Showing posts with label Berbasikal. Show all posts
Showing posts with label Berbasikal. Show all posts

15.1.21

PKP On Berbasikal

Rasanya dah sebulan lebih aku tak berbasikal. Ada la masalah tertentu yang membuatkan aku tidak berbasikal. Boleg rujuk entry yang sebelum ini ok.

Ni PKP 2.0 hari yang ke 3. PM kata berbasikal boleh tapi tak boleh berkumpulan ramai-ramai. Aku punya emosi pun lately ni dah semakin stabil. So why not berbasikalkan. Destinasi sama jer iaitu ke Air Papan. Dalam mode PKP tidak boleh pergi lebih dari 10 km walaupun rumah aku ke situ sebenarnya dah lebih.

Alhamdulillah, polis pun belum bertegas.

Suasana di sini sepi. Tapi suasana agak lain berikutan hujan lebat berhari-hari dan air pasang besar. Banyak pasir dan sampah naik ke darat. Sampah-sampah adalah dari manusia. Laut cuma kasi balik jer. Dia pun tak nak.

Keadaan banjir di Mersing pun rasanya dan semakin pulih. Alhamdulillah.

Berikutan MTB masuk bengkel, bawa RB pagi ini.

Dalam berbasikal ni, aku mula dengan solo. Kemudian ada partner, Halim. Terbeli RB pun sebab Halim. Pastu berjinak-jinak dengan off-road dengan Mat Ju, Akram, Payed, Farid, dan ramai lagi. Tahun ni Halim pun dah pindah ke Kelantan maka ride RB sorang-sorang je lah. Hihihihi......in shaa Allah nanti ada geng baru.



27.11.20

Kayuhan Kepenatan

Hujung minggu datang lagi, Aktiviti time PKP ni paling popular sekarang ialah berbasikal. Berdozen-dozen orang up di sosial media. Ada member sini cakap, "kalau kita ni up, nak boleh 10 like pun payah. Tapi kalau Leha up, 3 minit jer dah 20k." Hahahahahaha......

Lokasi berkumpul macam biasa, depan 7E. Jam 7.45 pagi, tayar bergolek. Hari ini kita ada 3 orang rakan baru. Syafik, Zaha dan (kawan mat ju).

Alhamdulillah, cuaca mendung sahaja dan sesekali renyai hujan. Minggu ni kekerapan hujan menjadikan trek lebih mencabar. 

Kayuhan kali ini aku dah cuba push macam kayuhan-kayuhan sebelum ini tapi gagal apabila aku muntah angin beberapa kali. Fikiran sedikit terganggu dek heart rate. Setiap satu kilometer, kedengaran info heart rate sehingga ia mencapai 180bpm. Menjadikan aku slow down. Terus berfikir apa akan terjadi sekiranya ia lebih tinggi. Omg...!!! Membuatkan aku risau terus.

Tapi alhamdulillah, berjaya sehingga habis. Kali ini kami berjaya sampai di Bukit Pondok. Sebenarnya kalau tak sesat, Bukit Pondok itu dekat sahaja. Perjalanan pulang, kami lalu juga lokasi yang kami diserang lebah tempoh hari. Hahahahahaha.......

Ok guys....itu sahaja kayuhan kami minggu ini.

 
Sedang mencari jalan

 

21.11.20

Hujan Renyai-Renyai Pun Kayuh Juga

Hai guys.... Assalamualaikum.... Morning...

Kayuh ke mana? Yes, sepatutnya pagi ini kayuh ke Jemaluang. Tapi gagal lagi kali ke tiga. Pagi ni hujan. Halim mesej beritahu pagi ni cancel. Aku pun ok aja. Sambung tidur. Tapi tetiba semangat datang.

Aku teringat suasana dalam hutan. Pagi dalam khemah. Hujan di luar. Itu memang saat paling susah nak teruskan pendakian. Paling sukar sebab nak packing dalam hujan. Istilahnya time tu orang cakap 'bercinta'. Tapi gogo akan tetap paksa line up kena cergas. Kalau tak, overtime lagi malam ni.

Dari semangat itu, aku pun bangun dan bersiap-siap untuk kayuh juga. Memandangkan lagi 3 orang member tak follow, aku bawa kamera untuk photoshoop. Hujan-hujan pun bawa juga.







13.11.20

Penatnya Kayuhan Petang Ini

Mersing ni kalau nak kayuh, tak ada sangat tempat nak tuju. Balik-balik itulah. Hahahahaha....Tapi takper. Senang tak sakit kepala nak fikir.

Roadbike ni aku tak faham. Kenapa aku kayuh semakin slow. Salah basikal atau aku? Hahahahahaha..... aku naik MTB ok jer.  Aku rasa, basikal ni tak sesuai la dengan aku.

Ini jelah untuk petang ini.


Partner ride



 

6.11.20

Mana Bukit Pondok?

Alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas hari ini.

"Esok tak ada offroad ker?", tanya aku dalam group ERCT. Bincang punya bincang, dapat la 3 ketul lagi yang boleh on esok pagi. Kita ada Payed (budak 4 patnam slowmo), Farid (karbon ungu), Matju (Aloi Hitam Slowmotion) dan Fitri ( bakal karbon).

Lately ni hujan. Esok pagi kompom trek baik punya.

Macam biasa, jam 7.30 pagi tayar bergolek dari depan 7E.




Hari plan nak tawan Bukit Pondok seperti biasa. Ikut laluan sama.

Pagi ni tiada anjing yang menyalak pada rumah pertama tu. Sebelum ni siap kejar lagi. Angin betul. Mungkin pagi ni tuan dia bawa jalan-jalan keluar. Kalau kena kurung, paling tidak mesti ada yang menyalak?......

29.10.20

Firstime Offroad bersama MTB

#mrct #mersing #mountainbike #bukitpondok

Ok, hasrat untuk offroad tertunai kali ini.

Jam 7.30 pagi mula berkumpul di depan 7E, Bangunan MARA. Bertentangan dengan Timotel Hotel. Dapat juga join bersama tean MRCT.

Jam 8.00 pagi, kami mula kayuh. Tunggu orang itu, tunggu orang ini....tak sampai-sampai. Hahahahaha......


16.10.20

Kayuh ke Jemaluang

Kelmarin dah kayuh 10 km lebih. Pastu plan nak ride lagi pada hari Sabtu ke Penyabung.

Tapi disebabkan Sabtu aku ada plan lain, terpaksa cancel. Halim kata ok. Kebetulan plak dalam group ada post kata nak kayuh ke Jemaluang pada pagi Jumaat, aku terus on.

Kenapa terus on? Sebab ini peluang. Kalau nak kayuh sorang-sorang mungkin tak sampai. Jemaluang ni bagi aku memang jauh la. Tak pernah terfikir nak kayuh ke sana. Tapi selepas aku sampai, rupa-rupanya tak jauh mana pun. Hahahahahaha.....

Alhamdulillah...selamat sampai. Siap ada tasik. Berbaloi. Pergi balik 44.1 km.

12.10.20

Track Baru

Macam biasa, Halim akan mesej ajak ride. Katanya petang ni ada group. Wow...... Rupa-rupanya ustaz Ali seorang jer. Cis....Petang ni ada track baru iaitu menuju ke loji air. Dalam 12 km sehala.







18.7.20

Berbasikal Ke Air Papan Dengan Raj

Bersama Halim, Mat Ju, Farid dan Raj.

Berkumpul di depan 7E




Basikal Farid. Baru beli.

Mat Ju punya basikal

Balik, singgah di kedai basikal



3.7.20

Member Testing Basikal Baru

Macam biasa jer pagi ini. Destinasi ke Pantai Air Papan jer. Kelainannya cuma ada member baru. Dia baru beli basikal. Beli online katanya. Satu lagi demi kesihatan dalaman katanya lagi.

Aku ni jenis tepati masa dan mula awal pagi. Kebiasaan aku akan mula berbasikal sebelum jam 6.45 pagi. Lebih dari tu memang aku takkan berbasikal. Panassssss.....!!! Sesekali jer bertoleransi kalau member request jam 7 pagi.

Pagi ni, aku cakap kat U, jam 6.30 I gerak from rumah. Tunggu tepi jalan. Jumpa sana jer.

Seperti yang dijanjikan, aku dah sampai dan tunggu depan JPJ. Mana U ni? Aku laju jer mesej. Kurang 10 minit, U pun muncul. I tanya, why lambat? U say, baru nak pam tayar.

Ok....jalan terus. Untuk berbasikal pagi ni, aku akan bawa U ke Air Papan. Aku bawa lalu jalan yang dekat sikit. Tepi pantai. Slow-slow jer kayuh. Lebih slow dari slow. Kena raikan U. U kan baru nak berjinak-jinak. Jangan patahkan semangat beliau.




Rileks kat pantai tak lama. Kami berpatah balik da singgah makan di kedai Nasi Dagang Warisan Kak Ju. Post biasa. Dulu masa belum berbasikal, rajin juga datang sini tapi dengan motor. Hihihihi.....

Keseluruhan berbasikal pagi ini ialah 30.8 km dengan mengambil masa 2 jam 06 saat. Elevation 155 m.

29.2.20

--- Fun Ride ---


Hey guys out there.... Tengah buat apa hujung minggu?

Ok, minggu ni aku ada sertai fun ride sikit kat Kuantan. Ni member aku si Labu yang ajak. Tahun lepas register. Sedikit tak sihat tapi join juga. Mungkin dengan aktifkan diri dapat mengurangkan masalah kesihatan.

Ride ni anjuran UIA Kuantan. Ada 3 kategori; 72km, 200km dan 1200km. 72km adalah kategori fun ride.

Bagi kategori fun ni, routenya adalah dari UIA Kuantan ke UIA Gambang. Then patah balik ke UIA Kuantan. Crowd boleh nampak ramai juga. Flag off  jam 7.15 pagi dan kami pun berlepas.

Masa pergi aku macam sukses tapi masa balik aku pancit. Labu pun dah jauh meninggalkan aku. Arghhhh....!!! Rasa dah tak larat. Ride ni menggabungkan MTB dan RB. RB kita tolak tepi la sebab memang dah laju. Aku notice kebanyakkan MTB mereka ni bersaiz besar. No wonder la mereka boleh laju. Anggapan aku la. Hahahahahaha.... Tayar MTB aku jer kecil. Labu punya MTB pun besar.

Tak faham kenapa masa aku beli dulu macam tak saiz tu? Hahahahahahaha....

Cut off kam 2.00 petang.

Ada cabutan bertuah. Aku tak bertuah tapi Labu ye. Tahniah...!!!









Sekitar jam 1 petang lebih, kami pun balik. Uruskan diri dan rehat. Jam 3 aku akan bergerak balik. Esok kerja.

Labu kata nak follow hingga ke Pekan. Nak makan murtabak viral katanya. Tapi malangnya kedai tutup. Then membawa ke kedai murtabak lain. Hihihi....

Selepas murtabak layan cendol pula. Aku macam dah tak boleh masuk tapi tidak bagi Labu. Katanya dia dah banyak kehilangan tenaga masa cycling tadi. So ini adalah kewajipannya untuk add semula what he lost. OMG...!!! 😓😓😓

Di sini kami berpisah until next activity.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...