29.1.18

--- Bromo Motocross 2018 epi 3.1 ---

Anda mahu lagi? Yeaaaaa.........

Bagi menjadikan trip ini lebih berbaloi, Amir membawa kami melalui laluan yang lebih mencabar. Katanya nak bagi andrelin kami lebih banyak dirembeskan. Maka berdesuplah masing-masing dengan motorcross. Aku jer kat belakang bawa slow. Dok belakang pun boleh menyaksikan pelbagai adegan.

Daus seperti dirasuk jembalang Bromo, menunggang tanpa pedoman hingga terbang di udara. Hmmmm.....aku dari jauh boleh nampak. Aku dok fikir Daus jatuh. Rupa-rupanya masih boleh meneruskan tunggangannya.




28.1.18

--- Bromo Motocross 2018 epi 3.0 ---


Tidur nyenyak tak semalam? Oooooo....faham-faham. Takper.

Ada yang mandi tak? Katanya ada yang terjerit-jerit apabila mandi. Atau hanya sekadar lakonan? Hahahahahahahaha....

Selamat pagi guys. Jom gerak tengok matahari terbit. Katanya pemandangan Bromo disimbahi cahaya pagi sangat memukau. Betul ker?

Seawal pagi, kami berkongsi motor menuju ke Coban Pelangi. Tidak kelihatan pelancong Malaysia lain kecuali kami. Mungkin disebabkan bukan musim cuti.






27.1.18

--- Bromo Motocross 2018 epi 2.1 ---

sambung guys....

Kami berhenti berehat sambil layan view selepas beberapa kali diuji ketahanan fizikal. Sambil rehat tu, boleh la setting-setting mana yang longgar. Masa ni motor Amir ada sedikit kerosakkan untuk entah ke berapa kali.


Man acah-acah tau


Langsung tidak mengecewakan

--- Bromo Motocross 2018 epi 2.0 --


Selamat pagi guys..... Bergilir-gilir buat pengurusan diri. Packing beg mengikut apa yang telah diberitahu dalam group tempoh hari. Bawa barang yang dirasakan perlu untuk bermalam di Bromo 1 malam sahaja. Selebihnya akan ditinggalkan di sini.

Beberapa orang termasuk aku dibawa ke tempat motorcross. Ok gak pergi awal sebab boleh pilih motor dulu. Hihihi... Ingatkan kami yang awal, rupa-rupanya, semalam lagi dah ada orang booking. Hahahahahaha..... Abang motorcross tu siap beritahu....ini....ini....ini....itu....itu...dah ada orang bang. Yang lain belum. Hikhikhikhik....
.


26.1.18

--- Bromo Motocross 2018 epi 1--

Aktiviti ini menjadi pembuka kepada tahun 2018. Klise punya statement. Aktiviti ini juga membuatkan aku terpaksa melepaskan peluang ke Ujian Kepimpinan Manikayu 3.2. Itu merupakan final test. Katanya dulu nak buat bulan Disember tapi tunda ke Januari. Sama pula tarikh dengan trip ni. Tiket pun dah beli lama sudah. Nak tak nak, ON je lah. Tapi sayang la yang Manikayu tu. Huhuhuhu...

Ok...flight kami sekitar jam 0855. Sebahagian line up dah bertolak semalam termasuklah Amir. Pagi ni aku, Man Klate, Daus dan Wan. Ada lgi sebenarnya pagi ni cuma disebabkan tak kenal maka tak tahu dalam flight tu siapa geng motocross.

Penerbangan mengambil masa 2 jam 40 minit lebih kurang. Alhamdulillah selamat sampai. Tapi penerbangan agak bergoyang di udara. Aduuuuhhhhh...... Masa nak landing pun flight ambil masa. 2 3 kali buat pusingan di udara. Nampak 2 lagi flight di udara yang still buat pusingan. Aku siap terfikir yang itu flight perang yang akan menembak flight kami. Hahahahahahaha....punya la out of thinking aku ni. Hahahahahahhahaha....






Mesej awek la tewww


Untuk penggunaan telekomunikasi di Surabaya, aku guna pakai semula kartu yang lalu, Kerinci Trip. Baki internetnya masih dalam 400Mb. Cukup la kot.

Sebaik sahaja tiba di lapangan terbang antarabangsa Juanda, aku dapat mesej dari Amir tentang lokasi pertemuan iaitu Warung Cak Mat berdekatan dengan KFC.

Last trip bersama ORA atau Amir ialah Bah Gading. Kata Amir, ada seorang member tertinggal flight. So beliau mohon jasa baik kami untuk sama-sama tunggu beliau. 2 jam lebih kena menunggu flight berikutnya.

Man Klate : Ada password tak?
Cak Mat : Tak pandai
Man Klate : Password gapo?
Cak Mat : Tak pandai
Man Klate : Password gapo?
Cak Mat : Tak pandai

Akhirnya ada seorang lagi pekerja Cak Mat berkata, "passwordnya ialah takpandai".

Man pun yang qoyak klate siapa suruh. Pekat sangat klate nyo. Hahahahaha....tergelak-gelak kami.



Buat rakan-rakan, trip kami ini turut disertai oleh Dato' Alif, Terlajak Laris.

Hampir 3 jam lebih kami menunggu, akhirnya teman yang ketinggalan itu pun tiba. Tanpa membuang masa, kami pun menaiki van dan menuju ke homestay di Kota Malang. Homestay tu di Jalan Kadaka. Perjalanan yang ditempuhi mengambil masa lebih dari 3 jam dengan macek segala. Hmmmm....



Tak ingat jam berapa sampai, kami terus ke kedai Eiger di Malang. Kemudian terus ke homestay. Masing-masing dah keletihan. Keletihan menunggu dan perjalanan yang jauh.

Sedang kami membuat pengurusan diri, Amir setup untuk makan malam. Bungkus jer. Nak makan luar pun dah tak larat. Amir juga setting motor untuk esok.

Lewat malam sikit, kami lepak di cafe. Sini memang terkenal dengan kopi. Macam-macam kopi. Nama cafe tersebut ialah Kopja atau Kopi Jalanan. Tidak jauh dari homestay. 2 3 langkah jer sebab cafe tu satu lorang dengan homestay.

Sepanjang kami disitu, kami dihiburkan dengan live band. Sedap-sedap suara penyanyi live band nya. Cafe ini juga nice. Ala-ala hipster. Sesuai dengan generasi sekarang. Korang juga boleh layari ig mereka di kopja_kopijalanan.


Aku dan Man cuba try kopi signaturenya iaitu Kopi Jalanan. Hahahahaha....Man tak leh g katanya. Aku pun masa mula-mula, rasa lain macam kopinya. Terus terfikir, adakah ada campuran alkohol? Hahahahahahahaha......

Kami pulang untuk berehat. Sambung esok ok di Bromo Motorcross epi 2.

13.1.18

--- Hari Ke Tiga Berturut-Turut Hujan ---

2 3 hari ni memang semua orang risau akan keselamatan berikutan hujan dah masuk hari ke tiga. Malah teman di Pulau Aur juga selalu mesej bertanyakan keadaan di Mersing ini. Sehingga jam 12 tengah malam pun, di dalam group bertanyakan tentang paras air sungai depan taman ni.

Jam 4 pagi aku terjaga. Seorang teman menelefon bertanyakan keadaan banjir. Aku cakap semuanya ok 'kot'. That what I'm thinking. Bukan la mustahil taman ni banjir, cuma mungkin lambat sikit.

Di luar sana hujan masih lagi lebat. Aku sedikit risau juga apabila semua orang risau. Hahahahaha.... Selesai solat 2 rakaat, aku keluar naik kereta untuk meninjau sungai di hadapan. Ok jer paras airnya. Korang tahu tak depan taman tu? Jalan Indah 1. Hahahahahaha....

Aku meneruskan lagi rondaan hingga ke depan PPD Mersing. Dari jauh kelihatan seorang petugas JKR sedang bertugas memberi arahan agar kereta di minta berpusing dan ambil laluan alternatif jika mahu ke JB. So di situ faham la bahawa jalan di depan sana tidak boleh dilalui. Aku juga kena buat U-turn.

Sekitar jam 9.30 pagi... Hujan masih tidak berhenti. Macam biasa, aku naik motor dan bawa kamera meninjau beberapa kawasan. Jalan belakang taman sudah dinaiki air tapi tidak sedalam yang pertama banjir.


Team bomba turut buat rondaan di kawasan taman kami. Dia orang turut ke jalan belakang taman untuk melihat sendiri kedalaman air.





Seterusnya aku meredah banjir ke jejantas SMK Anjung Batu. Paras air dah surut, Banyak kenderaan yang boleh melaluinya.








Ok...dapat mesej yang jalan Nitar - Mersing dinaiki air. Aku pun lanjutkan rondaan ke sana. Kelihatan kereta ronda polis dengan 3 orang anggota sedang membuat tinjauan. Tinjauan macam aku kot. Hahahahahaha....

Kelihatannya jalan tersebut boleh dilalui. Tapi ada yang tidak yakin yang masih menunggu air surut. Motor aku boleh jer lalu. Hihihihihihihihi....

Tapi aku rasa masa awal pagi tadi mungkin lagi dalam rasanya.







Tamat laporan hingga jam 1123.

12.1.18

--- Jalan Telok Arong Di Tutup ---

Jika pagi tadi jalan ini hanya ditutup satu lorong sahaja dan masih boleh dilalui, tapi lewat petang, dapat mesej dalam group menyatakan yang jalan tersebut ditutup sepenuhnya.

Hmmmm...mungkin tanah runtuh semakin banyak kot. Kita doakan yang baik-baik ok.


--- Hujan Melebihi 24 jam ---

Hari ni dah masuk hari kedua hujan tanpa henti di Mersing. Walaupun tidak lebat seperti haritu tapi kegusaran untuk banjir lagi sekali sangat tinggi apabila hujan turun sudah melepasi 24 jam.

Katanya pusat pemindahan telah dibuka kembali seperti SK Air Papan.

Pagi ini, dalam keadaan hujan yang masih turun, aku sarung baju hujan dan bermotor menuju ke beberapa lokasi. First sekalinya ke jalan belakang taman dan sungai depan taman. Dalam group taman asyik kerisauan air naik. Hasil tinjauan, ok jer paras air. Jalan belakang taman pun belum sepenuhnya dinaiki air.

Seterusnya aku ke tepi pantai berdekatan dengan mahkota johor tu.








Seterusnya ke Jalan Makam. Nak pergi breakfast kat Nasi Dagang Warisan Kak Ju. Hujan makin lebat.

Selesai breakfast, menuju pula ke Air Papan.

Sekali sekala kelihatan kenderaan bomba, JKR dan APM lalu lalang. Samada membuat rondaan atau yang bertugas di pusat-pusat pemindahan.



Paras air sungai masih ok


Sepanjang melalui jalan Air Papan tu tengok kiri kanan, rumah-rumah masih belum ditenggelami air. Alhamdulillah... Cuma yang dekat dengan sungai dan masjid tu jer. Air sungai dah melimpah.

Singgah sekejap di SK Air Papan. Saja nak tengok situasi pusat penempatan. Nampak lengang sahaja. Tak ramai mangsa. Nak juga tanya-tanya guard tapi nanti dia tanya kita siapa pulakan. Takkan wartawan naik motor dan berseluar pendek. Hahahahaha.....

Owh...sebelum ke SK Tanah Abang, aku singgah sebentar di Pantai Air Papan. Saja rindukan laut. Laut Pulau Aur. Huhuhuhuhu.....

Eh...! Aku macam kenal la Honda tu? Aku tidak cuba mendekati kerana....kerana...kerana..... Hmmmm...mungkin salah kereta kot. Tapi nombor plat is familiar. QSR jer yang aku familiar. Nombor aku tak ingat. Ok...snap dulu sebagai bukti. Hahahahahaha...


Dalam whatsapp Radio Amatur melaporkan kejadian tanah runtuh di Jalan Telok Arong. Dah tak jauh dari sini. Why not pergi tengok sekejap. Hahahahaha.....


Hah...! Kelihatan lori TETO di situ. Aku pun ambil gambar sikit-sikit. Driver tanya, "nak buat viral ker bang?". Aku jawab,"laporan untuk unit khas negara".  Aku berlalu pergi sebelum dia tanya macam-macam. Hahahahaaha...




Ok....nak balik sebab solat Jumaat dah nak dekat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...