1.8.19

--- Jepun Hari ke 1, Bandar Kofu ---

Beberapa kali terjaga dari lena. Sambung tidur. Sedar-sedar bertanya pada diri, Subuh jam berapa? Terus ambil handphone dan tengok apps. Dah menunjukkan waktu Zohor. Astagfirullah. Lama ke tertidur? Memandang ke dinding kaca, kelihatan cahaya dan suasana sudah terang.

Terus ke surau (surau airport). Sebenarnya bukan lama tidur tapi matahari kat sini lebih awal. Jam biologi belum suaikan diri.

Aku, Along dan Faiz lepak jer kat airport. Katanya jam 9 terus ke Shinjuku station. We all meeting di sana jer. Transport (bas) ke Kofu jam 4 petang.

Dah naik bosan plak kat airport ni. Gila tak bosan. Lama kot lepak sini.



Sedang asyik aku mencas telefon, ada seorang wanita separuh umur bertanyakan tentang tempat untuk mandi pada seorang individu yang kelihatan berpakaian petugas airport. Dengan lemah lembut, gadis itu menerangkan panduan ke bilik mandi. Soalan kedua dari wanita itu, "Its pay to shower?". Jawab petugas itu, "Yes, you must pay".


Shower room, kelihatan complicated. Hahahaaha.... Aku dah cuba pergi baca. Berbagai pakej. Terpulang pada tebal poket.

Pergi tandas, nak buang air kecil. Hummmmm.... Kelihatan complicated dia punya mangkuk. Ada butang-butang dengan tulisan Jepun. Tak faham yang pastinya. Yang faham pun flush jer sebab ia manual seperti biasa. Ada tisu. Guna tius je lah. Hikhikhik....

Jam 8.45 pagi, kami bertiga mula menggalas beg dan berjalan menuju ke train. Seperti yang dipersetujui lokasi pertemuan, kami pun bergerak ke sana. Ini kali ke tiga bagi Along datang ke Jepun dan kali ke dua bagi Faiz. Satu kelebihan dan kemudahan. Aku hanya perlu ikut jer mereka naik train. Tak perlu fikir susah-susah. Sama seperti bila ada Daus. Hahahahahahaha...... Bukan la mengambil kesempatan, tapi aku ambil bahagian gambar. Hal-hal berkaitan lain tu mereka lebih pakar.

Berapa kali tukar train? Tak ingat berapa. Rasa dua atau tiga tukar train kot. Then kami tiba di Shinjuku Station. Plus minus 30 minit dari airport ke station ini.

Kami cuba cari port untuk tunggu Azri dan Epi. Susah juga nak cari sebab macam tak ada port. Tak ada kerusi, tak ada ruang dan...dan...dan....lapaaarrrrrrrrrr..... Akhirnya kami ambil keputusan untuk tunggu di depan sebuah kedai, Keio Mall. Ye lah, letih pun ia.

Paling lama menunggu, di Shinjuku station. Menunggu dia orang Azri dan Epi. Adududududududu….. Sekarang dah jam 11.20 pagi. Kami dari airport jam 9.00 pagi. Dalam train dalam 30 minit.

Jam 1130 dapat mesej, mereka baru gerak. Hummmm….



Alhamdulillah… Gogo dah sampai…. Kami pun gerak menuju ke station bas Shinjuku. Gogo mencadangkan kita bergerak ke station bagi mendapatkan tiket bas terlebih dahulu. Kemudian baru cari makan.

Di station, Faiz jaga beg manakala yang lain keluar mencari makan.

Cuaca di luar bangunan sangat panas membahang. Aku pun hairan kenapa Jepun panas sangat? Kebiasaan musim panas bagi negara empat musim ialah sekitar 16 degree ke bawah. Ini bukan lagi 16, malah dah hampir 30 degree.



Kedai pertama kami  pergi ialah sebuah kedai kebab Turkish. Namun kata gogo. mahal. Kita ke kedai lain. Kedai kedua pula tutup apabila kami tiba. Kedai ke tiga, gogo mencadangkan makanan Jepun sahaja iaitu tempura, 650 yen bagi satu set.

Pesanan melalui mesin. Fisrt, masukkan duit secukupnya. Pilih makanan dan tekan. Satu tiket/resit kecil akan dikeluarkan. Masuk kedai dan berikan resit tersebut kepada tukang masak. Ambil tempat sambil minum air kosong. Nanti tukang masak panggil apabila dah masak/siap.

Kedai makan ini kecil sahaja. Teringat cerita Naruto. Melihatkan suasana kedai ini, dah boleh tahu bahawa tidak ada masa untuk pelanggan lepak lama. Makan cepat kemudian blah. Ada ruang makan yang disertakan meja kerusi dan ada juga hanya meja tinggi sahaja.

Untuk Faiz, kami bungkus.


Sebelum

Selepas





Yang nasi berlaukan udang, sedap macam makan di Sushi King. Tapi yang mee tu sedikit out of taste sebab rasa kuahnya pelik. Habiskan jua sebab lapar. Memang nikmat selapas dapat makan. Last aku makan ialah Nasi Ayam Uncle Chin atas flight semalam.

Berjalan kembali ke station bas. Tiket ke Kofu jam 3.05 petang dengan harga 2200 yen seorang. Dalam bas ada free wifi. Jimat data. Jarak perjalanan adalah 127 km. Keadaan bas yg selesa. Orang pun tak ramai. Nice. Aku sempat berwuduk dan solat di atas bas.

Owh… Nak shared nilai murni orang Jepun. Tadi masa kami bertiga sedang menunggu train menuju ke Shinjuku, ada sorang pemuda turut menunggu train. Train dia tiba tapi sebelum dia naik, dia sempat memberitahu bahawa train yang tiba ini menuju ke ___(nama tempat/station___). Dia bertanya adakah kami ingin ke tempat yang sama hendak dia tuju. Kami cakap, "No! thank". Nilai di sini ialah sifat membantu itu ada di mana-mana.

Perkara ini sama seperti di airport Haneda pagi tadi. Aku memerhati bagaimana kaunter informasi dan staff mereka bekerja. Staffnya tidak semua berada di dalam kaunter. Mereka berada luar dan jauh sedikit dari kaunter. Berdiri tegak dalam lagak siap sedia membantu. Mereka melihat para pelancong yang keliru, terus mereka menyapa, "Hello sir...! Can I help you?".

Moral di situ ialah mereka mencari. Bukannya menunggu di tanya. Hahahahaha.....

Ok guys…. Jumpa di Kofu. Nak sleep….Zzzz...zzz...!!!

Kami mula memasuki bandar Kafu sekitar jam 5.33 petang. Itu pun terjaga. Aku pun tak pasti samada ada view atau tidak sepanjang perjalanan tadi. Harap-harap tak ada. Kalau ada tentulah rugi.

Bas ini juga mesra pelancong. Dari mula bergerak, ada sahaja informasi diberitahu terutama lokasi yang bakal tiba dan tiba. Jangan risau jika tidak faham kerana ada paparan skrin di hadapan. So pelancong akan tahu di mana keberadaan bas tersebut.Pelancong barat tidak kelihatan. Mungkin mereka tidak naik bas kot.


Mercu tanda Kofu


Stesen bas Kofu

Dari station bas Kofu, kami berjalan beberapa meter menuju ke hostel. Penginapan kami malam ini di Sonomama Guest House. Bilik kami mempunyai 2 katil double decker. Gogo hotel lain sebab dah penuh. Untuk guest house ini, 3000 yen seorang.

Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah ruang makan, dapur, mesin basuh dan pengering. Selain ruang makan dan dapur, yang lain adalah berbayar. Hahahahahaha.... Masuk bilik dan buat pengurusan diri. Solat.....

Suasana bandar yang tenang dan sangat bersih







Penginapan




Kaedah meninggalkan beg oleh pelancong

Dah rehat semua, kami keluar seeing site dan mencari makan. Tapi akhirnya kami beli bahan mentah dan masak di guest house. Kami cuba sedaya upaya dalam langkah penjimatan. Ternyata masak sendiri lebih bahagia dan ada keberkatan di dalamnya. Hahahahahaha..... #donedakwah

Bersih dan tenang sahaja bandar Kofu ini.



Membeli bahan mentah untuk di masak




Rehat dan sleep....

4 comments:

  1. Sonomama lah bukan Sonorama. Hahahaha. Mana day 1. Penulisan aku sangkut lagi kat Kofu. Hahahah

    ReplyDelete
  2. akhirnya..cikgu Ben update blog. haha..yess..orang Jepun memang ramah. kita tanya mereka akan tolong. tak tanya pun mereka akan tanya. yang tak faham BI kita tunjuk je tempat nak pergi. mereka akan bawak. negara bersih..hihi..paling penting, saya sangat kagum saya dengan backpakers ni. bijak dan tabah. tak sabar tunggu episod seterusnya. teruskan berkarya cikgu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...