan Kamikochi. Sehingga pagi ini tak mandi. Ok jer. Tak bau busuk pun. Rileks jer. Kahkahkahkahkah..... #bausendirimemangtakbau
Buat breakfast ringkas-ringkas sahaja. Entah la. Kalau buat lebih-lebih pun macam kurang masuk dalam perut. Selera tak ada. Teringat makanan Malaysia. Dengan cuaca sejuk macam ni.
Kami membuat persiapan untuk pendakian. Khemah tidak diturunkan kerana belum tentu kami akan terus turun hari ini. Mungkin kena stay satu malam lagi. Pendakian hari ini dalam mode daypack jer. Bawa seringkas mungkin.
Pendakian bermula sekitar jam 8 pagi (waktu Jepun). Sebelum mendaki, pergi ke tandas dulu.
Pandang ke trek yang akan di daki. Melihatkan kecerunannya membuatkan aku menarik nafas panjang. Rasa tak yakin nak naik. Tapi yang mencabar diri adalah apabila ada anak kecil yang baru turun. Berdasarkan saiz, mungkin dalam umur 6 atau 7 tahun. Malah ada makcik-makcik pun naik. Aduhaiiiii… Arghhhhhhhhhhhhhh.....tiada alasan untuk tidak mendaki. Ayuuuuhhhhh....!!!
|
Hotakadake Sanso Hut |
g
|
Warga emas pun mampu guys |
|
Anak kecil |
Melihat tangga sahaja dah membuatkan aku rasa trek bukan biasa-biasa. Serius guys.....untuk orang macam aku yang takut gayat, memang sangat-sangat gerun. Ketar kaki dan lutut. Setiap kali lepas satu bahagian, aku syukur sangat. Aku tak boleh nak fikir masa nak turun nanti. Tapi, abaikan dulu yang tu. Aku dah tertinggal di belakang ni.
Tercungap-cungap hela nafas.
|
Ada tanda pada bantu memudahkan pendakian |
Perlahan-lahan aku melangkah mendaki. Trek berbatu. Sejuk tapi panas terik. Tak tahu nak cakap macam mana. Bila mendaki terasa mula berpeluh. Tapi bila rehat jer, terus rasa sejuk. Maka teruskan saja perlahan-lahan.
Seperti sangkaan aku, puncak yang kita nampak dari bawah tadi bukanlah puncak yang sebenar. Ada lagi puncak selepas puncak itu. Malah berpuncak-puncak. Psiko dowwwww.......
Dari bawah, sudah nampak macam ada satu binaan. Tidak pasti apa tapi ia adalah sesuatu di situ. Mungkin itu puncaknya. Ayuh semangat.
Namun alhamdulillah, kami, terutamanya aku berjaya sampai di puncak Okuhotaka (3190 mdp). Merupakan puncak ke tiga tertinggi di Jepun. Pendakian lebih kurang 1 jam. Puncaknya kecil sahaja. Satu structure telah di bina untuk menandakan puncak tersebut. Hummmm….
|
Okuhotaka Peak |
Dari situ, boleh ke beberapa peak lain. Rujuk map. Masa nak turun, Epi cakap nak pergi ke peak 'janda' tu. Aku memang tak pergi sebab aku dah boleh agak yang peak tu bukan biasa-biasa. Lihat sahaja bentuk puncaknya. Boleh bayangkan bagaimana treknya nanti. Bagi aku ia sedikit teknikal. Mesti kena pakai tali segala.
Malah lutut kiri aku pun tak boleh bengkong hingga 90 darjah, rasanya better aku tak pergi. So yang pergi hanya Epi saja. Azri macam nak atau tak pergi. Dalam dilema katanya. Tapi akhirnya dia tak pergi. Perjalanan ke sana sahaja ambil masa 1 jam. Balik ke sini lagi. Arghhhhh.........
Azri dan cousin bergerak menuju kembali ke campsite. Aku stay sekejap sebab saja nak tunggu Epy.
Tiba di campsite, rehat sebentar. Sambil itu merancang untuk mendaki pula ke puncak sebelah ini, Karasawadake.
Kepulangan mereka berdua kami rindui. Tak lama itu, kami mendaki pula ke Puncak Karasawake.
Pendakian kurang 30 minit. Mencanak juga. Alhamdulillah berjaya.
Packing-packing dan bergerak turun.
|
Nipon Apls, Mt Okuhodaka 3179 meter |
Tiba di Karasawa Hut jam 1500. Rehat jap. 30 kemudian sambung kembali.
Perjalanan hari ini begitu jauh. Capek. Lenguh kaki. Sakit tapak kaki. Kami tiba di Tokusawa Mountain Cabin. Jika kami meneruskan perjalanan, kami akan overnight. Maka gogo mencadangkan agar bermalam sahaja di sini. Kami setuju terus. Penat lagi. memang ini yang kami mahukan. Hahahahahahaha......
Azri ke kaunter untuk menguruskan sewa tapak khemah. Kami membuat pengurusan diri. Mendirikan khemah, masak dan rehat.
Kemudahan sini lengkap. Toilet pun bersih.
Rehat....... Zzzzzzz..... Hujan renyai-renyai. Selamat malam.
No comments:
Post a Comment