Showing posts with label Rugby. Show all posts
Showing posts with label Rugby. Show all posts

5.8.23

--- Kejohanan Ragbi Pahang, OLDBLOKE RC vs EXSAS RC ---

Game seterusnya adalah di antara OLDBLOKE dan EXSAS. Ni sambungan daripada entry sebelum ini di antara JBOK dan PALMYRAS.

Ada orang tanya memang jurufoto khas untuk kejohanan ini ker? Jawapannya tidak. Saya freelance.

Sementara tunggu member siap-siap, aku pun snap sedikit-sedikit perlawanan ini. Buat ada-ada.



--- Kejohanan Ragbi Pahang, JBOK RC vs PALMYRAS RC ---

Game separuh akhir guys.

JBOK itu stand for Jerantut Bandar Orang Kacak. Perghhhhhhh........ Nama nak cache....

Game pertama di antara JBOK bertemu PALMYRAS (nama macam sebuah resort).

Tak mudah game ini. Sama-sama kuat kot. Apa pun tahniah kepada JBOK kerana layak ke akhir.

Satu lagi, aku bukan official photographer game ini. Just hobby.



Sedang berdoa mungkin

24.6.23

--- Final Johor Rugby League, Beringin Rendang RC vs Malay Village People RC ---

Merupakan perlawanan akhir bagi Kejohanan Ragbi Liga Johor 2023. Member ajak datang tengok. So alang-alang tu shoot sekali.

Mereka kata Beringin Rendang RC merupakan team pilihan yang akan memenangi kejohanan ini. Berdasarkan rekod, katanya memang setiap tahun Beringin Rendang RC yang juara.

Oleh itu aku ambil keputusan untuk shoot team yang satu lagi. Team Beringin Rendang RC dah ada jurufoto rasmi. Lensa pun power. 👍👍👍

Alhamdulillah hujan pun dah berhenti ketika perlawanan baru nak bermula.



17.6.23

--- Johor Rugby League, Sajoha Viking RC vs Beringin Rendang RC ---

Perlawanan seterusnya adalah di antara Beringin Rendang RC dan Sajoha Viking RC.




--- Johor Rugby League, PG Ronin RC vs Malay Village People RC ---

Macam kebiasaan, aku bukan official untuk game ini. Kebetulan on the way nak ke KL, ada member beritahu ada game. So singgah sekejap santai-santai.

Masa aku sampai, game separuh masa kedua perlawanan antara PG Ronin RC vs Malay Village People RC

Kebetulan pula dalam team MVPRC tu ada ex SMK Sri Mersing. So why not kan. Hikhikhik.....

Game ni 15 orang satu team. Perghhhh......pening nak fokus. Saiz pemain lagi yang besar-besar. Bola pun dah tak nampak. Satu lagi banyak berlaku 'kejatuhan' (sorry aku tak tahu istilahnya). Mean di sini, baru dapat bola dah kena serang. Jatuh. Berebut. Ulang hingga try. Hahahahaha.......

Berbeza shoot game yang 7s dan 10s untuk murid-murid. Lincah. So senang nak pane camera.

Untuk game ini, jika tak salah dimenangi oleh MVPRC. Tahniah ke perlawanan akhir.

Owh...kualiti gambar agak tak ump sangat sebab aku salah setting. Hahahahaha......🙏🙏🙏


Yang belakang tu jangan sedih sangat

3.6.23

--- Serdang 10s, Part 2---

Ini adalah sambungan dari bahagian 1.

Game terakhir iaitu KPMBP Raven menentang Royal Town Warrior.




--- Serdang 10s ---

Aku bukan official. Ada member kat UPM. Kebetulan pergi sana. Ternampak ada game ragbi, Serdang10s #serdang10s. Keluarkan kamera. Shoot-shoot sikit mana yang patut. Boleh buat content. Hahahahahahahaha..... 

Member aku main under UPSI Eagles.

So layanlah gambar-gambar yang tidak seberapa ini. Untuk video boleh tengok di instagram (akukahtuah) dan TikTok (aefitbentuah).


28.5.23

--- Lions Rugby 10s ---

Aku bukan official photographer bagi kejohanan UiTM 10s ini. Aku saja singgah jumpa dengan member. Terpandang pula ada game ragbi. Maka sambil-sambil tu aku shoot beberapa keping buat ada-ada jer. Boleh buat content. Hihihihi......

Disertai oleh seluruh cawangan UiTM dalam Malaysia. Namun begitu ada yang tidak sertai seperti Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Tekaan aku lagi, game ni juga bersempena Majlis Konvokesyen UiTM kali ke ............... (aku tidak tahu).

Gambar-gambar adalah secara random yer. Tak select mana-mana team. (Actually fokus pada UiTM Permatang Pauh). Tapi boleh pula terfokus pada game UiTM Dungun, Puncak Alam dan Shah Alam.




3.9.22

--- MSSM Latihan Team Johor ---

Ini merupakan latihan bersama-sama di padang yang terahir sebelum game sebenar bermula esok petang. Aku berkesempatan usha-usha dari luar pagar. Saja nak lihat kechemestrian dia orang dalam team. Kalau tak ngam nanti nak shoot susah. Tak ada mode. Selain itu aku saja nak kena kenal potensi player-player supaya atas padang nanti dah boleh aim. Aku bukan kenal semua. Yang aku kenal 3 orang pemain Mersing dan beberapa orang. Mudah kerja jurufoto.






2.8.22

--- Penyampaian Hadiah dan Penutup National Rugby Development Program (NRDP) ---

Kita sampai ke penghujungnya. Majlis penyampaian hadiah kepada semua para pemain. Semua pemain yer. Bukan yang menang jer dapat hadiah. Hahahahahaha....

Apa pun, tahniah kepada pemenang. Setiap player telah membuat yang terbaik. Mana ada orang nak kalah. Ada pepatah, "kita kalah bukan kerana kita lemah tetapi lawan kita yang kuat sedikit"......hahahahahaha...... Begitulah sebaliknya iaitu "jika kita menang bukan kerana kita kuat tetapi lawan kita yang kuat yang meransang kita untuk lebih berusaha"....... Boleh tak pepatah macam tu? Hihihihihi.....

Tidak dilupakan tahniah kepada semua tenaga kerja teknikal.





1.8.22

--- National Rugby Development Program (NRDP), Final Game HSBP Highlanders vs SSTMI ---

Perlawanan terakhir bagi zon selatan ini antara HSBP Highlanders vs SSTMI.

Nak beritahu, hari memang panas. Ya Allah....orang utara cakap panaih lit lit.......... Tapi aku orang utara pun tak cakap lit lit. Hahahahahaha.....

Cuaca yang panas juga mungkin menjadi antara punca ramai player yang tumbang hari ini. Apa pun kita cuba selesai game terakhir ini sebaik mungkin. Berdoa.




--- National Rugby Development Program (NRDP), Sri Mersing B17 vs MOZAC ---

MOZAC ni team apa? Macam nama muzik mat salleh kan. Hahahahahahaha....... MOZAC ni ialah Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka. Datang mana MOZAC tu? Hmmmmm........ Google je lah. Aku cari gak tapi tak jumpa sejarahnya.

Takpa. Biarkan sejarah itu. Berbalik kepada game seterusnya, Sri Mersing bertemu dengan MOZAC. Dalam game ini seorang player kita injured sehingga terpaksa dibawa ke hospital.

Senior menyampaikan harapan



31.7.22

--- National Rugby Development Program (NRDP), Sri Mersing B15 vs SMK Telok Mas, HSBP Highlanders dan JB EC ---

Berikut adalah beberapa perlawanan yang menemukan Sri Mersing dengan SMK Telok Mas, HSBP Highlanders dan JB English College.



Kata-kata semangat



Fisio yang tidak pernah mengecewakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...