21.12.15

--- Mendaki Gunung Baling 2 ---

Ni sambungan yang tadi. Lama gak lepak umah Wan. Dalam jam 1 lebih, Rais dan Daus sampai. Kami pun bagi la direction semua bagai agar sampai ke rumah Wan. Kami makan tengah hari sini. Wan bermurah hati. Boleh solat sekali.

Selesai makan dan pengurusan diri, kami pun packing-packing untuk mendaki. Kami ajak Wan sekali lagi tapi dia menolak dengan baik.

Kami pun bersalaman semua dengan family Wan. Owh....lupa satu perkara. Ada member sorang lagi join secara tidak sengaja. Aku ingat-ingat lupa. Panggil kaptain begitulah. Tapi bukan member aku.

Kami memulakan pendakian bagi menunaikan impian Daus dan Rais. Jam 3 lebih kami menghampiri puncak. Haaaaaaaaaaaaaa........panas jangan cakap la waktu beginikan. Mujur kami bawa payung. Hahahahahaha.....

Kiranya aku dan Am sampai ke puncak Gunung Baling ni dah dua kali. Hahahahahaha....

Dalam keadaan cahaya yang terlalu terang, susah nak buat photoshoot. Aku plak ada silau. Memang aku tak banyak guna dslr. Just melayankan Daus dan Rais jer. Kami sebenarnya rancang hari ini nak naik Gunung Pulai juga tapi rasanya tak sempat. Nextime...


















Nak kata puas mungkin tak puas kot kat atas ni tapi disebabkan panasnya menyebabkan kami tidak lama.

Kami terus turun dan membuat pengurusan diri di masjid. Sambil tu, Daus ada cadangkan nak makan kat satu restoran terkenal kat area sini. Restoran seafood katanya. Kami ok selalu dan google.

Kami sampai di restoran yang digembar-gemburkan dalam laman sosial itu.





Agak lama la hidangan nak siap. Eeeeeeee....... berjam-jam tak siap lagi. Lepas Maghrib, kami bertolak pulang.

Kami selamat tiba di Putrajaya sekitar jam 2.30 pagi. Terima kasih pada semua. Hihihihihi.....

--- Mendaki Gunung Baling ---

Lately ni bukan main meriah lagi trip ke Gunung Baling ni diiklankan di laman-laman sosial oleh penggiat outdoor. Bukan pencinta tapi penggiat. Ada beza tu. Setiap minggu trip. Bilangan satu trip bukan sikit-sikit, mencecah 40 orang. Sebuah bus ekspres tu hanya untuk ke Baling. Memang buat duit la gogo ni. Tapi its ok, aktiviti sihatkan.

Dalam kerancakan trip Gunung Baling tu, aku dan member sedang mencari satu aktiviti ringan. Tak nak la sampai berminggu-minggu pendakian. Daus plak pergi melancong ke Thailand bersama Rais. Bincang punya bincang, aku dan Am terfikir akan Gunung Baling yang tengah viral ni. Apa lagi. ON selalu.

Masa bincang tu, Am ni ingat Baling tu macam KL ke Ipoh jer kot. Jauh kot Baling dari Kuala Lumpur. Jika nak berkereta 2 orang, macam tak berbaloi dari segi costing. Sambil makan malam kat satu restoran apatah, kami secara gamble, akan pergi beli tiket di TBS selepas makan ni. Kalau ada tiket, kita ON. Kalau tak ada, kita lepak jer rumah.

Alhamdulillah, tiket kebetulan ada. Beli dan terus balik untuk kemas barang. Sempat rasanya sebab bas berjalan jam 11.30 malam.

Dari Putrajaya, aku naik ERL menuju ke Bandar Tasik Selatan. Begitu juga Amin. Kami jumpa di TBS. Dalam masa yang sama kami mesej pada Daus. Kata Daus, kita jumpa di Baling.


21 Disember 2015, aku dan Am selamat tiba di Pekan Baling. Sepi.....krik...krik... Kami sampai awal juga la. Sebelum Subuh. Rasanya dalam jam 4 pagi. Aku cakap sama Am, kita check in jer. Tapi Baling ni macam tak ada hotel. Hahahahahahaha.......

Plan seterusnya, kami berjalan menuju ke Masjid Pekan Baling. Sementara menunggu Subuh, kami buat pengurusan diri. Dalam masa yang sama, aku acah-acah mesej dengan seorang rakan ku di sini, Wan. Dia memang orang Baling. Lahir dan membesar di sini.

Kami berjumpa Wan di masjid ini juga apabila kebetulan beliau datang berjemaah di sini. Aku pujuk dia untuk bawa kami naik gunung. Aku dan Am memang tak tahu trek sebab ini pertama kali. Jika kami firstime itu perkara biasa, rupa-rupanya, Wan juga tidak pernah mendaki gunung tersebut. Hahahahahahahahahahahahahaha.....

Ok....bagi mereka yang tidak pernah datang ke Pekan Baling ini, Gunung Baling ini betul-betul berada di pekan ini. Serius. Aku pernah datang pekan ni, cuma masa tu gunung ni belum viral. Aku nampak jer puncak Gunung Baling ni.

Setelah puas pujuk, Wan pun setuju. Beliau balik untuk tukar pakaian yang lebih sesuai. Kemudian kami sarapan dahulu di pekan ni. Wan bawa kami ke kedai nasi lemak bungkus paling sedap. Owh....selain wan, ada jer beberapa rakan lain kat Baling tu, cuma mereka tak free that time. Selain itu, menurut Wan, sejak Gunung Baling ni viral, pekan Baling semakin meriah pada hujung minggu. Setiap minggu, orang dan kumpulan datang untuk mendaki. Ini menambahkan lagi sumber ekonomi peniaga-peniaga sekitar. Alhamdulillah.

Tanpa membuang masa, selesai sarapan, kami pun cergas. Setelah mendapat info secukupnya dari ayah beliau tentang pintu rimba, Wan pun membawa kami. Parking di sebelah sebuah rumah di bawah pokok manggis yang ada di situ. Menurut Wan, itu rumah bekas gurunya. Hihihihi...

Baiklah....kami pun berjalan masuk. Awal dah jumpa pacak. Trek agak licin. Berhati-hati ok.





Buka GPS ker?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...