Baiklah....sebenarnya Jepun alps ni sama jer dari hari-hari semalam kami mendaki cuma beza entries sahaja. Untuk di Kamikochi ni, kami akan cuba menjejak ke beberapa puncak utama. Kalu tak silap aku 4 puncak. Tapi ia bergantung pada keadaan dan masa. Jika kami cepat sampai dalam kondisi tubuh badan yang baik, in shaa Allah boleh capai.
Breakfast guysssss.... |
Dilayan dengan baik di pusat maklumat |
Solat Zuhur siap-siap. CuaƧa agak panas. Rasa malas jer nak teruskan pendakian. Hummmm.....
Azri dan Epi memang jalan laju beb. Samada dia orang atau aku yang slow. Rasanya aku yang slow kot. Dia orang jalan biasa-biasa sahaja. Aku dengan cousin ni slow-slow jer. Tapi akhirnya aku pun kena tinggal dengan cousin. Rasa cepat mengah. Mungkin sebab proses climatize aku slow. Tapi memang aku akui sendiri.
On trek ini ada sesekali hujan renyai-renyai dan hujan sedikit lebat. Dah la sejuk, hujan pula. Aku macam biasa, keluarkan plastik hitam jer. Agak-agak apa orang Jepun cakap ek? Hahahahaha.....
Setiap kali berselisih dengan orang Jepun, koniciwa....koniciwa...koniciwa......
3 jam pendakian dari last check point tadi. kami pun sampai di sini. Gambar bawah ni.
Atas ni dah hut. Dari bawah tadi dah boleh nampak hut ini. So rasa bersemangat sikit. Nampak dekat tapi masya-Allah.......rasa lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat nak sampai.
Rehat kepenatan di signboard sini. Sedang enak berehat dan bermain salji, hujan renyai-renyai turun. Tak hiraukan sangat.
Jam 1615 tiba di lodge/hut Karasawa…. Dah ada khemah-khemah yang telah di pasang. Maka benarlah apa yang aku cakap tadi. Orang Jepun ni cukup jaga masa. Mereka sudah sampai awal untuk membuat persiapan.
Ada 2 hut di sini. Kami menuju ke hut yang di atas kerana lepas ni kami akan terus mendaki. So its better. Sambil rest, kami makan bekalan yang di bawa. Aku bawa sushi jer. Pastu kami pesan nasi putih sahaja. Makan dengan serunding. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...........sedaaaaaappppp.
Layan pemandangan......
Sambung pendakian selepas 20 minit berehat.
Jujur cakap ye, rasa menyesal pun ada. Hahahahahahaha....mana tidaknya. Nak mendaki bukit-bukit depan tu yang seakan-akan tiada penguhujung. Kita dah terkena masa mendaki gunung Hotakadake. Kami nampak sangat kerdil jer jika dibandingkan dengan gunung-gunung batuan di depan.
Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh......... Jam di tangan turut mencemaskan hati. Sentiasa berdoa agar kami tidak berjalan malam. Bukan takut haiwan tapi cuaca yang akan sangat ekstrem.
Trek berbatu-batu. Memang sangat mencabar. Batu-batu juga sangat besar dan ada juga yang boleh tergelincir. Hati-hati orang bawah atau di belakang.
Semakin tinggi pendakian semakin lemah aku rasa. Sesekali rasa pening dan nak muntah atau loya. AMS ke? So bila jadi macam tu, aku akan berhenti sekejap. Minum dan makan coklat. Steady kan pernafasan then sambung kembali pendakian perlahan-lahan.
Step ini penting kerana climatize yang optimum itu sangat-sangat penting. Tak perlu rasa tergesa-gesa untuk sampai. Yang penting selamat.
Dah nampak hut kat atas sana. Nampak tapiiiiiiiiiii.........pacak beb. Boleh sampai sebelum gelap atau tidak. Sesekali aku kena berehat bagi mengatur pernafasan. Rasa pening dan loya. Kemudian aku mendaki semula.
Walaupun penat, sempat melihat keagongan Allah pemandangan senja yang indah. Cahaya senja oren-oren menghiasi puncak-puncak gunung.
Jam 7.04 petang, aku yang terakhir sampai di campsite Kitahotaka hut. Alhamdulillah.....
Kitahotaka hut |
Berehat seketika. Terasa cepat pula matahari terbenam. Tadi masa mendaki rasa macam lambat jer. Azri dan Epi dah ke tapak perkhemahan di atas sana. Aku pun beransur-ansur naik menuju ke tapak perkhemahan juga.
Bantu Epi mendirikan khemah. Tapi sebelum itu, pakai baju tebal dahulu. Keadaan semakin sejuk dengan angin agak kencang. Penghuni khemah sekeliling kami senyap jer.
Cousin juga dah senyap selepas siap memasang khemah dan masuk berehat. Dah tidur rupanya. Kejut bangun makan pun dah tak mahu. Azri dan Epi sedang masak makan malam. Aku teman jer. Epi kata kalau tak sihat, cepat-cepat berehat selepas makan.
Aku berdoa agar malam berlalu dengan cepat. Kalau ada duit, rasa nak bermalam dalam kabin jer. Tapi nanti tak mencabar la pula.
Selesai makan, kami beransur-ansur masuk ke dalam khemah. Angin kuat membawa bersama titisan air seperti hujan. Malam sangat gelap apabila kami memadamkan lampu di kawasan perkhemahan. Syukur sangat dapat melalui pendakian hari ini dengan lancar.
Mata pun terlelap...
No comments:
Post a Comment