*sekiranya ada gambar yang ingin dipadam, sila pm
Hai...Hai...Hai....!!! Assalamualaikum semua para sahabat-sahabat. Terima aksih kerana melayari entry aku.
Kali ini kita ke air terjun. Yes...Lagi air terjun.....dan lagi. Hihihihi..... Air terjun kali ini terletak dalam daerah Dungun, Terengganu.
Aku parking kereta di rumah Labu. Jam 3 pagi Zizi Kirana datang ke rumah Labu. Kami pun bersiap-siap. Asalnya nak naik kereta Labu jer. Tapi bila adjust-adjust macam tak muat pula. Maka terpaksa 2 kereta. Zizi sukarela drive keretanya. Hihihihi...... Dia pun macam on jer. Maka bergerak kami berlima menuju ke destinasi.
Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam. Kami solat Subuh di exit Tol Paka. Then meneruskan perjalanan menuju ke meeting point iaitu Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu. Ni tanah rancangan rasanya. Saja meneka. Semasa aku tiba di sini aku rasa seperti pernah datang. Cuma tak ingat untuk trip gunung apa. Takper. Nanti kalau aku dah remember, aku tulis okay.
Dalam chat suddenly gogo tag lokasi baru. Hmmmmm....... Aku dan Zizi hampir terlajak ke sempadan Thailand. Mujur sempat sedar. Kami berpatah balik dan jumpa lokasi baru. Dah la time ni sarapan pun belum. Mujur ada kedai berdekatan dan kami singgah makan terlebih dahulu. Selesai sarapan, kami bergerak ke Masjid Jamek Kampung Jongok Batu. Tak jauh dari kedai makan tersebut.
Gogo panggil untuk briefing jap. Line up memang tak kenallah kecuali seorang iaitu Adi kot nama dia. Tak ingat pernah trip apa. Untuk aku memang tak kenal. Ni semua generasi muda-muda. Kita dah generasi hujung nyawa. Eh...!!! Hahahahaha.....
Trip ini dikendalikan oleh PROJEK IKIGAI ENTERPRISE.
 |
| Masjid Jamek Kampung Jongok Batu |
 |
| Taklimat |