Hari ni kami akan turun ke information center. Last day hari ini di sekitar Kitadake Mount. Membuat pengurusan diri.
Pagi ini kena ke tandas juga. Walaupun semalam first try gagal. Bau dia memang aku tak tahan. Tak busuk tapi hancing dia lain macam.
Morning
Gunung Fuji
Gosok gigi pun nak view lawa
Kami akan mengingati campsite ini kelak. Di sini antara kenangan manis.
Makin ramai pula pendaki yang muncul ketika kami hendak turun. Warga emas kebanyakannya.
Berkongsi informasi
Jam 10 di Futumata. Point di mana aku dan Epi terpaksa cross untuk ke Shirane On-ike Goya hut. Meeting point dengan Azri. Kami berhenti rehat sekejap.
Epi tanya, ini trek mana? Then aku cakap, aku pun nak tanya benda yang sama. Kita tak perasan simpang yang aku cakap nak berhenti solat.
Turun memang laju. Trek turun ni memang agak pacak. Bayangkan kalau 2 hari lepas naik ikut sini. Jenuh guys. Tapi trek ni banyak pokok.
Sekitar jam 1230, kami dah sampai di kaki gunung. Berehat sebentar hilangkan penat. Sambil itu kami keluarkan ration untuk masak makan tengah hari.
Solat.
Bas
jam 3.15 petang. Perjalanan agak ngeri kerana kanannya gaung yang tinggi.
Melalui terowong-terowong yang panjang. Memandangkan jalannya boleh dilalui satu
kenderaan sahaja maka setiap bas ada walkie talkie.
Kami duduk seat belakang. Sakit belakang sebab kerusinya straight. Perjalanan yang lama disertai dengan keletihan, membuatkan kami terlelap. Terjaga. Terlelap. Terjaga.
Alhamdulillah.....kami selamat tiba di stesen bas Kofu. Letak beg dan 3 orang bergerak ke hotel untuk mengambil beg dan barang-barang yang ditinggalkan tempoh hari.
Destinasi kami seterusnya ialah ke Matsumoto. Kami menaiki keretapi kalau ada yang bertanya. Hahahahahaha...... Selesai tiket, kami terus bergerak turun ke bawah menunggu keretapi.
Train berkelajuan
sederhana mengambil masa 2 jam untuk sampai sana. Kenapa berkelajuan
sederhana? Sebab ada lagi yang laju dari ini dan harga lebih mahal.
Dalam train banyak bersosial media. Itu je la yang boleh buat pun. Hahahahaha....
Zzzz….
Selamat tiba di Matsomoto. Dah malam masa kami tiba tu. Keadaan jalan yang lengang. Kami berjalan menuju ke penginapan. yang tidak berapa jauh. Tapi disebabkan beg yang berat, menjadikan perjalanan terasa jauh. Hahahahaha....
Penginapan kami malam ni adalah sebuah rumah yang dijadikan backpackers hostel. Diusahakan oleh sekumpulan pelajar kalau tak salah. Sebab masa kami check in tu, dikendalikan oleh seorang perempuan dan lelaki mat salleh. Tak jumpa plak gambar hostel tu. Rasanya aku ada snap.
Menarik lagi, bilik yang kami duduki itu sebiji macam bilik Nabita dan Doraemon. Hahahahahahaha...... Ruangan kecil sahaja. Pintu slide. Ada ruang simpanan. Argggggg....serius awesome. Hahahahaha...
Kami buat pengurusan diri. Kemudian aku dan Epi keluar ke mencari dobi. Tak jauh dari penginapan.
Gambar ihsan dari blogger epilogformation.blogspot.com
Nak kongsi satu perkara menarik masa aku dan Epi kat kedai dobi.
Sedang kami berdua menunggu pakaian siap dibasuh, ada la seorang mamat yang juga di situ untuk membasuh. Kemudian dia lepak luar sambil hisap rokok. Ketika dia nak buang abu rokok, dia jadikan tapak tangan kirinya sebagai ashtray. Selalunya perokok akan buang abu secara membabi buta di mana sahaja. Kan...kan...kan....
Punya la berdisiplin orang Jepun, sampai begitu sekali.
Malam ni kami tak keluar mana-mana. Selesai pengurusan diri tadi, turun makan malam. Kemudian sedikit taklimat ada borak-borak tentang planning esok.
Zzzzzzz.........
No comments:
Post a Comment