Datang lagi rupanya aku ke Temerloh. Hari tu dah datang selepas beberapa hari kejadian banjir. Kali ni aku datang sebab ada ambil job wedding kat Kg. Awah. Majlis member, Nasrul.
20.2.15
3.1.15
--- Bantuan di Kemaman 2 ---
Hari seterusnya, kami kembali ke Kemaman. Sampai di Kemaman dah malam dan kami tidur di opis Tuan Haji. Masa kami sampai tu, terdapat sebuah lori yang sarat dengan barang bantuan yang bakal diedarkan. Katanya ada 3 truck tapi 2 truck dah menuju ke Kelantan.
03 Jan 2015, jam 8.00 pagi kami dah mula ke base. Hujan renyai-renyai. Kami mula memunggahkan barang turun dari lori untuk proses agihan. Berkotal-kotak air minuman. Selain itu terdapat juga banyak pakaian yang disumbangkan.
Selain dari makanan, terdapat juga bantuan berupa pakaian terpakai. Haaaaaaaaaaa….bab ni macam nak shared sikit la. Masa dok kemas-kemas dan mengelas pakaian, macam-macam jenis pakaian yang dapat. Itu takper tapi cuba korang bayangkan, boxer terpakai pun orang derma.
This is not about condemn bantuan tapi agak-agak la kan. Ada yang bagi baju kebaya sendad, tight terkoyak, seluar budak yang getah dah longgar dan macam-macam lagi. Termasuk pakaian dalam wanita. Korang sendiri rasa macam mana? Nak hulurkan bantuan pun molek-molek la. Kan Nabi bagitau, kalu nak bagi hadiah tu, bagi sesuatu yang kita sendiri suka dan sayang. Bukannya bagi kain buruk. Sabor je lah.