4.8.19

--- Jepun Hari ke 4, Mendaki Gunung Kitadake ---

Morning guys... Sejuk dari semalam hingga ke pagi. Tak ada aktiviti mandi-mandi di sini. Bangun pagi buat pengurusan diri sambil menikmati pemandangan gunung Fuji. Lawa beb.

Kalau nak tahu juga, time kami bangun ni, orang lain dah siap mendaki. Kami jer yang lambat. Tak tahu la nak kata lambat atau apa. Mungkin jam biologi masih belum setting dengan persekitaran masa di negara Jepun.



















Perlahan-lahan kami bersiap untuk pendakian. Bawa barang keperluan sahaja. Ini kerana kami akan bermalam di sini lagi malam ini. Hari ini trekking day pack sahaja.

Mula pendakian jer terus pacak. Boleh tengok dari camp site.

Hari ini kami akan cuba sampai ke puncak Ainodake yang merupakan puncak ke empat tertinggi di Jepun. Namun begitu, dalam perjalanan ke Aino, kami terlebih dahulu perlu mendaki ke puncak ke dua tertinggi di Jepun iaitu Kita (Kitadake).

Tak semua yang mendaki hari ini adalah day pack. Ada yang plan untuk melanjutkan pendakian ke puncak-puncak lain. Untuk pengetahuan korang, kawasan ini dikenali sebagai Minami Alp. So dalam kawasan ini terdapat banyak puncak dan simpang. Tidak semestinya masuk sini, keluar pun sini. Pendaki boleh buat trans.







 





Puncak Kitadake




Sepanjang pendakian ini, boleh dilihat pelbagai peringkat umur para pendaki. Ada pakcik makcik yang berumur 60 tahun ke atas. Gigih tak gigih mendaki pacak macam ni. Ada juga anak-anak sekolah. Macam satu trip family.






Jadi duta t-shirt

Ada kes sikit kat sini di mana Azri minta satu pasangan pendaki beredar dari area signboard. Mana taknya. Yang ko lepas bergambar dan berpelukan di depan signboard dah kenapa? Situ kan port point untuk orang ambil gambar. Orang lain punya la susah nak adjust cari angle terbaik tapi ko selamba jer parking macam tak orang. Aduuuhhhh......

U all jangan compius, Azri bukan marah-marah tegur. Tegur dengan berhemah guys.

Tiba di puncak Kita




Kami lanjutkan perjalanan kami menuju ke Ainodake pula. Tadi dah mendaki ke Kita, sekarang kena turun pula. Dari sini boleh kelihatan sebuah hut. Selepas hut itu, kena mendaki lagi untuk sampai ke Ainodake. Mampu ke tak?

Walaupun hanya bawa muatan yang ringan, tapi tetap rasa penat giler. Agak ngeri dan gayat juga yer laluan turun ni. Mohon berhati-hati.

Taman Nasional ini dilengkapi dengan papan tanda yang banyak. Kemudahan buat para pendaki.








Dua orang warga emas mendaki ke Kita dari arah Aino

Kagum






Dari tadi nampak macam dah nak sampai, tapiiiiiii......




Alhamdulillah, kami tiba di Kitadake Villa pada 0955. Aku yang terakhir. Diaorg dah 30 minit awal.

Trek mencabar. Kejap lagi nak balik lagi mencabar dan mencanak.

Rehat kejap jer. Meneruskan pendakian ke Ainodake.

Sepanjang pendaki ini, kami sempat melihat kekerapan helikopter lalu lalang diruang udara. Datang kosong, balik bawa muatan. Datang dengan muatan, balik dengan muatan dan sebaliknya.  Di sini boleh agak bahawa segala kemudahan di setiap hut adalah dengan menggunakan helikopter. Mungkin mereka tidak menggunakan malim gunung.

Kitadake Villa

Bende ini pun dibawa dengan helikopter



Laluan tadi yang kami turun dari Kitadake



Masa ni aku ngan Faiz kat belakang sekali








1216..... Alhamdulillah....berjaya sampai akhirnya. Berehat lama sedikit dan makan bekalan yang dibawa bagi mengisi perut.

Di sini, kami bertemu dengan seorang pendaki yang sudah berumur 67 tahun. Beliau sudah 7 hari mendaki dalam Minami Alps ini.

Sambil berehat itu sempat mendengar Azri bercerita dan menunjukkan beberapa puncak lain dari sini. Kelihatan juga hut-hut di antara puncak. So kemudahan sini ialah tempat bermalam yang selesa. Walaupun jauh, tapi kemudahan tip top.

Kalau ikutkan hati Azri, banyak lagi puncak yang dia tawan tapi memandangkan kami ni yang semput-semput dan masa yang terhad, maka tak kesampai hajat itu. Kalau dengan dengan Epy sahaja, mungkin boleh.




Ada sebuah hut di sana

Jika dilihat pada signboard di Aino, tidak jauh dari sini terdapat sebuah puncak, Notoridake. Jarak dari sini hanya 3.8km. Mungkin dalam 30 hingga 40 minit. Puncaknya tidak jauh. Boleh nampak dari sini.

Alang-alang kata mereka. Bukan selalu datang Jepun. Tawan la beberapa puncak lagi. Walaupun aku macam agak berat sebab malas nak mendaki balik nanti, tapi aku gagahi juga. Ye la, malu la nanti kan. Hahahahahaha....

Notoridake



Tak lama kami di puncak ini, kami pun bergegas pulang bagi mengelakkan tiba malam di Kita Hut. Laluan memang tak sunyi. Ada jer pendaki.




Mendaki semula laluan tadi
















Alhamdulilah...malam ni masakan lebih baik dari semalam.

Tak berbual lama sangat di waktu malam. Selesai makan, kemas dan terus berehat dan tidur. Suasana pun dah sepi.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...