Perkongsian…!!!
Jangan selalu bertanya pada gogo or guide tentang masa dan jarak perjalanan. Boleh mental. Tanya sekali jer. Pastu jangan tanya lagi. Selalunya jawapan yang pertama jer betul. Next tu dah kurang betul Kita boleh mental sebab kita akan mengira. Tetiba tak sampai. Then, tanya lagi. Guide mula la bagi jawapan sebatang rokok la, turun naik la….bla…bla….bla…. hihihi…… just sharing jer.
25 Oktober 2014, selamat pagi semua. Yeaaaaay…! Hari ni dah nak keluar hutan. Seronok la tu. mesti tak sabarkan. Pagi ni kelihatan agak leisure masing-masing. Maklum la hari ni akan terus keluar. Kata Nas, nak buat rekod peribadi keluar siang. Sebelum ni, semua tripnya keluar malam. Hihihihi…..
Pagi ni, ruang dapur dibantu oleh sweeper kita iaitu saudara Arep. Kata Arep, trip-trip sebelum ni, memang dia masak. Cuma bila follow trip orang ni, dia rasa malas. Mungkin motif statement tu nak bagitau dia pandai masak. Eh…!
Breakfast siap…!
Sedang seronok memasak, gulai untuk lunch tertumpah. Kejadian sebenar yang berlaku tidak pasti sebab aku tak perasan that time. Hihihi….. Sayang…… Takper, bukan rejeki.