Bangun seawal jam 3 pagi bagi membuat persediaan ke kaki gunung iaitu Norogawa Hirokawara Information Center. Perjalanan sekitar 45 km yang mengambil masa hampir 2 jam. Barang yang tidak mahu di bawa, ditinggalkan di depan kaunter. Siap ada lock lagi yang disediakan. Pastu drop room key.
Kami pun berjalan menuju ke stesen bas. Walaupun masih gelap dan awal pagi, suhu tidak terlalu sejuk. Setibanya kami di stesen bas, omak ai, ramai orang. Tak sangka ramai pendaki hari ini. Mungkin kerana cuti weekend.
Tambang bas untuk perjalanan ini ialah 1950 Yen.
Suasana di stesen ni tenang sahaja walaupun ramai pendaki. Ini kerana masing-masing berdisiplin beratur dan mendengar arahan pihak bas. Naik bas dengan haversack bagai tapi tetap beratur. Terbaik…. Walaupun dalam bas penuh, kami boleh lihat betapa mereka sangat tertib dan disiplin. Wonderful guys..... Bukan sebuah tapi banyak bas yang akan bergerak ke kaki gunung.
Ada kondoktor bas kutip tambang dengan memberi tiket. Ala macam zaman-zaman bus mini pink. Itu kalau area KL la. Kalau kat kampung aku, bas UTC. Makcik tu nampak dah berumur tapi masih kuat berhimpit-himpit untuk melakukan tugas. Satu lagi sangat mesra dan tak lokek memberi ucapan. Kalau dalam tu ada 100 orang, 100 kali dia sebuat arigato.
Ye lah 0315 dah Subuh di sini.
Kurang jam 7,kami dah sampai di pejabat perhutanan. Dalam perjalanan tadi, ada hujan. Dalam fikiran, matilah mak nak. Dah la sejuk, hujan pula. Adududududududu.... Tapi sampai di Norogawa Hirokawara Information Center (35°41'49.66"N, 138°16'15.09"E), dah tak hujan. Alhamdulillah. Sempat terlelap beberapa kali dalam bas sebab bosan. Tiada pemandangan.
Kalau sejuk-sejuk ni perut aku memang problem sikit. Mula la musing-musing. Stress aku. Sebenarnya aku nerves. Tu jer.
Kat sini boleh kelihatan pendaki-pendaki sedang membuat persiapan. Ada yang tengah packing. Ada yang tengah stretching. Terdapat juga warga emas yang sedang membuat persiapan. Mungkin dia nak bersiar-siar di sini kot. Biasa la, orang Jepun memang rajin dan menjaga kesihatan.
Azri sedang memnguruskan pendaftaran di tingkat atas. Aku pun naik jugalah nak tengok apa yang ada. Kat atas tu selain kaunter pendaftaran, terdapat juga t-shirt, kasut dan beberapa barang pendakian. Map tu biasa la. Beli sebagai cenderamata.
Suhu di sini dah sejuk sekitar 27. Semalam di Kofu panaskan. Hahahahahaha…
Jam 0830 waktu tempatan, kami buat final touch-up. Kemudian perlahan-lahan bergerak menuju destinasi. Dalam line up ni, tiada siapa yang ada pengalaman atau pernah ke sana. We base on map dan papan tanda jer. In Shaa Allah...
Update laman sosial masing-masing
Selepas jambatan, ada sebuah kedai cenderamata. Singgah sekejap. Sangat sekejap kemudian terus bergerak. Dua cousin tu dah tak nampak. Laju sangat berjalan. Hahahahaha....
Tapi Azri macam sedikit risau. Sebenarnya selepas jambatan tu ada simpang. So tak pasti cousin tu ikut yang mana. Itu persoalannya. Azri minta aku dan Epy stay kejap. Dia nak try kejar. 10 minit lebih kurang, Azri just minta kami follow jer. Maka kami pun mendaki ikut trail sedia ada.
Trail cantik dan bersih.
Di satu simpang lain, Azri minta kami berdua ikut trail ini manakala dia nak cuba trail satu lagi dengan harapan dapat bertemu dengan Along dan Faiz.
Tidak susah trail ni sebenarnya kerana jelas. Rasa selamat. Ada jer pendaki-pendaki turun naik trail ini. Penat, kami berhenti sekejap dan sambung kembali. Pesan Azri, jangan tunggu dia. Apa-apa hal update melalui Whatsapp.
30 minit dari jambatan tempat kami berhenti berehat, kami jumpa air dalam sungai. Waaaaaaaaaaaaaaaaa.......jalan depan lagi, dari atas boleh kelihatan kepingan ais di dalam sungai. Kepingan ais ini dalam proses pencairan. Pemandangan sama seperti ABC.
Di hujung atas sana kelihatan seakan-akan sebuah tempat rehat kerana nampak ramai pendaki di situ. So aku dah target nak berhenti rehat di situ.
Kami berhenti berehat. Sambil itu, kami sedang menunggu mesej dari Azri untuk mengetahui keadaan semasa. Aku makan bekalan roti yang di beli pagi tadi sambil menikmati pemandangan air terjun. Sejuk tapi sedikit terik. Nama tempat ni Futumata.
Ramai pendaki berhenti berehat. Ada yang masak. Ada yang hanya mengisi air dan ada juga yang singgah untuk ke toilet. Aku pun sebenarnya ada niat nak ke toilet juga tapi belum ada keberanian. Lepak dulu. Beberapa kali aku tengok jer orang keluar masuk toilet itu. Dalam fikiran macam-macam ada. Paling ketara adalah dari segi kebersihan.
Lama juga berehat. Azri dan Epy bermesej dalam Whatsapp. Menurut Epi, sini ada simpang untuk menuju ke satu hut di trail yang satu lagi. Azri kata dia belum jumpa Along dan Faiz. Akhir, Azri minta kami berdua ke hut trail yang dilaluinya sekarang.
Epi ada bertanya pada beberapa pendaki yang boleh berbahasa Inggeris tentang trail sebelah sana. Maka diterangkanlah kepada kami. Mereka juga kata, boleh follow sebab mereka juga akan ke sana. So, dia boleh tunjukkan simpang tersebut.
Menurut map, hut tu berada di bawah sedikit dari ketinggian tempat kami berehat ini. Aku dengar itu jer dah mental. Mental la sebab nanti nak kena mendaki semula. Tapi tak per. On jer.
Sebelum bergerak, aku kuatkan semangat untuk ke toilet sebab tak tahan nak kencing. belum masuk, berada depan pintu pun aku dah loya. Then aku masuk juga. Selesai....
Kesimpulannya, walaupun tak guna air, toilet tersebut boleh dikatakan sangat bersih ok. Can imaging bersihnya pendaki Jepun. Tahniah...!!!
Futumata
Lebih kurang 30 minit kami bergerak menuju ke hut melalui persimpangan itu. Trail cantik guys. Serius. Lawa...
Kami pun sampai di Oike Hut yang dikatakan lokasi pertemuan kami dengan Azri. Tak lama berehat, Azri pun tiba. Sambung rehat. Epy makan airkrim plak. Menduga betul. Hahahahaha...
Oike Hut bukan sahaja tempat untuk menghilangkan lelah, malah ia menawarkan penginapan dan tapak perkhemahan di tepi tasik. Hut ni lengkap tau. Dah macam sebuah hotel di atas gunung plak.
Pelbagai andai dan teori tentang Along dan Faiz. Nampak Azri cool jer tapi bebel juga dia. Hahahahahahahahahahahaha.... Takut juga la kan kalau apa-apa berlaku pada anak saudaranya.
Oike Hut
Tak perlukan peti sejuk, memadai rendam dalam air gunung
Dengan doa harapan mereka berdua selamat, kami bertiga meneruskan pendakian. Jam 2.10 petang.
Omak ai dia punya pacak. Dari bawah kami nampak pendaki dalam trail atas sana. Tarik nafas...hembus.....jalan.
Azri dah mula mengeluarkan dslrnya. Aku ada bagitau tak dalam entry sebelum ini bahawa Azri juga menggunakan A6000. Cuma lens sahaja berbeza. Rasa tergugat sikit bila ada orang guna camera Sony. Aku dapat rasakan satu persamaan. Hahahahahahaha.....
No diskaun pacak trail ini. Bersambung-sambung pacak dia.
Tapi kalau nak compare dengan trail satu lagi, rasanya pacak juga. Sebab masa aku dan Epi rehat kat simpang tadi, kami boleh nampak trail pacak menyusuri air terjun hingga ke atas. Nampak dalam samar-samar kabus salji.
2 jam pendakian pacak yang indah ini, kami tiba di satu persimpangan. Kalau nak tahu, ini merupakan pertemuan di antara 2 trail ini. Tadi kalau ikut trail air terjun, kat sini la pertemuannya. Aku plan nak solat kat sini tapi Epi kata solat kat atas jer sebab dah nak sampai. Lagi 15 minit jer lagi. Serius meh? Ok..... Aku pun jalan.
Tapi jauh dari sudut hati macam tak percaya. Kalau dekat, buat apa rehat kat sini? Hahahahahaha....
Bila sampai ke puncak, nampak lagi puncak di depan sana. Sampai puncak depan tu, nampak lagi puncak lain di hadapan. Bila nak sampai?
Mujur sepanjang trail itu cantik belaka. Subhanallah.... Tak tahu nak ucap apa.
Apa yang aku terfikir ialah tadi Epi sebut 15 minit atau apa? Omg........ Ni dah bukan 15 minit tak sampai-sampai. Huhuhuhu.....
Sejuuukkkkkk.....! Bila kita semakin tinggi, udara semakin nipis. Kita akan cepat penat. Aku memang penat.
Akhirnya...akhirnya dan akhirnya....... Alhamdulillah.......dah nampak pondok atas tu. Hut lebih sesuai..... Nampak dua orang macam melambai-lambai. Along dan Faiz la tu.
Jam di tangan menunjukkan 3.46 petang waktu Malaysia. Jepun jam 5.56 petang. Beza 2 jam. Hati berbunga-bunga. Tak tahan sejuk. Tak sabar nak dirikan khemah.
Yes.....itulah Kata Hut. Malam pertama kami sebelum ke destinasi berikutnya. Sampai sini pun dah macam tak percaya. Syukur. Thanks to Epi bagi peluang untuk trip ini. Hahahahahaha......
Mencari-cari port untuk dirikan khemah. Ok cun.....sini pun boleh.
Cubaan snap puncak Fuji
Siap sedia sejuk malam ni.
Di atas sana ada hut. Kalau poket tebal, boleh jer tidur dalam kabinnya. Selesa.
Bekalan air ada tapi kena jimat cermat. Jangan membazir. Ada sekali tu, aku tahan air dari tong ke dalam botol sebab nak bawa ke khemah. Ada uncle tu tegur agar jangan minum air tu. Aku hanya mengangguk sahaja sambil tersenyum. Aku rasa tujuan dia bagitau tu sebah tong deram tu berkarat. So tak sesuai minum.
Toilet ada. lengkap semua, kecuali air. Kena bawa air botol masuk dalam. Bau dia? Cannot bayangkan sebab bau dia lebih hancing rasanya. Ini sebab dia orang minum arak untuk panaskan badan. Kalau dari segi kebersihan najis, semua tu ok. Terjaga. Dia orang memang pembersih.
Malamnya solat dan buat pengurusan diri. Azri masak-masak untuk makan malam. Tak mewah tapi memadai. Nasi tak jadi first night. Jelantah. Jalan juga. Dah habis adjust. Dengan angin lagi.
Tak der aktiviti sangat malam. Percaya atau tidak, semua pendaki dah tidur sepi dalam khemah di kala kami sedang sibuk masak dan makan.
Zzzzz.......
No comments:
Post a Comment