22.2.11

--- feStival laYang laYang ---

Photobucket


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Berlari ke hujung langit....

Photobucket

Photobucket

watching a event....

Photobucket

People who snap a pic....


Photobucket

1 M A L A Y S I A....

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Emosi...

Photobucket

Photobucket

J U R U G A M B A R...

Photobucket

Photobucket

~~~ end ~~~

7.2.11

--- xPdc mEnggapai aWan di pUncak gUnung tAhan ---

Bersempena dengan Chinese New Year yang lalu, KeReX UTeM telah merancang satu xpdc yang diberi nama .......... sama mcm tajuk di atas k. Mak xlarat nak taip banyak2 nyah.

Berikut adalah detail tentang trip :

Tema
'Menggapai Awan Di Puncak Gunung Tahan', berpakaian melah2 di puncak dan tshirt xpdc.

Tarikh
31 Jan ~ 06 Feb 2011

Anjuran
KeReX UTeM

Line up
Bino ( Leader ), Chaer ( ketua chef ), Sharul, Kabil, Ayen, Bun, Wani, Cincau, Ja'a, Ahmad Chong, Ru, Pek, En. Faisal ( Pegawai Pengiring ), Sopee, Gadis, Eja, Renzo Ish, Ejab, Fitri, Asyraf, Salleh, Hakim, Khazliyan, Boyz,

Trail
Merapoh - Tahan - Kuala

Guider
Sabri dan Duan

30 Jan 2011
Berkumpul di Pusat Persatuan Pelajar sekitar jam 9 mlm. Bas akan bergerak pada jam 10 mlm. Pengagihan ration dan kumpulan bagi memudahkan pengisytiharan sampah masa di Taman Negara Merapoh kelak.



31 Jan 2011

Tiba di persimpangan jalan masuk ke Taman Negara Sg. Relau, Merapoh. Persimpangan jer. Bas tak nak masuk sebab katanya jambatan tak mampu menahan berat bas bla...bla....bla....

Photobucket

Alternatif lain adalah dengan menggunakan 4x4 Taman Negara. Mean berbayo la jawabnya. Semasa sampai di persimpangan ini, boleh pulak si Boyz tertinggal kat Caltex. Hadoiiii.....nasib baik la geng guider ada Avanza.

Photobucket
Mangsa tertinggal bas...

Photobucket

Setibanya kami di Pejabat Taman Negara, kami membuat pengurusan diri. Kebetulan terdapat sebuah team lain yang sedang menunggu 4x4 untuk ke Sg Juram. Naik Gunung Tahan gak la. Diaorg terdiri daripada 10 orang. Dalam sepuluh-sepuluh tu aku kenal 2 orang jer, Topek dan Low. Sorang lagi mcm
familiar tgk dalam pic2 team pergi hiking.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Jam dah melepasi 12 tengah hari tapi kami masih lagi di kawasan pejabat Taman Negara. Declaretion pasal sampah dah settle. Dengan pejabat pun dah settle. Cuma 4x4 je belum sampai2. Sementara menunggu tu, kami mengambil kesempatan dengan bergambar di kawasan sekitar.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Jam menghampiri pukul 1 tengah hari, baru la kami mula naik 4x4 menuju ke Kuala Juram. Jalan berturap memudahkan perjalanan kami. Selesa pun selesa sebab 4x4 berkusyen. Hehehehe.....

Photobucket

15 minit kemudian kumpulan terakhir(aku dan lain2) sampai di Kuala Juram. Memandangkan waktu jam sudah pukul 2 petang, guider menyerankan kami lunch terlebih dahulu dan menunaikan solat.

Photobucket

Di Kuala Juram ini terdapat pelbagai kemudahan untuk beriadah. Ada dewan, surau, tandas, dan elektrik. Kemudahan-kemudahannya dijaga dengan baik sekali. Selain itu Kuala Juram juga merupakan kawasan pembiakan ikan Kelah.

Photobucket

Jam 2 petang, sebelum bergerak, guider memberi sedikit taklimat mengenai perjalanan hari ni. Destinasi hari ini ialah Kem Kor. Sebelum Kem Kor, terdapat beberapa kem lain seperti Kem Luis dan Kem Lata Luis.

Photobucket

Selesai taklimat, kami pun bergerak. Sweeper ialah pengarah kita iaitu Bino. Guider akan berada di hadapan dan belakang. Menurut maklumat, hujan telah turun berturut-turut sehingga semalam. Alhamdulillah, hari ini cuaca baik cuma kelihatan beberapa lokasi awan mendung berkumpul.

Photobucket

Trail pada peringkat awalnya agak susah. Selepas melintasi jambatan gantung, trek sudah macam kena bajak. Mana tidaknya, dah beberapa kumpulan sudah melaluinya. Berlumpur dan licin. 'Apa boleh buat......'

Photobucket

Satu jam berhempas pulas dengan trek, kami sampai di sebatang sungai. Ini merupakan sungai pertama yang akan kami lintasi sebelum beberapa sungai lagi di hadapan. Hahahaha.....

Photobucket

Aku mula-mula tu siap buka kasut lagi. Konon2 xnak basah la. Ye la takut melecek. Aku dapat bertahan dari tak basah hingga di Kem Luis jer. Lepas tu aku dah xlarat nak layan lagi sebb ada banyak lagi sungai depan sana dan akhirnya redah je lah.

Photobucket

Kami melintasi sungai Kuala Luis sekitar jam 4 petang. Air sungai boleh dikatakan deras gak la. Aku orang terakhir yang lintas. Mula-mula tu takut. Ye la dengan beg kamera lagi. Berkat sabar dan pertolongan rakan2 skemanya ayat, berjaya juga akhirnya. Alhamdulillah.
Sepanjang trail tidaklah sesukar mana. Nak kata pacak tidaklah pacak. Biasa2 jer, tapi penat gak la. Hahahaha..... Terutama sekali berjalan di belakang orang yang slow. Tapi ok jer sebab boleh rehat lama2 dan berbual2. Hihihi....kira mengambil kesempatan la gi tu.

Photobucket

Di kem Lata Luis kami berjumpa dengan team perhilitan. Mereka berkhemah di situ. Ada kursus apatah. Di kem ini terdapat sebuah air terjun yang cantik. Sebab itu ianya dinamakan Kem Lata Luis.

Photobucket

Dan akhirnya kami pun sampai di Kem Kor. Lebih kurang jam 6.30 petang gi tu la. Dulu tidaklah besar sangat Kem Kor ni. Tapi sekarang mcm dah luas. Selain kami, terdapat beberapa kumpulan pendaki lain iaitu Team Low dan Perhilitan.

Kami mendirikan khemah di tempat yang sesuai dan membuat pengurusan diri serta bersiap-siap untuk masak. Dalam masa yang sama, ada lagi yang belum sampai. Antaranya ialah Bino, Uder, En Faisal, Hakim dan beberapa orang lagi. Dah malam ni.

Tetiba Sabri sampai dan minta beberapa orang memberi bantuan pada yang kat belakang. Ejab terus sukarela. Aku dan Sharul pun follow. Ejab bawa parang, aku bawa coklat dan Sharul bawa diri. Hahahaha....

Actually diaorg tidak la jauh sangat kat belakang tu. Lintas sungai dah nampak cahaya lampu headlamp. Aku sempat bertanya kepada Hakim, siapa yang injured? Hakim kata,"bro ni." Pek rupanya. Dia dah xbawa beg masa tu. Kami pun terus ke belakang. Bersua dengan Bino dan Uder yang sedang membawa beg Pek pelik bunyinya. Mmmm.......

Tanpa membuang masa Sharul mengambil beg tersebut. Aku memberi coklat yang di bawa. Wahhhh....konon2 rescue gi tu. Hahaha......

Sebelum tidur, Bino mengadakan sedikit briefing untuk besok dan melantik sweeper sepenuh masa yang baru mulai esok. Hahahaha....takpa pencalonan, Kabil dan Ejab adalah orang paling layak. Ok la. Diaorg pun menerimanya dengan hati yang terbuka. Hehehe......


1 Feb 2011

Jam 4 pagi dahhhh kedengaran bunyi riuh rendah di bahagian dapur. Bukan tikus atau haiwan lain sedang bermain kat dapur tetapi Ketua Chef kita iaitu Chaer dan konco2nya sedang gigih menyiapkan sarapan pagi.

SELAMAT PAGITUAN2 & PUAN2....ANDA SEMUA SEKANG BERADA DALAM BONTOT SAYA.....

Hujan renyai2 turun di pagi itu menambahkan lagi kesejukan suasana yang sememangnya sejuk. Jam 8 pagi, kami semua sudah bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan. Sambil menunggu abg jurupandu, diketuai oleh Ejab, kami melakukan sedikit warming up (tiada gambar di Kem Kor ini).

Photobucket

Selesai mendengar taklimat dari guider, kami pun menggalas beg dan memulakan perjalanan. Destinasi hari ini ialah Kem Botak. Dari Kem Kor, kami mendaki sejam lebih dan kami berhenti berehat di Kem Permatang (jam 10 pagi). Di kem ni terdapat waterpoint di bawah sinun.

Photobucket

Photobucket

Sepanjang pendakian dari Kor menuju ke Kubang, banyak KFC yang anda boleh singgah ye. Perghhhh......mengucap mak nokkk. KFC merujuk kepada KILLER FITNESS CENTER. Ini bermakna banyak tempat-tempat yang memerlukan kudrat yang lebih. Hampir tiga jam bersusah payah mengharungi halangan, kami sampai di Kem Kubang. Hujan renyai-renyai di waktu itu ye kawan2.

Pada masa dan ketika aku dan Bino sampai di Kubang, Salleh dan A Chong dah sampai awal setengah jam dari kami. Kemudian mereka meneruskan pendakian setelah berjanji akan tunggu di Kem Belumut. 15 minit kemudian, aku, Bino, Wani dan yang ader, menyusuri denai menuju ke Belumut juga. Trek dah kurang mencabar dari Kubang ini.

Photobucket

Tanda bahwa Belumut sudah hampir ialah, pokok-pokoknya yang banyak lumut di samping tanahnya yang agak-agak lembut di tutupi daun-daun yang gugur. Permukaannya pula rata. Kami sampai di Belumut kurang sejam pendakian. Diikuti oleh yang lain-lain. Masa ketibaan kami, Salleh dan A Chong tidak ada di situ. Kami mula melihat samada terdapat kesan-kesan mereka. Terdapat kulit oren jer.

Photobucket

Apa yang bermain di fikiran, kenapa mereka meneruskan perjalanan? Adakah mereka sesat tidak menjumpai Belumut walhal signbord begitu besar?

Sambil menunggu yang lain tiba, kami menunaikan solat Zuhur terlebih dahulu. Jam 2 petang, kami meneruskan pendakian dan berharap bertemu dengan Salleh dan A Chong di Kem Bongsai. Insya-Allah.

Photobucket

2 jam setengah berikutnya, aku, Ru dan Bino sampai di satu puncak tipu. Terdapat satu view yang cantik di situ. Tapi malangnya sekejap sahaja kerana ia dilindungi oleh kabus tebal. Menyusul di belakang ialah Boyz dan Chaer. Seterusnya Gadis, Eja dan lain-lain. Lagi sekali kami gagal menemui Salleh dan A Chong. Siap la Salleh nanti kena marah ngan Kabil. Hihihihi....
Selesai bergambar itu ini, kami meneruskan perjalanan. Eh! Macam mana Sabri boleh ader depan kami plak ni. Kami terserempak dengan Sabri masa otw nak ke Bongsai. Tak jauh dari puncak tipu tadi. Turun sikit kemudian nak mendaki semula. Kat situ kami jumpa dia. Rupa-rupanya dia la org yang menyahut sahutan kami kat depan tadi. Masa bila dia potong kami? Musykil.......

Harapan terus di taruh dengan harapan akan bersua dengan Salleh dan A Chong di Bongsai. Namun, entah kali ke berapa, kami di kecewakan lagi. Jam 6.24 petang, kami yang depan sampai di Bongsai tetapi kelibat mereka berdua tidak kelihatan. Hmmmm.....

Photobucket

Malam kian menjelma bersama-sama sejuk yang menggigit. Separuh daripada line-up telah sampai di Bongsai. Separuh lagi dalam perjalanan. Perjalanan yang sgt jauh hari ini. Sejuk yang begitu menusuk tidak membenarkan kami duduk diam diri kerna ia akan membuat kita semakin sejuk. Aku, Bino, Chaer dan Ru bercadang untuk pergi dulu ke Botak bagi melakukan apa-apa yang patut. Selainnya untuk memastikan bahwa Salleh dan A Chong sudah berada sana atau tidak.

Selesai Maghrib, maka berjalanlah kami berempat mengharungi kedinginan malam. Angin pada waktu itu begitu kuat sekali. Perasaan pada waktu itu begitu auwsome sekali. Aku dok belakang so aku nampak secara keseluruhannya. Dah macam pendaki negara yang membawa harapan menggunung. Serius dow. Angin yang bertiup kencang lagi. Memang xleh lupa saat itu. Walaupun malam, tp still boleh nampak treknya yang berbatu putih.Sayang sekali berjalan waktu malam kerna view kat sini pun cantek. Sgt cantik.

Sejam lebih menempuhi kekencangan angin sejuk, kami pun sampai di Kem Botak. Alhamdulillah, Salleh dan A Chong ada di sana. Mereka berlindung di dalam 'tandas'. Fly tidak mereka pasang kerna angin terlalu kuat. Apabila kami sampai, kami bekerjasama untuk mendirikan khemah dan syukur ianya berjaya. Skemanya ayat. Ternyata ianya bukan mudah. Angin satu hal, hujan plak tu. Arghhhh.......

Chaer yang terkenal dengan kekentalannya pun kalah pada waktu kerna otak dia dah beku sebab sejuk sangat. Iskh3x..... Aku memang kalah maaa pada sejuk. Hahaha...... Aku dirikan khemah aku di sudut belakang batu sinun. Kira terlindung sikit la. Gi tuuuu....

Setengah jam kemudian, yang lain pun sampai. Dirikan khemah dah membuat pengurusan diri. Malam itu kami tidak masak seperti biasa kerana keadaan yang agak tidak terkawal dek cuaca pada masa itu. Masak sendiri2 sahaja seperti maggi dan lain-lain. Zzzzzz...zzzzz..... Khemah aku malam tu terdiri daripada Yan, Wani, Bun dan Bino.


2 Feb 2011

Photobucket

Tidur malam yang tidak nyenyak dek terlalu sejuk dan kuak angin yang meniup fly sambil membawa air hujan masuk ke dalam khemah. Bangun pagi, bahagian bawah sleeping bag dah basah. Oh My God.... Seb bek kalis peluru sleeping beg aku tu. Fuhhhh...semangat mak nyahhh...nyah gi tu.....

Photobucket

Pagi itu memang susah giler nak keluar dari khemah. Masing2 takut sejuk dan basah. Hujan dan angin dari semlm lagi. Cuma pagi tu slow sikit dari semalam. Sarapan pagi itu di ambil alih oleh khemah Kabil. Ketua Chef dan AJK nya pun ader situ.

Menu pagi tu ialah nasi lemak. Semua lapo pagi tu. Ye la smlm xmakan. Selesai makan, kami bersiap2 packing. Walaupun malas, namun kena jugak. Kalu tak, nak jalan pukul berapa kan? Haaaaa....gi tu.

Photobucket

Photobucket

Jam 1.30 petang, kumpulan terakhir mula menggalas beg dan mendaki. Pendakian tidaklah mudah dan tidak juga susah. Bezanya cuma pokok-pokok dah renek. Treknya berbatu dan selang seli dengan lumpur tahap ringan jer. Sekali sekala ader gak tempat2 yang memerlukan kami melangkah dengan lebih luas. Walaupun sejuk, peluh tetap juga berpeluh dan kabus tebal menutup semua pemandangan yang indah.

Photobucket

Hasrat untuk mengulangi kenangan terindah di Tahan tidak kesampaian. Bagi mereka yang firstime, lagi la frust. Kalu xfrust xtahu la cheq nak cakap pa (tetiba cakap kedah plak ). Mmmm....xpaaa....

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Sejam mendaki, aku dan beberapa org teman yang mendaki bersama aku, menghampiri puncak. Keterujaan mula sampai kekemuncaknya. Aku melintasi papan tanda menunjukkan arah ke Puncak Gunung Tahan. Kami mempercepatkan pendakian dan akhirnya kami pun sampai di puncak yang tertinggi di semenanjung Malaysia ini, PUNCAK GUNUNG TAHAN.

Photobucket

Alhamdulillah...... Masing2 muka penuh ceria apabila dah sampai puncak. Bayar RM240 semata-mata nak bergambar di puncak Tahan. Haiya... Proses bergambar sakan pun bermula. Mula2 yang gred G7. Tahniah untuk Yan, selepas 7 tahun baru gred, Eja, Renzo Ish, Tok Janggut, dan Shahrul 6 bulan jer dah gred G7. Dashyatttt......

Photobucket

Seterusnya sesi baju tema. Ada 3 tema yer kawan2. Teman paling utama ialah warna melah. Itu ha warne melah sempena Celamat Tahun Balu Cineee. Oleh itu semua olang mesti pakai itu warna melaah2. Hadoiii.... Tema selebihnya ialah t-shirt kelabu, dan t-shirt hitam.

Photobucket

Photobucket

Anak-anak ikan mas semua dah puas bergambarkan? So moh la kita jalan. Jauh lagi ni nak sampai Kem Gedung. View memang xdpt la kan. Berkabus jer. Maka berjalanlah kami menuju ke destinasi seterusnya. Trek dah tidak susah. Cuma batu2nya saja yang licin. Aku pun siap jatuh dow.... Arghhh...malu2....haahaha..... Ja'a lagi la. Kuikuikui....xper2 itukan pengalaman.

Chaer plak dari semalam asyik tersasul jer sebut Gedung. Gadung lah, Gendang lah dan mcm2 lagi. Tidak lupa juga dia suka sgt berbual tentang ration. Dok tanya kalu camping sini macam mana, kalu sinun macam mana kan. Tu yg tersasul. Hehehe.....

Photobucket

Kami berhenti Asar di persimpangan antara ke Kem Padang dan ke Gedung. Dulu ader papan tanda. Tapi sekarang dah xder. Situ juga terapat Bukit Apit.

Di situ sahaja dah jam 6.30 petang. Tanpa berlengah masa, yang mana ader masa tu meneruskan perjalanan.

Photobucket
Gambar pada tahun 2007

Berjalan pada masa itu ialah Salleh, A Chong, Chaer, Bino dan aku. Salleh dan A Chong dah ke depan nunnn.... Apa yang nak dikejar pun xtahulah. Hahahaha...... Jam 7.57 mlm, kami bertiga sampai di kawasan bangkai kapal terbang.

Photobucket

Menurut cerita ini merupakan bangkai kapal terbang tentera British. Orang la kata. Kalu nak tahu perkara sebenar, kena la tanya pihak British samada diaorg ader kehilangan kapal terbang tak?

Perjalanan malam kadang-kadang mambosankan. Walaupun tidak sukar tapi mental gak la. Chaer plak macam biasa la, dok tanya itu ini. Selagi tak jawab atau layan dia borak, dok tanya lagi. Pastu kata aku mental. Eeeee.....padahal memang aku seorg yang cool dan pendiam maaa....kuikuikui.....

Anda di nasihat jangan berjalan seorang diri pada waktu malam di kawasan ini kerna jika tidak yakin, boleh menyesatkan. Serius sbb ada satu simpang tiga. Ke kanan entah ke mana tah. Seb bek Bino ambil kiri. Walaupun aku pernah dtg pada tahun 2007 dulu, namun tetap tak berapa ingat. Malam plak tu, lagi la xnampak.

Kami berjalan sehinggalah sampai di sebuah bukit. Dari situ kami nampak cahaya lampu dari ke jauhan di bawah sinun. Horeyyyy.....dah nak sampai. Masa otw tu aku terjumpa satu lokasi, ader pokok yang sama masa 4 tahun dulu. Yeah masih segar dlm ingatan aku. Maka aku suruh Bino n Chaer posing kat situ. Hehehehe.....

Photobucket
Gambar ini disnap pada 2007

Photobucket

Samakan pokok tu. Maknanya suhu memainkan peranan dalam proses tumbesarannya. Dalam subjek Sains ader yer murid2.

Dah nampak lampu mesti la sukekan. Horeyyy.... Kami bertiga sampai di campsite sekitar jam 8.30 malam. Masa snap kat pokok tu, Chaer kata mulut aku mcm longkang. Hahaha... Apa sebab, korg kena tanya dia la. Mental la tu. Kahakahakah.....

Team Low dah lama sampai....

Sama seperti Bukit Botak, Gedung juga tidak ada pokok yang boleh dijadikan pancang untuk mendirikan khemah. Maka pandai2 sendirilah. Alhamdulillah pada ketika dan malam itu cuaca boleh dikatakan baik. Langit sedikit cerah. Kelihatan bintang2 dilangit dalam kesamaran kabus yang tebal itu.

Yang mana sampai dulu, mempersiapkan diri dengan pakaian kering dan mula memasak. Mana yang belakang tu perlahan-lahan berjalan untuk tiba ke campsite. Dari campsite kelihatan lampu-lampu dari atas bukit berderet turun. Hahaha.....

Malam tu Chaer masak apatah yg special. Lupa nama kek tu. Tapi xberapa nak jadi. Kononnya kurang sejuk. Resepi tu dia baru dapat masa tgk rancangan Ketuk2 Belanga. Diaorg gelarkan kek tu muntah kucing. Hahaha.... Muntah2 pun ramai gak yg belasah.


3 Feb 2011

Pada tahap ini rasanya dah ramai yang macam2kan. Kaki dah mula sengal2. Otot2 lutut pun dah berbunyi2. Macam2 lagilah. Apa nak buat. Tahan kannnn.....

Photobucket

Kem Gedung merupakan antara lokasi perkhemahan yang menawarkan pemandangan paling cantek pernah di lihat oleh manusia bukan men lagi ayat. Namun, rezeki kami xder pada masa tu. Kabus menutupi semua pemandangan. Mungkin nak suruh dtg lagi kot.

Photobucket

Photobucket

Mmmm...pagi tu ader perbincangan sikit tentang campsite mana malam ni. Ini berikutan sehingga semlm kami asyik overtime jer. Mana tahan. Hiking nak tgk view cantek2 bukannya cari sakit. Ikut perancangan, malam ni nak terus ke Kem Teku. Terlalu jauh rasanya. Kami pun berbincang dengan guider untuk campsite yang kami sampai takkan overtime. Mulanya guider agak keras untuk terus ke Teku jugak, namun akhirnya hidayah sampai dan dia bersetuju.
So dia memutuskan kita campsite di Pangkin Bawah.

Photobucket

Photobucket

10.38 pagi, kami meninggalkan Kem Gedung. Mendahului kumpulan kami pada pagi itu team 'SABAR TUAN2 dan PUAN2, ANDA SEKARANG BERADA DALAM B O N T O T SAYAAAAA.....' apa2 entah Low tu hahaha...kelakar pun iyer.... Hahahhaha.....


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Perjalanan turun tidak semudah yang disangka. Kecuraman tahap dewa punya. Aku kompom gayat. Seb bek Chaer yang baik hati tolong bawakan beg kamera. Tq Chaer...

Photobucket

Photobucket

Sepanjang trek tu banyak gak la tempat2 gayat. Lepas trek yang curam, kena plak melalui satu tangga yang panjang dan menurun. Perghhhh... Sebelahnya ader sebuah batu besar dan tinggi punya. Atas tu la Kem Gedung. Hahhaha.......

Photobucket

Photobucket

Next pick-stop
ialah Kem Reskit pada jam 11.57 pagi. Berehat sambil menunggu yang belakang sampai dan sambung semula 20minit kemudian.

Photobucket


Target seterusnya, Kem Tangga Lima Belas. Kami masa itu cuba untuk sampai di kem tersebut sekitar jam 2 petang. Kalu lebih dari itu secara automatik, kami akan kem di Pankin Bawah kerna kalau teruskan jua akan menjadikan kami overtime yang tahap dewa untuk sampai Teku.

Photobucket

Apa yang menarik tentang KTLB ini ialah terdapat 9 batang tangga. 2 menurun dan 7 lagi menaik kiraan bermula dari tangga yang pjg menurun. Semanya bersudut hampir 90 darjah. Seterusnya sampai ke tangga yang menurun. Perghhhh....tinggi siut. Gayat giler. Hahahahaha....... Selebihnya menaik sampai la puncak.


Photobucket

Haaaaa.....akhirnya dapat juga kami melihat view. Inilah view pertama kami. Dari kawasan berbatu2 ini kami dapat melihat pemandangan ciptaan Maha Esa yang sangat cantik. Maka time tu la nak posing sana n sini kan. Teruja la katakan.
Photobucket

Photobucket

Dalam banyak2 pemandangan, aku terpandang satu gunung. Nampak gagah dari segi bentuk dan strukturnya. Kata guider, itu Gunung Kercau. Di situ terdapat satu mitos di mana terdapat sebuah taman bunga yang sangat cantik.

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Tangga paling menakutkan

Photobucket

1.52 petang, kami sampai di puncak Kem Tangga Lima Belas dan berehat sebentar bersama anak2 ikan mas yang lain sambil makan makanan ringan dan layan view.

Photobucket

3.00 petang
, mula bergerak menuju ke Puncak Pankin. Sama seperti KTLB, perjalanan ke Pankin juga menawarkan
view2 yang superb. Ada tempat2 yang boleh dikatakan berbahaya dan gayat. Tapi berbaloi.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

3.56 petang kami sampai di Puncak Pangkin. Tanpa berhenti lama, kami terus menuruni puncak tersebut. Treknya curam dan berbatu keras
batu memag keras. Turun dan turun. Turun lagi. Mana yang slow tu kami potong, tak kira dah masa tu. Pegawai pun kami potong. Hahahaha.......sorry en Faisal. Alhamdulillah kami sampai di Kem Pangkin Bawah sebelum malam menjelang.

Photobucket

Campsite agak terhad. ini berikutan kumpulan yang satu lagi dah sampai awal dan mendirikan khemah mereka. Maka kami cuma dapat yang atas bukit dan lereng bukit. Ok la tu kan dari xder langsung. Punca air untuk campsite ini agak jauh. Tidak la sejauh dan sesukar seperti Cerek. Airnya ok la.

Apabila malam datang, Chef dan konco2nya dah berada di dapur untuk menyediakan santapan malam. Selesai makan, siap2 untuk beradu plak la kan. Nak dijadikan cerita la kan. Sebelum tidur tu perut aku buat hal. Ye la kan dah 4 hari tak membuang. Aku pun bawa la wet tissu aku pergi ke bawah sinun. Pada aku dah cukup bawah port ni kan. maka dengan senang hati membuang la. Hehehe......

Sekali dengar la Chaer sound, "oi ben, ko membuang kat mana tu? Bau sampai ke sini dow....." sambil diaorg gelak2. Alamak...!!! Satu khemah tu dah gelak bagai2. Chaer lagi la..... Arghhhh...... malas la nak citer kan sbb xreal. Kalu nak tahu tanya Chaer sbb dia mmg pandai bercerita dowwww.......kahkahkah.......


4 Feb 2011

Photobucket

Macam biasa la kan. Bangun awal pagi, siapkan bekpes, dan kemas khemah. Mana yang sakit2 tu, sapu2lah minyak minyak kuda pun boleh apa2 yang patutkan. Posten jgn lupa tau.

Photobucket

Jam 9 dah mula bergerak. Mana2 yang sakit tu dah jalan depan. Aku tinggalkan Pangkin Bawah dengan seribu kenangan ayat xkena langsung. Hahahaha.......

Photobucket

Photobucket

47 minit kemudian, kami melepasi Kem Wray's. Ceritanya di sini, ader ler seorg Inggeris meninggal kat sini. Sakit apa tidak pasti. Kebetulan nama omputeh tu Wray apa tah. Maka dinamakan la sempena nama dia. Trend zaman2 dulu. Baget letak nama omputeh tu best la kunun.... xsesuai gaya nyah. So u all kalu nak sempena nama korang, kena la mati dulu... hahahaha....

Photobucket

Photobucket
Nak dijadikan cerita, masa turun tu, berselisih la dengan 3 orang Sikh. Dari jauh aku baget Sikh obersea. Malaysia rupanya. Hahahaha..... Nak gi bertapa kot. Naik dari Kuala Tahan tuuuu.....dahsyatttt.... Sempat la bergambar sebagai kenangan. Kuikuikui..... Mesti dia pun bangga sbb dpt bergambar dengan anak ikan massss.....

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Turun punya turun, sampai la kami di Kem Teku jam 12.47 tengah hari. Masak untuk makan tengah hari. Alah makan bihun sup jer. Untuk rekod, Sg Teku ini mempunyai kelebaran yang sangat luas. Sungai ini juga antara halangan utama untuk pendaki2 keluar pada masa2 tertentu. Contohnya jika air sg ini naik, para pendaki tidak boleh melintasinya. Sungainya dalam dan arusnya kuat.


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Jam 2.34 petang
start jalan. Jangan lama2 sangat. Nanti kena overtime lagi. Kami cross sungai pertama di mana pertembungan antara Sungai Teku dan Sungai Tahan. Kat sini pun dah cuak. Paras peha gak la. Chaer punya la cover2 xnak basah, sekali berendam dia dlm sungai tu. Hahahaha..... Yes...yes...yes....
Photobucket

Lepas sungai pertama tu, trek mencanak sekejap. Pastu dah ok. Just menyusuri tepi sungai jer. Masa lalu tepi sungai tu, kalau perasan, terdapat macam serpihan2 akar dan batang2 pokok di tepi2 dan atas tu kan? Itu adalah di mana paras air sungai ini pernah capai suatu ketika dahulu. Mean, trek yg kita lalui tu di bawah paras sungai. Selain itu terdapat juga kesan-kesan tapak dan tahi gajah.

Photobucket

Sejam dari sungai pertama tadi, kami cross sungai ke dua.

Photobucket

15 minit seterusnya sungai ke tiga dan merupakan paras paling dalam. Aku saja dah cecah pinggang. Yang katek2 lagi la kan. Sabar ye. Kitakan anak ikan masss. So xder masalah la kan. Kahkahkah..... dok counting sungai plak kijer aku.

Photobucket

Masa nak cross tu Sabri bg amaran jangan buat bising kerna atas pokok tu ader sarang 'ponyonget' loghat Semenyih.

2o minit pastu cross lagi sungai. Dah kali ke empat.


Photobucket

Photobucket

Setengah jam berikutnya, sungai ke lima kami cross. Cetek jer. :)


Photobucket

Tak lama dari tu, 5 minit jer, kami cross lagi sungai kali yang ke enam. Sungai ni xberapa dalam tapi lebih lebar dari sebelumnya. Arus dia pun boleh tahan gak la. Lagi lebar sesebuah sungai, lagi gerun keterasaannya.

Photobucket

Photobucket

Kemudian kami trekking melebihi sejam untuk sampai ke sungai ke tujuh. Pada ketika itu jam menunjukkan 6.55 petang.

Photobucket

Sungai terakhir iaitu sungai ke lapan adalah 5 minit dari sungai tadi. Haaaaaaa.....kan.... Ini menandakan kami sampai ke campsite kami pada hari itu iaitu Kem Seputih. Tak lama itu juga team yang satu lagi juga sampai dan berkhemah di situ juga.

Photobucket

Untuk pengetahuan, sebenarnya yang kami cross sampai lapan kali bukan la sungai berbeza2. Sungai yang sama gak cuma sungai tu berlengkar-lengkar. That y jadi sampai 8 kali. Hehehehe...... dahsyattttt......

Hari dah nak gelap, kami pun membuat pengurusan diri dan acara masak memasak. Masing2 dah happy2 sbb boleh mandi sepuas2nya. Air banyak la katakan. Malam tu aku ambil giliran masak nasi. Hampir2 xjadi nasi malam tu. Ye la malam tu diaorg dok bahan aku. Eeeee........ hAhahaha......


5 Feb 2011

Macam malam2 sebelumnya di mana giliran tukang masak kena bangun seawal jam 4 pagi, pagi ni aku kena bangun awal jam 4 pagi gak untuk masak2. Ditemani ketua Chef yang mmg setiap hari bangun awal dan Bino. Aku sengaja bagi bunyi bising kuali tu sbb nak memecahkan suasana sunyi pagi itu. Aku masak cucur jer. Chaer dan Bino goreng nasi.

Dah tiba waktu yang sepatutnya, semua bangun untuk sarap dan kemas2 khemah. Perjalanan jauh lagi ni. Azab arini ialah untuk sampai ke puncak Gunung Rajah. Oh my godddd..... Trek ok jer, xsusah. Yang azabnya cuma turun naik, turun naik, turun naik. Arghhhh...... Aku pun ambil MP3 dan nyanyi kuat2 sampai habis bateri. Hahaha.....

11.25 pagi, aku sampai di Puncak Rajah. Plus minus 2 jam setengah la dari Seputih.

Photobucket

Time kat puncak ni, camera aku prolem sikit sbb lens dah berwap. So sensor xleh detect titik fokus. Terpaksa la guna camera org lain camera Ru. Dari puncak ini boleh melihat puncak Tahan. Sayangnya time tu kabus tebal. Yang kelihatan cuma Kem Gedung jer. Tu pun sikit2 jer. Jadilaahhh.....

Panas terik tidak menjadikan sesiapa pun untuk berada lama di puncak Rajah ini. Maka selesai group pic, kami pun cepat2 turun. RnR seterusnya ialah Kem Tengah. Bawah ni jer. Tak jauh dari puncak jam 1.00 tengah hari dah sampai sana. Kem ini mempunyai waterpoint di bawah sinun.

Photobucket

Photobucket

3 jam menuruni bukit, naik bukit, lutut pun dah start sakit2. Tapak kaki dah rasa mcm nak melecek. Seawal jam 4 petang, kami sampai di Melantai. Alhamdulillah. Aku xmembuang masa, terus dirikan khemah dan membuat pengurusan diri.

Mental gak la trekking dari Rajah nak ke Melantai ni. Trek ok jer, cuma tak tahan turun naik dia banyak sangat. Huhuhuhu.... Rasa nak nangis. Camera aku masih belum pulih lagi.

Photobucket
Pelik tapi benar

Trekking bersama dengan orang yang makan ponsten ni lain macam sikit. Laju jer Bun dan Wani jalan. Tak terkejar aku. Diaorg dua siap leh berjenaka lagi dlm trek. Huuuuuuu....... Pasni nak makan gak benda alah tu.

Photobucket

Jelas terbanyang di wajah masing-masing akan keseronokan takkala tiba seawal begini di campsite. Memang rileks gile la diaorg. Yang kuku kaki tercabut pun dah ceria2 dan ketawa2 gi tu. Bagi yang makan posten plak, kesannya yang berlebihan, mmbuatkan mereka nak meneruskan lagi perjalanan. Nak shoot keluar terus konon. Kekekeke.....

Kumpulan Low juga khemah di situ. Hahahahaha.....

Bila sampai awal ni, sempat la kami berbual2 dengan jiran sebelah. Seminggu dalam trek, xsempat nak berbual-bual dengan diaorg.

Photobucket

Photobucket

Malamnya acara masak secara besar-besaran. Nak habiskan ration. Melantai adalah malam terakhir xpdc ini. Malam itu jugak la ader bro kumpulan sebelah ni tangkap seekor katak besar punya. Serius besar. Aku pun geli maaaaa......besar sangat. Gadis lagi la. Hahahaha.....

Photobucket

Photobucket


6 Feb 2011

Macam biasa, bangun bekpes dan packing2. Ceria jer muka sbb hari ni dah nak keluar. Happy2... Yang mana kaki sakit dah xheran dah. Yang makan ponsten plak bukan men semangat lagi. Kesan dari semalam belum habis, arini ambil lagi posten. Wahhhh....dahsyattt......

Photobucket

Photobucket

Photobucket

10 pagi lebih, kami memulakan langkah perjalanan keluar selepas selesai mendengar amanat dari Abg Sabri. Kata2 hikmat gi tuu... Dari kem itu, akan ada satu bukit kecil. Kemudian kami akan turun secara perlahan ke tanah landai dan terus keluar.

Photobucket

12.09 tengah hari kami berehat di persimpangan pertama dan terdapat signboard di situ. Kami juga berhenti rehat di sini.

Photobucket

Photobucket

Sejam kemudian, di simpang yang ke dua plak.

Photobucket

Photobucket

Kali ini aku dok group depan bersama2 Farah n Bun yang dah super power selepas menelan ponsten. Abg Sabri pun ader. Actually masa bergerak dari Melantai aku antara yang terakhir. Tapi posisi bertukar selepas berehat di simpang mula2 td. Ada sebabnya. Yang tahu tu tahu lah ye. Hehehe..... Sambil trekking dengar diaorg2 nyanyi. Ceria la kunun, tp yg siut jer, bile pantun, mesti nak pas kat aku. Huh...!!!

Photobucket

Photobucket

Bila terasa jauh jer, kami sempat berhenti berehat. Sambil2 mendengar Abg Sabri bercerita pengalaman hidup dan kerjayanya. Waahhhh.....ader segmen 'Mari Bercerita' gi tu.

Sini yang kelakar ialah masa nak jalan semula. Bukan main berebut2 nak jalan dulu. Kahkahkah....kelakar2.....terbahak2 gelak masa tulis time ni. Hihihi..... Yang kelakar tu sebab situasi dan sebab perkara tersebut kadi demikian.....hahaha....

Photobucket

Kami berehat lama sedikit di Lumbuk Simpon. Di situ merupakan antara port2 popular kalangan pelancong yang datang melancong di Kuala Tahan. Lokasi ini juga antara port turun naik penumpang melalui jalan sungai.

Photobucket

Photobucket

Untuk pengetahuan kawan2 di luar sana, geng yang satu lagi tu, diaorg tidak meneruskan trekking. Sebaliknya mereka menggunakan jalan sungai iaitu dengan menaiki bot. Dari Melantai tu, ada satu lagi trek yang akan menuju ke lokasi bot tersebut. Nama xingat. Haaaaa....... Satu bot, 4 orang bersamaan RM 160. Perjalanan memakan masa 1 jam lebih gak la.

Sambil trekking kedengaran bunyi bot2 yang melalui sungai. Di samping itu, kami juga berselisih dengan beberapa orang pelancong asing. Ini menandakan penghujung trek semakin hampir.

Photobucket

Pada masa itu dah mula ader signboard info burung2 dan tangga berbesi atau aluminium kot. Kurang 15 minit dari Lubuk Simpon, maka sampailah kami di penghujung trail.

Photobucket

Tepat jam 2.30 petang, kumpulan hadapan selamat sampai di pintu gerbang dan diikuti mereka2 yang di belakang. Perasaan gembira tidak terhingga jelas tergambar di wajah masing2. Syukur alhamdulillah..... Paling penting group foto...... Doa di baca tanda bersyukur kepada Illahi kerna merahmati sepanjang xpdc ini.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Step
seterusnya ialah ke Pejabat Taman Negara Kuala Tahan bg proses sampah dan sebagainya. Termasuklah sijil.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Then kami ke bot untuk pergi ke seberang sana dan membuat pengurusan diri di sebuah masjid. Sambil menunggu bas, kami sempat makan dan shopping sikit2.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Bas universiti sampai sekitar jam 6 petang dan kami pun berangkat pulang ke destinasi yang sepatutnya kami tuju. Kami selamat sampai di Melaka pada 7 Feb sekitar jam 3 pagi.

T A H N I A H...!!!
buat semua line up yang telah menjayakan program Menggapai Awan Di Puncak Tahan 2011 dengan jayanya. Apa yang lebih penting apa yang kita dapat sepanjang trip ini.

PENGALAMAN, PERSAUDARAAN & KERJASAMA.
Tiga perkara yang perlu dikaji oleh setiap diri kita. Adakah kita mendalaminya dan memilikinya atau hanya sekadar ingin mencatat nama antara yang pernah sampai di Puncak Tahan. Inilah yang akan mencerminkan diri kita sendiri.

Pada yang lama dalam rekreasi, tidak perlu mendabik dada atas apa yg kita sedia ada. Seharusnya kita menyampaikan dan berterusan menimba ilmu. Ikutlah resam padi tetibakan.

T E R I M A K A S I H
tidak terhingga pada pihak pengurusan UTeM termasuklah Pengawai Pengiring atas sokongan yang diberikan untuk aktiviti ini.

Pada P E N G A R A HAhmad Bino pula, u doing a good jod for this program. Support team seperti WanKetua Gunung KeReX, Abd SalamMantan KeReX dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Tq semua.

PROUD BE MY , YOURSELF & LOVE NATURE

~~~ end ~~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...