28.11.20

Mat Duan Nak Ke Pulau Mawar

Sebelum itu, cer baca whatapps ini....


 Di kedai Belia, "aku tunggu Fitrizan jer on. Kalau On, aku on", kata Hanif.

"Aku on jer tapi Mat Duan la kena kepala. Ni cadangan dia", balas aku.

"Itu la. Mad Duan kena push baru on", kata Hanif lagi.

Mat Duan pun tiba di kedai dan makan. "Kita nak pergi Pulau Mawar lepas ni ker?", tanya Mat Duan sambil menyuap kuteow goreng ke dalam mulut.

"Ha la. Pas makan terus gerak", balas aku dan Hanif.

Hujan masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti. Renyai-renyai. Rancangan ke Pulau Mawar adalah idea Mat Duan. Dia dah ajak dari minggu lepas lagi. Maka, hari ini berpeluang untuk merealisasikannya.

Selesai makan, kami balik dulu untuk membuat persiapan diri seperti kasut terutamanya. Tapi ada jer yang pakai selipar. Kembali berkumpul di port Hanif. Naik kereta Hakim menuju ke Pulau Mawar.

Alhamdulillah....trip sebahagian V7 ini berjalan dengan lancar. Yang penting Mat Duan happy dapat sampai. Pergi hujan renyai-renyai. Balik, hujan lebat. Hahahahaha..... 

27.11.20

Kayuhan Kepenatan

Hujung minggu datang lagi, Aktiviti time PKP ni paling popular sekarang ialah berbasikal. Berdozen-dozen orang up di sosial media. Ada member sini cakap, "kalau kita ni up, nak boleh 10 like pun payah. Tapi kalau Leha up, 3 minit jer dah 20k." Hahahahahaha......

Lokasi berkumpul macam biasa, depan 7E. Jam 7.45 pagi, tayar bergolek. Hari ini kita ada 3 orang rakan baru. Syafik, Zaha dan (kawan mat ju).

Alhamdulillah, cuaca mendung sahaja dan sesekali renyai hujan. Minggu ni kekerapan hujan menjadikan trek lebih mencabar. 

Kayuhan kali ini aku dah cuba push macam kayuhan-kayuhan sebelum ini tapi gagal apabila aku muntah angin beberapa kali. Fikiran sedikit terganggu dek heart rate. Setiap satu kilometer, kedengaran info heart rate sehingga ia mencapai 180bpm. Menjadikan aku slow down. Terus berfikir apa akan terjadi sekiranya ia lebih tinggi. Omg...!!! Membuatkan aku risau terus.

Tapi alhamdulillah, berjaya sehingga habis. Kali ini kami berjaya sampai di Bukit Pondok. Sebenarnya kalau tak sesat, Bukit Pondok itu dekat sahaja. Perjalanan pulang, kami lalu juga lokasi yang kami diserang lebah tempoh hari. Hahahahahaha.......

Ok guys....itu sahaja kayuhan kami minggu ini.

 
Sedang mencari jalan

 

21.11.20

Hujan Renyai-Renyai Pun Kayuh Juga

Hai guys.... Assalamualaikum.... Morning...

Kayuh ke mana? Yes, sepatutnya pagi ini kayuh ke Jemaluang. Tapi gagal lagi kali ke tiga. Pagi ni hujan. Halim mesej beritahu pagi ni cancel. Aku pun ok aja. Sambung tidur. Tapi tetiba semangat datang.

Aku teringat suasana dalam hutan. Pagi dalam khemah. Hujan di luar. Itu memang saat paling susah nak teruskan pendakian. Paling sukar sebab nak packing dalam hujan. Istilahnya time tu orang cakap 'bercinta'. Tapi gogo akan tetap paksa line up kena cergas. Kalau tak, overtime lagi malam ni.

Dari semangat itu, aku pun bangun dan bersiap-siap untuk kayuh juga. Memandangkan lagi 3 orang member tak follow, aku bawa kamera untuk photoshoop. Hujan-hujan pun bawa juga.







13.11.20

Penatnya Kayuhan Petang Ini

Mersing ni kalau nak kayuh, tak ada sangat tempat nak tuju. Balik-balik itulah. Hahahahaha....Tapi takper. Senang tak sakit kepala nak fikir.

Roadbike ni aku tak faham. Kenapa aku kayuh semakin slow. Salah basikal atau aku? Hahahahahaha..... aku naik MTB ok jer.  Aku rasa, basikal ni tak sesuai la dengan aku.

Ini jelah untuk petang ini.


Partner ride



 

6.11.20

Mana Bukit Pondok?

Alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas hari ini.

"Esok tak ada offroad ker?", tanya aku dalam group ERCT. Bincang punya bincang, dapat la 3 ketul lagi yang boleh on esok pagi. Kita ada Payed (budak 4 patnam slowmo), Farid (karbon ungu), Matju (Aloi Hitam Slowmotion) dan Fitri ( bakal karbon).

Lately ni hujan. Esok pagi kompom trek baik punya.

Macam biasa, jam 7.30 pagi tayar bergolek dari depan 7E.




Hari plan nak tawan Bukit Pondok seperti biasa. Ikut laluan sama.

Pagi ni tiada anjing yang menyalak pada rumah pertama tu. Sebelum ni siap kejar lagi. Angin betul. Mungkin pagi ni tuan dia bawa jalan-jalan keluar. Kalau kena kurung, paling tidak mesti ada yang menyalak?......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...