6.8.19

--- Jepun Hari ke 6, Matsomoto ke Kamikochi ---

Dah masuk hari ke enam berada di negara Matahari terbit, Jepun.Negara ini pernah ada sejarah tau dengan Tanah Melayu suatu ketika dulu.

Bangun pagi dan buat pengurusan diri. Nak berak pun agak susah ye kawan-kawan. Mangkuk dia canggih sangat. Ada butang-butang dalam bahasa Jepun dan gambar jer. Henset plak tak bawa nak terjemah. Main cuba-cuba jer. Canggih dia sampai tak perlu guna tangan untuk gosok. Semua sembur dari bawah jer. Ada muzik dan ada sabun. Tekan jer. Hummmmm....

Seperti yang direncanakan oleh gogo kami, Azri, pagi ini kita akan berjalan-jalan di beberapa tempat di sekitar bandar Matsumoto ini. So, kita follow jer.

First, kami ke Matsumoto Castle. Istana ini juga dikenali sebagai Crow Castle kerana warna hitam istana tersebut. Sambil jalan tu singgah Family Mart. Lapar. Panas. Kat Jepun ni terkenal dengan kedai 24 jam, FAMILY MART. Dengar cerita kedai ni dalam proses menembusi pasaran Malaysia.



Musim panas yang panas guys kat Jepun ni. Bagi aku kan, memang rela dok hostel dari keluar berjalan. Dah la mata silau kuat. Berpeluh. Panasssssssssssssssssssss.....!!! I pun tak sangka Jepun boleh panas macam ni. Hahahahaha.....

Perihal istana ni aku tak pasti la. Benda-benda sejarah dan info ni selalunya Daus jer. So korang Google jer k. Aku dah tak boleh brain dah masa ni. Nak cari tempat teduh jer.

Tapi orang sini macam rileks jer panas. Keluar berjalan-jalan. Ada lawatan pelajar-pelajar. Penuh dengan disiplin. Jalan beratur jer. Tak nampak bersepah. Semua orang berdisiplin.

 




Sejam lebih berlalu, kami move on ke tempat lain. Nak cari kedai makan. Lapar. Google sahaja cari kedai halal. Jalan jer ikut map. Agak jauh juga. Dengan panas lagi.

Akhirnya kami sampai di sebuah kedai/restoran masakan India. Well ok la masakan India. India tak makan pork. Hahahaha..... Iye-iye jer aku. Habis tu kalau lembu yang tidak disembelih cara Islam, boleh makan ker kalau India masak? Hahahahaha...... Andai yang salah ok.

Nama kedai, Doon Shokudo Indoyam. Restoran ni berkonsepkan stalk. Dalam kawasan tu ada lagi resoran lain. Tapi masa kami singgah tu, hanya kedai masakan India dan ada satu lagi restoran.

Kebanyakan kami order menu berasaskan kari dan dal. Lebih selamat. Mujur ownernya pandai berbahasa Inggeris. Sambil-sambil tu sempat berborak dengan owner. Beliau menceritakan bagaimana di boleh menubuhkan restoran ini.

Sebenarnya masa kami mula-mula sampai dan duduk, kami dah berteka-teki. First is ada wanita dan seorang budak Jepun. Dia orang like sedang menguruskan restoran ni la. Angkat pinggan, ambil order dan hantar makanan. But, suddenly ada satu lagi watak lelaki India muncul. He act like a boss. Give some instruction. Pelbagai andaian. Itu....ini...itu....ini..... Adakah mereka family? Kalau family, kenapa anak dia tak ikut bapa? Kenapa muka ikut mak? Atau, adakah mak dan anak tu pekerja kepada lelaki itu? Tapi macam mustahil pula kalau orang Jepun kerja dengan orang luar..... Arghhhhhhhhhhhhhhh.......

Tapi....segala kesusutan tersebut dijawab oleh beliau masa kami berborak-borak. Ye lah, dia pun macam teruja juga sebab kami beritahu yang kami dari Malaysia dan datang untuk mendaki gunung.

So dalam ceritanya, dia datang ke Jepun untuk bekerja. Dia bekerja di sebuah kilang Epson selama 11 tahun. Kemudian dia berhenti dan bertemu jodoh dengan orang sini (wanita tadi) dan buka restoran ini. Ini merupakan tahun ke 15 dia di Jepun. Cuma kami tak tanya la samada budak itu adalah hasil perkahwinan mereka atau anak tiri. Satu lagi samada jodoh itu selepas atau sebelum berhenti kerja di Epson.

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......pelbagai andaiankan. #membawang #netizen .... Kahkahkahkah....... 😂😂😂😂




Ada tambahan dalam cerita beliau. Orang sini macam robot. Mana-mana ada camera yang memerhati pergerakan. So dari situ segala keputusan atau kajian dinilai dan dianalisis. Mungkin juga sebagai hukuman kepada sebarang kesalahan yang dilakukan. Maka dengan itu, setiap orang perlu mengelakkan dari melakukan kesalahan. Mungkin ini juga yang mendorong orang Jepun menjadi lebih berdisiplin. Tahniah...!!!

Masa nak basuh tangan, dia ada bagi sekeping kertas. Aku ingatkan kertas apa, rupa-rupanya ia adalah sabun. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... amazing. Sabun pun canggih. Masa basahkan tangan, gosokkan helaian sabun itu bersama dan terhasillah bahan sabun itu.

Masa untuk bergerak. Perlahan-lahan balik ke penginapan sambil tu singgah tempat-tempat menarik dan kedai outdoor. Itu semua bergantung pada carian di Google.

Antara perkara menarik semasa berjalan-jalan di Jepun ini ialah dapat melihat tahap disiplin orang jepun ketika di jalan raya. Korang boleh tengok sendiri dalam gambar.  Bagaimana mereka beratur dan jarak di antara kereta. Malah, mereka juga berhenti di belakang garisan. Motor pun beratur di belakang kereta. Bukan berada di sebelah atau depan kereta. Pejalan kaki pun ikut lampu isyarat. Walaupun tak ada kereta, rasa bersalah sendiri kalau kita jalan ketika lampu merah. Punya la terkesan.





Sesampai sahaja kami di hostel, terus buat pengurusan diri dan packing barang. Petang ini kami akan bergerak menuju ke Kamikochi dengan menaiki keretapi. Barang yang tidak digunakan, boleh sahaja tinggal di sini. Kami akan cuba train seawal mungkin.




Kami pun berjalan menuju ke Matsumoto Railway Station. Beli tiket menuju ke Kamikochi dengan harga 4990 Yen. Train jam 1605 petang. Peringatan, train bergerak jam 1605. Bukannya 1605 baru sampai di station.

Lebih kurang 45 minit, kami tiba di Shinshimashima Station. Jam pada waktu itu, 1645. Dalam train ni pun memang kelihatan ramai juga pendaki menuju ke destinasi yang sama.




Shinshimashima Station

Dari sini, akan naik bas pula. So, turun jer dari keretapi, terus beratur untuk menaiki bas. Walaupun bas belum tiba, orang dan beratur. Kalau tengok map, Kamikochi Visitor Center ni terletak dalam kawasan pergunungan. Lebih kurang macam tempoh hari la masa nak mendaki Kitadake.


Anda harus percaya cakap aku, sepanjang perjalanan dengan bas ni menuju ke Kamikochi, kawasan hutannya memang cantik, nyaman dan segar gileeerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr. Hutan alpine. Ini kalau dapat berbasikal, memang TERBAIK...! Ada tasik dan empangan.

Hujan gerimis...

Kamikochi ni macam tempat peranginan berhawa sejuk. So tempat ni tak banyak penduduk. Arghhhhhh....aku sampai cakap dalam hati, tempat ni antara tempat yang nak repeat. Mungkin bersama keluarga atau isteri tercinta. Auch....!!! 💕💖💗💓💑

Dalam perjalanan menuju ke Kamikochi, terdapat beberapa station yang disinggahi. Wajib singgah walaupun tiada penumpang naik atau turun.

Geram la tgk kawasan ni…. Lawa…. Banyak terowong sebab dia tebuk bukit-bukit. Tebuk-tebuk pun, hutan dia terjaga. I can imagine how they do.

Bas pun selesa guys. Ruang kaki yang agak luas. Ada free wifi dan usb port pada seat. Ada pramugari guys. Sebenarnya conductor jer tapi dress up macam pramugari. Ko mampu bak kata Diva AA.


Tiba di Kamimochi Information Center. Nampaknya kami sahaja yang turun di sini. Yang tadi ada yang turun di beberapa station. Sepi. Dah tiada orang di sini. Yang ada beberapa petugas sahaja. Suasana pun dah semakin gelap. Kalau dalam hutan, lagi la cepat terasa gelapnya.

Kami tercari-cari halatuju kami. Ye lah, firstime kan datang sini. Tapi, alhamdulillah, ada seorang petugas dan kami terus bertanya. Tak pandai berbahasa Inggeris, tapi kesungguhannya untuk menolong sangat-sangat di hargai.

Selesai isi borang, kami pun bergerak ke tapak perkhemahan berdasarkan signboard dan arah pandu dari petugas tadi. Dia pun macam teruja bila kami beritahu kami dari Malaysia. Orang Jepun macam excited bila dengar Malaysia. Hahahahahahaha.........






Masa kami berjalan untuk menuju ke tapak perkhemahan, kami terpegun apabila melihat suasana ini. Gabungan sungai, pokok, kabus dan cahaya resort. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..........

Ada sebuah kedai yang masih buka masa kami sampai. So kami sempat singgah sekejap. Mana tahu ada benda atau bahan yang boleh dibeli. Biskut atau jajan. Kelengkapan lain. Aku nak cari sushi tu jer. Itu je yang aku yakin boleh di makan. Huhuhuhu......



Berjalan dalam samar-samar, kami pun sampai di kawasan perkhemahan apabila kelihatan khemah-khemah pelancong dan pendaki. Sepi jer suasana walaupun kelihatan pergerakan manusia. Dia orang memang jenis senyap. Berbual pun sopan jer. Kalau gelak, tutup mulut dengan tangan.

Ok...kami mencari port untuk pasang khemah. Oh yes.....tepi sungai. Terus pasang khemah kerana hujan gerimis. Dah la sejuk. Kalau basah lagi teruk.

Untuk informasi, tapak perkhemahan ni rasanya kena bayar. Ini kerana kelihatan tag pada setiap khemah. Itu yang aku perasan. Memandangkan kami dah sampai lewat ni, tak tahu nak bayar kat mana.

Membuat pengurusan diri dan persiapan untuk memasak.

Kedengaran pengumuman melalui pembesar suara. Kemudian beberapa lampu telah dipadamkan kecuali pondok sinki.

Macam biasa, time kami masak tu, orang lain dah nak sleep. Lampu khemah pun dah malap atau dipadamkan. Ada jer beberapa yang sedang menggosok gigi. Fakta menarik ialah pondok ini sangat-sangat bersih guys. Dan aku hairan, macam mana dia orang gosok gigi tapi tak selekeh. Dia orang macam boleh kontrol buih ubat gigi dari meleleh keluar. Bukan sahaja orang dewasa, malah kanak-kanak dia orang pun sangat disiplin.

Ok, selesai masak dan makan, kami pun beransur-ansur masuk khemah dan tidur.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...