27.8.11

--- sOksek...sOksek---

Pejam celik, pejam celik, dah 21 hari umat Islam menunaikan perintah Allah iaitu Berpuasa di bulan Ramadhan.  Ibadah wajib ini merupakan ibadah ketiga dalam Rukun Islam dan dilaksanakan selama 30 hari, setahun sekali dalam Kalendar Islam. Haaaaa.....ayat aku seolah2 yang baca ni orang bukan Islam.  Hahaha...

Sedar atau tidak juga, dah lama juga aku tidak naik darat.  Last naik darat masa majlis perkahwinan Lyn di Masjid Tanah pada 2 Julai lalu. Haaa...sampailah sekarang dah tak naik.  Kursus pun tak der.  Dalam tempoh itu juga muvie kegemaran aku, H A R R Y P O T T E R tidak dapat aku tengok.  Tapi apa boleh buat.  Takder rejeki.


Kerja-kerja pejabat makin hari makin banyak plak terasa. SAPS la, SSQS la, SMM la dan macam2 lagi. Tapi xder la merungut yang bukan2.  Hahahaha...nama pun kijerkan. So dont soksek...soksek...

19 hingga 21 Julai merupakan antara minggu paling bz dengan keramaian. Kemeriahan Pulau Aur dimulai dengan majlis kesyukuran anjuran PIBG SK Pulau Aur. Besoknya disambung pula dengan majlis makan2 anjuran JKK Pulau Aur. Berpesta makan jer. Tidak tamat di situ, rezeki datang lagi dengan Program Komuniti anjuran RTM Johor. Diaorg berkampung di sini 3 hari 2 malam. Ada ceramah, pertandigan kareoke, mewarna bagi kanak2, sukaneka dan macam2 lagi. Kira xsunyi la minggu tu.

24 Julai, Pulau Aur didatangi oleh selebriti lawak terkenal, Mamat Sepah. Haaa...jangan tak tahu, kedatangannya bukan nak kembungkan perut jer (makan angin), tetapi beliau dan krew-krew produksi sedang membuat dokumentari mengenai pulau-pulau di Mersing ini. Nanti tajuk dokumentarinya 'Xplorasi Pulau-Pulau Mersing'.  Lebih kurang la.

26 Julai.  Haaaa...tahu tak hari apa tu? Heeee....THAT MY BESDAY. I'm 29 year old now. Rasa dah tua sangat. Hahahaha... Malam tu aku belanja kawan2 makan kebab jer. Itu jer yang mampu dan ader kat sini. Terima kasih pada kawan F A C E B  O O K yang tak putus2 wish to me.  Terasa diri ini begitu berharga. Perasan la tu. Haaaa...sentap mak nox.

Esok petang, kami bekerjasama membantu Ustaz Zamri untuk membuat garisan bagi gelanggang bola tampar (klik di sini). Siap buat garisan, terus cat. Xnak tunggu2 dah. Hahaha... Bukannya apa, ada 4 hari ja la gi nak masuk bulan posa. Nanti tak terbuat.

1 Ogos, penyimpan mohor besar Raja-raja Melayu mengumumkan tarikh berpuasa bagi seluruh negeri2 dalam Malaysia. Dengan pengumuman tersebut, maka bermulalah 1 Ramadhan dan terawih pertama. Macam tahun sebelum ini, berbuka dan sahur disediakan oleh Kak Ngah untuk GB dan cikgu-cikgu bujang yang ensem2 dan cute2 ni. Baget la tu...

Puasa tetap puasa, aktiviti riadah still ON. Puasa ketiga, gelanggang bola tampar di rasmi dengan game pertama bersama-sama penduduk kampung. Bukan men seronok lagi haaa...

Bulan Ramadhan, cabaran dan dugaan ditempuhi dengan penuh tabah. Kekurangan taburan hujan di kepulauan Mersing ini menyebabkan bekalan air bersih berkurangan.  Air di hulu makin kurang dan keruh. Hari-hari masak air dan minum air keruh. Nasib baik rumah ader tangki besar di atas sana yang berkongsi dengan sekolah.  Kedai Kak Ngah, sering sahaja putus bekalan air. Namun lately ini, tangki air sekolah di atas juga dah mula kekeringan. Dugaan-dugaan.

11 Ogos, GB menganjurkan majlis berbuka puasa di sekolah. Baget from him too. Tq my GB (dgn nada baget manja...kahkahkah). Majlis dihadiri murid-murid terutamanya guru-guru, ibubapa, Imam dan semualah yang dok Pulau Aur. Haaa...susah sangat nak ingat sorang2 kan. Zasss...

Setiap malam bila ke Masjid Jamek Pulau Aur, aku mesti tengok ke langit. Nak tengok bentuk Bulan samada bentuknya sama dengan kalender Qamari. Ternyata meleset. Bentuknya lebih cepat berbanding kalender Qamari. Mmmm...

Oklah, sebenarnya dalam hati ni dah berkobar2 nak belayar mahu pulang beraya...Hihihihi....zassss.....

22.8.11

--- mAjlis bErbuka pOse kEdai kNgah ---

Malam ke 22 berpuasa, K.Ngah aka Puan Norlila mengadakan majlis berbuka puasa di kedainya. Semua masyarakat dijemput hadir. Tak yah bayar. Makan free... Hihihi... Jom layan pic sepanjang majlis yang serba sederhana tapi meriah... Amin...

Time berbuka dah masuk. Kanak-kanak apa lagi, bukan men laju lagi makan. Takpe2, makanlah sepuas2nya. Hehehe....

Bukan geng bas sekolah, bukan geng surau, tapi geng ketuk2 kuali di bahagian dapur. Hahaha....kaum-kaum hawa yg dari petang td dok bertungkuslumus memasak, sedang makan di bahagian dapur.

Haaa...ini dia org kuat majlis. Kira tulang belakang la. Xder K.Ngah ni memang xjalan la majlis cenggini. Beliau dok kat kaunter memantau mana2 bahagian yang tidak cukup.  Nanti beliau akan cukupkan k. Beliau juga merupakan Ketua Wanita UMNO Pulau Aur ini. Gigih gi tu...

Masyarakat kampung sedang menjamu selera. Tua, muda, besar, kecil semua datang. Musuh atau tidak, datang juga. Bulan2 baik ni kan. Jangan dok dengki2. Kira 0-0 tau. Yang penting M A K A N....sentap mak nox...!!!

Meriahnya kedai K.Ngah... nnt nak dtg lagi lah ke sini. Terasa xnak keluar jer dari pulau.

Pemuda kampung, tonggak masa depan Pulau Aur ini.

Eh...!!! Ni pemuda kampung gak ker? Kacak-kacak jer tengok ni. Hehehe..... Makan jangan xmakan. Kalu xmakan, nnt K.Ngah marah.

I M R A N, permata Pulau Aur yang bakal menyinar kelak. Amin... Nama glamornya Bujang. Kat sekolah pun bijak. Anak sapa la ni kan....hihihi....

Geng dapur dan Tok Jarah. Haaa...Tok Jarah ni merupakan ibu kepada Bos Bluewater. Bos Bluewater tu boleh dikatakan anak jati pulau yang dah berjaya sekarang dan terkaya di kawasan ini. Kalu u all nak pergi Tioman, ferri yang korang naik tu, ferri anak Tok Jarah ni la. Hehehe.... Paling best, Tok Jarah xsegan-segan nak berposing di depan kamera.

Haaaaa...nampak tak, betapa multitasking wanita-wanita pulau. Petang jadi team masak, masa berbuka jd team dapur. Sekarang jadi team basuh pinggan. Teringat pepatah Melayu, Ibu sorang boleh jaga 10 orang anak tapi 10 orang anak itu, belum tentu dapat jaga sorang I B U. Huuu....senday la plak. Touching sangat. Hahaha....

Last sekali, tuan rumah kedarung gak la yang kena habiskan sisa-sisa pinggang mangkuk yang belum di cuci. Standard la kan. Dah la time2 ceng gi tu masalah air. Sabar je lah nox.

Akhir sekali, ucapan TERIMA KASIH kepada tuan rumah kerna menjemput kami anak beranak, sahabat handai ke maslis berbuka ini. Terharu sangat. Nanti kalu ader lagi, jemput la. Haaaa...jgn lupa jemput masa OPEN HOUSE k....zasss.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...