22.12.17

--- Meraikan Pegawai Bersara Di Karimun Besar, Epi 2 ---

Morning guys... Apa khabar orang Malaysia? Tengah kerja ke tu? Hahahahahaha..... Ops...!!! Hari Jumaatkan cuti.

Aku bangun awal sedikit. Saja nak ambil street photoshoot.

Breakfast telah disediakan di hotel pada jam 8 pagi waktu Malaysia. Menu sarapan biasa-biasa jer.









21.12.17

--- Meraikan Pegawai Bersara Di Karimun Besar, Epi 1 ---

Aku pernah plan nak ke Karimun ni 2 tahun lepas. Masa tu plan samada nak ke Batam atau Karimun. Hanya plan je la. Tak ingat kenapa tak jadi. Masa plan tu, ada buat research melalui google. Tapi dapatannya kurang meyakinkan dan tidak wow untuk menguatkan lagi trip. Mungkin itu antara sebab tak jadi kot. Hahahahaha.....

Kebanyakkan info yang dapat tentang Karimun Besar ialah lebih kepada shopping dan makan jer.

Untuk trip ini, Haji Ishak sebagai gogo sangat proaktif untuk menjayakan trip. Kami mula berkumpul di jeti sekitar jam 8 pagi. Kereta dicadangkan parking di SMK Kukup dan SJKC Ken Boon.

Aku tiba di Pontian sekitar jam 3 pagi. Lepak di Dataran Di Raja. Tidur di Masjid Jamek Bandar Pontian. Selesai Subuh dan sempat jogging dalam 30 minit di dataran, aku pun bergerak menuju ke SMK Kukup untuk parking. My KU, Encik Azmi, mesej ajak breakfast dulu. Katanya kedai terbaik di situ. Bersama breakfast pagi itu ialah En. Hairol dan Tuan Haji Kamarudin (KU Kokurikulum, JPN). Aku tertanya juga, siapa yang bersara ni? Takkan Tuan Haji Kamarudin? Hahahahahaha....

Haji Ishak datang pick up kami di SMK Kukup. Kebanyakannya dah berkumpul di lobi jeti.








Jam 10 pagi feri kami bergerak. Team kami diberi peluang duduk di tingkat 3 feri. Berdekatan dengan kokpit. Layanan istimewa katanya. Terima kasih kepada pihak feri Tuah 1.




10.12.17

--- UTeM Hammock Gathering ---

Cuba teka kali ke berapa acara ber HAMMOCK ni telah diadakan oleh KeReX sejak ia ditubuhkan? Mmmmmmm....tak ingat ek? Hahahahaha....bukan tak ingat tapi TAK TAHU. Aku pun tak tahu sebab aku tak pernah join. Hihihihi....

Apa pun, ianya adalah aktiviti yang sihat yang berterusan diadakan sejak dari zaman-zaman senior.

Gathering HAMMOCK kini kembali lagi. All detail baca dalam poster yang telah diedarkan ini. Aktiviti ni simple jer guys. Its just having time with friends...chit chat....gantung hammock...tidur dalam hammock. Esok pagi dia orang buat sedikit khidmat masyarakat iaitu membersihkan kawasan pantai.

Gathering kali ini telah disertai oleh ___ orang pelajar UTeM. Selain itu, senior KeReX juga turut menyertai aktiviti ini. Mereka punya spirit of KeReX tu sampaikan cannot move on la walaupun dah berkeluarga. Hahahahaha.....

Semua peserta mula berkumpul di Pantai Puteri sejak petang Jumaat 8 Disember. Malamnya diadakan barbeku. Tak ramai yang stay ber hemmock pada kali ini. Tapi ramai yang datang join hingga habis berbabeku.

Program ini turut menarik minat dari ipta luar iaitu dari UNITEN. Mereka terdiri dari 5 orang yang mewakili kelab mereka yang dikenali sebagai Karen Kembara Rekrasi Uniten. Walaupun tak join secara full time but its a positive started. Ini hasil friendship masa program delegasi baru-baru ini.

Owh...lupa nak mention. Program kali ini dipengerusikan oleh Ayid. Which one is Ayid? Hahahahaahhahahahaahaha....

Prgram UTeM Hammock Gathering ini adalah gabungan daripada KeReX, SRM UTeM, UTeM Runner Orienteers Club (UROC) dan GPMS.




Meriah



4.12.17

--- Trip Minum Kopi Di Ho Chi Minh, epi 2 ---

Kembali ke Episod 1

Morning guysss.....

Dalam episod 1, ada tak aku bagitau tentang perbezaan waktu? Owh....I'm sorry guyssss. FYI, beza waktu antara Malaysia dengan Vietnam ialah 1 jam. Vietnam sejam dahulu menerima cahaya matahari.

Selain itu, pastinya ada juga yang tertanya-tanya, di mana kisah trip mengopinya? Hahahahahaha... Ok, selepas check in semalam, kami ada lepak minum kopi. Dijual oleh penjual bermotor. Ada macam-macam perisa. Harga RM3. Memang dia tulis RM3. Suasana sini dah tak macam kat Vietnam disebabkan mereka sini boleh berbahasa Melayu.

Bitexco Financial Tower


Pagi ini kami merencanakan perjalanan ke muzium perang, War Remnant Museum.

Dalam perjalanan, kami mencari cafe untuk breakfast. Bukan breakfast biasa tapi coffee cafe.









Tiba di muzium perang Vietnam. Pastinya ramai yang tahu perang antara Vietnam dan Amerika. Bahkan siap ada filem lagi. Cuma macam biasa la. Filem Amerika, mesti la dia hero.

Dalam muzium ni memberi gambaran sebenar peperangan tersebut. Satu sahaja yang benar dalam peperangan iaitu 'rakyat menjadi mangsa'.











Sampai tingkat 4 kami terokai muzium tu.

Rasa lapar. Daus dan Mat bawa kami ke satu kedai yang femes. Rekemen by Trip Advisor. Nama kedai tu The Daun. Boleh cari kat pesbuk. Juga boleh layari laman sesawang thedaun.com.

Best ke makanan kat situ? Hurmmm...good question. Pada pendapat aku, biasa-biasa jer. Hahahahahaha.....






Pembinaan MRT kerjasama Vietnam dan Jepun


Selesai makan, kami balik ke hotel untuk buat pengurusan diri pindah bilik. Aku dan Daus pindah ke bilik Mat. Kami kurangkan satu bilik sebab malam ni kami akan terus balik KL. So no need to check in.

Sebelah petangnya, kami nak pergi cari pusat urut pula. Aduuuhhhhh........ Hujan lebat di luar sana tidak mematahkan semangat kami untuk berjalan keluar.



Kegigihan workout walaupun hujan lebat


Coffee cafe pagi tadi

Sebelum pulang, ini adalah beberapa hasil tangkapan. Hahahahahaha.....

Tidak lupa juga kisah menarik semasa mengurut kaki.

I Love Osprey

Belum ada dalam list

Buat pergi kerja and santai


Langit Malaysia

Begitulah kisah 3 hari 2 malam kami di Ho Chi Minh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...