Saturday, August 12, 2017

--- Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan ---

Alhamdulillah...akhirnya ada juga bahan untuk di up kan dalam blog yang dah lama sepi dan sunyi. Sebenarnya ada banyak bahan nak up tapi disebabkan sibuk dengan kerja-kerja pejabat membuatkan aku tak terkejar dengan berblogger. Bukan itu sahaja, pertambahan blog membuatkan aku tak sempat nak organize semua. Blog peribadi, blog pejabat, blog business, blog wedding dan terbaru blog art. Mmmmm.....hahahahahaha.....

Oklah...baru-baru ni aku secara tak tersengaja mengikuti Kursus Kepimpinan Manikayu. Secara tak sengaja ni maksudnya, ada satu hari tu aku ternampak ada satu meeting di salah satu bilik di pejabat. Aku sengaja la lalu dan snap-snap. Bila masuk dan tahu itu meeting pengakap, terus rasa bersemangat. Ye la sebab cogan kata "sekali berpengakap, selamaya pengakap".

Selepas beberapa hari, member ku pun bercerita tentang pengakap dan manikayu. Aku pun terus cakap nak join. Haaaaaaa.....begitu la cerita tak sengaja join kursus ini. Korang nak tahu tak member ku tu siapa? Ok faham.....tak mau tahu kan. Its ok.

Kursus ini diadakan di SMK Taman Scientex, Pasir Gudang. Seawal jam 5.30 pagi aku dah gerak dari Mersing. First sampai dengan bangganya kerana aku orang terawal. Sekali map ni bawa aku ke SK Taman Rinting. Puiiiii....

Aku pun remap balik. Ok dah sampai SK Scientex. Parking la dalam sekolah tu. Eh...! Kenapa tiada orang yang nak berkursus ni? Aku pun call my friend. Rupa-rupanya sekolah sebelah iaitu SMK Taman Scientex. Adooiiiii........what the day lah kan. Dah la tadi kopi tertumpah dalam kereta, salah sekolah pulak. Hmmmm....

Kursus ini adalah kursus peringkat penerangan sahaja. Tapi ia wajib dihadiri kerana ia salah satu rukun. Hahahahaha..... Kalau tak cukup rukun, tak sah la. Begitu la ringkasnya.

Sekitar jam 8.30 pagi, para peserta dah berada dalam dewan bagi memulakan kursus.

Kami dipecahkan kepada dua kumpulan berikutan sambutan amat-amat menggalakkan dan melebihi jangkaan. Bagi peserta yang dari daerah Pasir Gudang, akan meneruskan kursus di dewan ini manakala selainnya akan ke Bilik Muzik.




Apa kaitan Pengakap dengan Akatsuki?

Semasa aku duduk-duduk di kerusi, aku nampak ada jurulatih bawa sekerat kayu dan diletakkan di depan. Area ucapan dan perasmian kejap lagi. Aku terfikir kayu tersebut nak buat apa? Nak buat bakar-bakar ker? Siap ada kapak lagi.

After that ucapan dan perasmian kursus. Kata pengacara, kursus bermula apabila kapak ini ditetak pada kayu tersebut. Aku pun..."Oooooooooooooooooooooo........."

Dalam fikiran aku, naifnya aku sebab tak tahu ritual tersebut. Dulu tak ada pun. Hahahahahaha.....

Guru Besar SMK Taman Scientex turut berkursus



Isyarat kursus bermula




Bila tengok gambar atas ni, aku teringat akan satu kes. Gambar atas ni aku ada post kat group pengakap daerah sendiri. Tetiba member ku cakap yang ada orang respon tentang gambar tersebut. Dia tanya gambar apa? Aku pun dah cuak. Eh! Salah ker gambar tu? Mmmmm.........😉😉😉

Sunday, June 4, 2017

--- Iftar KeReX Junior ---

Aku tidak ada ditempat kejadian ini. Tapi nak juga rasa ada di sana untuk menyemarakkan majlis dan give support walaupun dalam bentuk alam maya.

Asal punya plan adalah seperti yang diwar-warkan dalam group whatsapp. Idea asal nak bersama-sama dengan senior yang mungkin ada dalam radius terdekat. Tapi entah bagaimana, plan bertukar ke Dataran Sejarah Melaka. Mungkin senior-senior tak ramai kot.

Bersama junior masa tu Senior Sharul dan wife & Sharul Jr. Walaupun tak ramai, junior-junior tetap happy beriftar. Yang datang lewat pun dah kira bagus. Yang penting kita semua rasa kebersamaan. Teamwork.

Turut hadir dalam iftar ini ialah Presiden baru (Hazim), Timbalan Presiden (Nik), ex-Presiden (Cokek) dan AJK-AJK lain.







// Entry telah disemak dan disahkan oleh presiden semasa. Gambar-gambar adalah dari junior-junior. Sebarang kesalahan fakta boleh pm tepi. Benda boleh bincang. //

Tuesday, May 30, 2017

--- Senarai Naib Presiden 10 tahun KeReX ---

Siapa ingat naib presiden setiap sesi? Hmmmm.....bukan kata tak ingat tapi tak tahu kan? Ah...! Korang kalau tanya tentang Fazura ke, Fatah Amin ke...? kompom ingat. Ceh.....

Ye lah, asyik presiden jer dihiglightkan dalam setiap perkarakan. Naib presiden tak berfungsi ker? No....no...no.....naib presiden pun sebenarnya sama penting dengan presiden. Sahabat-sahabat bawah nilah yang sebenarnya banyak melaksanakan segala perancangan.

Oleh itu sukacitanya kita nak buat senarai naib presiden sempena ulang tahun ke 10 KeReX. Tapi satu jer aku nak tanya, kenapa ada yang 2 timbalan dan ada yang cuma satu? Kenapa ada perbezaan tersebut? Pastu ada juga presiden yang lupa dia punya timbalan. Hahahahahaaha..... Ok, jika ada maklumat terbaru, pm tepi ok.

Tahukah anda, satu-satunya presiden KeReX yang bukan datang dari timbalan ialah MOHAMAD AIREEN BIN AHMAD. So keputusan tak cliche sangat la kan. Selalunya orang boleh agak siapa bakal presiden kalau bukan timbalannya. Even bakal Perdana Menteri pun orang dah boleh teka. Hahahahaahahaha.....


Sesi 2017 - 2018

Presiden :
ABDUL HAZIM BIN ABDUL RASHID

Naib Presiden 1 :
MOHD SYAFIQ BIN GARIP (FKEKK)


Naib Presiden 2 :
NIK WATIKAH BINTI NIK HASSAN (FKM)



Sesi 2016 - 2017

Presiden :
TENGKU AHMAD SHAUKI BIN TENGKU ABDUL JALIL

Naib Presiden 1 :
ABDUL HAZIM BIN ABDUL RASHID (FKT)

Nota :
Sukar mendapatkan foto beliau. Huhuhuhu...


Naib Presiden 2 :
SITI NUR AZWATI ABD MANAP (FKP)



Sesi 2014 - 2016

Presiden :
MOHD AIREEN BIN AHMAD

Naib Presiden 1 :
TENGKU AHMAD SHAUKI BIN TENGKU ABDUL JALIL (FKP)



Naib Presiden 2 :
ZUL LEE COPPER (FKM)

Nota :
Selain meminati bidang pendakian, beliau juga sangat berbakat dan bersemangat dalam sukan fressbe.



Sesi 2013 - 2014

Presiden :
MOHD ANIS BIN ABD RAHMAN

Naib Presiden 1 :
ALIA FARHANA BINTI ADNAN (FKEKK)



Naib Presiden 2 :
AIZAD SAFWAN (FKM)


Nota :
Nama glamor Pok Jak. Sangat meminati acara berbasikal.


Sesi 2012 - 2013

Presiden :
MOHD HAFIZI ZUBEL

Naib Presiden :
MOHD SHARUL SHAZWAN BIN MOHD SHAID (FKE)

Nota :
Sangat berdedikasi. Pencapaian terbaik beliau ialah salah seorang dalam team menawan Puncak Everest.



Sesi 2011 - 2012

Presiden :
MOHD SHAUFY BIN SUHAIMI (Bino)

Naib Presiden :
NOOR ADIBAH (FKP)



Sesi 2010 - 2011

Presiden :
NURIL ANUAR

Naib Presiden :
- tiada maklumat -

Nota :
Missing in action.


Sesi 2009 - 2010

Presiden :
AHMAD SHAHIR (Chaer)

Naib Presiden :
FAZIELAH DARWIS


Nota :


Sesi 2007 - 2008

Presiden :
ABDUL SALAM BIN ADAM

Naib Presiden :
-tiada kesahihan -

Nota :
Was-was.

Sunday, May 28, 2017

--- 9 Presiden KeReX, UTeM untuk Ulang Tahun ke 10 ---

Berikut disenaraikan individu-individu yang pernah memimpin Kelab Rekreasi & Sukan Ekstrem. KeReX sepanjang 10 tahun penubuhannya. Aku sangkakan 10 tahun bermakna 10 orang presiden, rupa-rupanya 9 sahaja. Mana 1 lagi?

Terdapat 2 orang presiden yang memegang kepimpinan lebih dari 2 semester. Siapa? Tugas anda untuk mencarinya. Hahahahahaha.....

Setiap presiden mempunyai cabaran yang berlainan mengikut batch masing-masing. Politik? Jangan cakap tak ada. Perebutan? Ada tapi tidak menonjol. Tak puas hati dan tidak sependapat? Resam kehidupan. Hahahahahaha..... Tapilah menjadikan kita sekarang. Semoga kelab ini terus sukses pada masa akan datang.

Tahniah kepada semua mereka yang pernah meneraju kelab ini. Tidak lupa kepada konco-konconya. Tanpa konco-konco, kelab ini tidak mungkin sukses. Terima kasih juga pada AJK Tertinggi.

Owh....masih ada. Tidak lupa mendedikasikan kepada En. Tinta dan En. Epul yang banyak memberi dorongan dan semangat di saat mula-mula penubuhan KeReX.

Akhir kata, aku nak tanya, KeReX ni memang untuk gunung jer ek? Hahahahahaha...... Ye la, tengok semua presiden berlatar belakangkan hiking jer. Hahahahahaha.....

Presiden Kesembilan

Nama :
ABDUL HAZIM BIN ABDUL RASHID

Fakulti :
FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN

Sesi :
2017 - 2018



Presiden Kelapan

Nama :
TENGKU AHMAD SHAUKI BIN TENGKU ABDUL JALIL

Fakulti :
FAKULTI KEJURUTERAAN PEMBUATAN

Sesi :
2016 - 2017



Presiden Ketujuh

Nama :
MOHD AIREEN BIN AHMAD

Fakulti :
FAKULTI KEJURUTERAAN PEMBUATAN

Sesi :
2014 - 2016



Presiden Keenam

Nama :
MOHD ANIS BIN ABD RAHMAN

Fakulti :
FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Sesi :
2013 - 2014



Presiden Kelima

Nama :
MOHD HAFIZI ZUBEL (Komeng)

Fakulti :
FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Sesi :
2012 - 2013




Presiden Keempat

Nama :
MOHD SHAUFY BIN SUHAIMI (Bino)

Fakulti :
FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK DAN KEJURUTERAAN KOMPUTER

Sesi :
2011 - 2012



Presiden Ketiga

Nama :
NURIL ANUAR

Fakulti :
FAKULTI KEJURUTERAAN PEMBUATAN

Sesi :
2010 - 2011



Presiden Kedua

Nama :
AHMAD SHAHIR (gigi besi)

Fakulti :
FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

Sesi :
2009 - 2010



Presiden Pertama (Pengasas)

Nama :
ABDUL SALAM BIN ADAM

Fakulti :
FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Sesi :
2007 - 2008


Mohon dihalalkan gambar-gambar yang aku ambil dari muka buku korang. Hihihihihi..... PM tepi kalau apa-apa yang tak puas hati k.

Saturday, May 20, 2017

--- Gunung Ledang via Asahan ---

Tak ingat aku sedang bermesej tentang apa dengan Lin. Owh.....ok dah ingat. Bermesej tentang Gunung Pulai. Ada satu team wanita nak minta aku guide ke Gunung Pulai. Tapi disebabkan aku tak boleh, aku cuba sub kepada Lin. Lin memang master gunung-gunung sekitar Negeri Johor.

Itu ini...itu ini dengan Lin, dia pun tak boleh sebab tarikh team wanita tu pilih adalah weekdays. Weekdays orang kijer la nox. Entah macam mana, Lin ada sebut trip ke Gunung Ledang via Asahan. Aku pun apa lagi terus minta Lin adjustkan nama aku. Katanya trip ni under BP Trekkers (Batu Pahat Trekkers). Tak open sangat trip ni. So dah penuh kata Lin.

Then aku cakap pada Lin, ko buang jer nama-nama yang belum bayar tu. Masukkan nama aku dan aku bayar terus. Hahahahaahahahaha....... Kata Lin, kaedah tersebut adalah jahat. Hahahahaha....

Tak sampai 24 jam, Lin mesej beritahu yang aku boleh join. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....mudahkan. Jangan pening-pening.

Perkara ini biasa guys. Bukan kata dalam hiking. Masa open tu memang berduyun-duyun bagi nama nak ikut. Kadang-kadang lebih dari 2 bas bilangan pesertanya. Tapi yang betul-betul tu 5 orang jer. Trip oversea lagi la. Nak ikut ramai. Tapi yang beli tiket baru 3 orang. Haaaaaaa....ke tak pening pala memikio. So tindakan aku yang meminta Lin remove nama yang tak bayar tu adalah wajar pada masa itu. Kihkihkih.....

Ok, Batu Pahat Hikers ni diterajui oleh Azrul. Gogo yang sama trip Pelepah Kiri sebelum ini. Masa tu aku belum tahu lagi.

Berdasarkan mesej dalam group, meeting point adalah di Klinik Kesihatan BP. Tapi aku tak ke sana sebab aku dari Mersing. So aku terus ke Pekan Asahan. Aku sampai sana sebelum Subuh. Memang krik krik la Pekan Asahan ni. Aku tidur sekejap depan balai polis sementara nak tunggu Subuh.

Terjaga sekitar jam 6.30 pagi menggelabah untuk Subuh. Cari masjid tak jumpa. Team-team lain Subuh di exit Tol Tangkak.

Kata mereka breakfast sendiri-sendiri. Jam 7 aku cari kedai makan area sini belum buka. Entah bagaimana sedang cari-cari tu, Lin and team mate dah sampai pekan dan kami saing menuju ke pintu rimba. Aku mesej Lin, tentang breakfast dan lunch. Katanya semua sendiri. Dia orang dah breakfast di Tangkak dan Pagoh. Lunch pula dia orang beli maggi cup jer.

Aku pun, eh!!!.....makan maggi jer? Gunung Ledang jauh kot. Disebabkan aku belum breakfast, aku macam agak kegusaran. Dalam beg ada roti dan nutella jer. Lin cakap, aku boleh patah balik untuk breakfast dulu. Dia orang akan tunggu di registration point. Sebenarnya aku macam nak cancel jer tapi Lin ada cakap jangan cuba-cuba cancel atau tidak berpatah balik. Hihihihihi...

Aku cakap pada Lin, better korang teruskan perjalanan jer. Aku time tu dah 50-50. Bukannya apa, tak mahu jadi punca kepada kelewatan pendakian. Disebabkan aku sorang bermasalah, habis semua kena. Huhuhuhu.....

Ok....sebenarnya, selepas dari balai polis tu, ada lagi penempatan rupanya. Ada masjid, perumahan lagi. Adoiiiii......aku dok ingat, ending tadi di area balai polis jer. Hampeh.....

Aku berpatah balik dan breakfast di sebuah kedai makan melayu berdekatan masjid. Makan roti canai. Pastu aku tapau nasi lemak dalam tupperware yang aku bawa. Haaaaaa....lately ni dah jadi kebiasaan aku kalau ke mana-mana akan bawa bekas.

Selesai makan, dengan pantas aku drive menuju ke registration point. Memang aku la punca lewat. Menggelabah la aku time tu. Hahahahahaha.....

Masa aku sampai tu ada team lain lagi rupanya. Ada sorang mamat ni masa bersalaman dengan aku, dia sebut Aefit Bentuah. Aku senyum jer masa tu sebab gelabah nak parking dan packing. Kemudian kena isi borang isytihar barang yang dibawa plak. Biasa la peraturan Taman Negara memang macam tu.

Settle semua, aku pun menuju ke starting point kat khemah atas sana. Kami berkenalan dengan Musa our guide. Sesi taklimat. Dalam banyak point yang disebut dan yang paling aku rasa wow ialah cutting point / cutting time. Entahlah. Tak ingat word sebenar tapi ala-ala bunyi macam tu la. Ia membawa makna atau maksud bahawa, sekian-sekian masa, kena sampai check-point yang telah ditetapkan. Andai tak sampai dalam masa yang telah ditentukan, secara automatik pendakian tamat dan kena turun.

Contoh......jam 10 pagi, line up semua mesti melepasi check point 5. Sekiranya jam 12 baru berada di check point 5, maka tak boleh teruskan. Peraturan ini adalah bagi mengelakkan line up terpaksa OT atau tiba di bawah pada waktu gelap.

Ada soalan tak? Ok boleh tanya. Peraturan ini untuk semua mode pendakian ker?

Ok, very nice question. Peraturan ini hanya terpakai pada mode daypack sahajaaaaaaaaaaaaaaa........ Bagi yang mode bermalam atau 2 hari 1 malam atau lebih, tidak terpakai peraturan ini. Boleh faham? Ok good.

Soalan lain? Ok, tak ada. Mudah.

Ok, kami dah siap sedia untuk memulakan pendakian. Ada 7 check-point rasanya. Setiap sela check-point adalah dalam 45 minit.


Sunday, May 14, 2017

--- Ulang Tahun ke 10 Kelab Rekreasi & Sukan Ekstrem epi 2 ---

Semalam kami tidur agak lewat. Pagi ni katanya ada senamrobik. Rasa-rasa ada tak yang kesiangan? Itu wajib la ada. Hahahahahahaha......

Aku sendiri pun bangun agak lewat tapi tidaklah lewat sangat. Aku turun tu dah ada Sharul, Buzz, Teng, Babu dan beberapa orang lagi. Junior yang uruskan senamrobik pun ada. 

Teng decide untuk jogging 10 km pagi tu memandangkan ramai yang kesiangan. Aku pun jogging jugaklah. Tapi tidaklah 10 km. Lari sekitar Seri Menanti jer.

Balik ke resort, kelihatan kebanyakkannya dah ada di ruang makan untuk sarapan pagi.

Selesai sarapan, kami diminta untuk ke padang bagi acara sukaneka.

Sebelum acara bermula sambil menunggu rakan-rakan lain, kami sempat baling-baling freesbe. Ternyata kemahiran balingan yang diajar oleh Belacak masih cekap. Tapi memang memori la freesbe ni. Sekarang kalau aku nak baling-baling pun dengan siapa?

Kami berkumpul mengikut kumpulan yang telah diaturkan. Acara pertama tig tag bakal dijalankan sedikit masa lagi.

Sebelum tu, sedikit warming up yang diketuai oleh Paih dengan muzik latarnya Uptown Funk. Dia ajar kami kaedah menari ikut muzik tersebut. Layankan aje.

Kumpulan ada 4. Aku dalam kumpulan 2 bersama Farhana and Husband (Ikmal), Ajak and Wife, Sharul dan Tikah. Game tig tag ni sama macam game 'x' 'o' pada kertas. Tapi kali ini ia dimainkan di atas padang dan menggunakan freesbe sebagai penanda. Game memang happening habis.



Saturday, May 13, 2017

--- Ulang Tahun ke 10 Kelab Rekreasi & Sukan Ekstrem ---

Ok.....macam mana nak mulakan entry ini kali? Aku dah la datang lambat. 6.30 petang baru aku sampai resort. Masa tu mereka sedang asyik bermandi manda di kolam. Waaaaaa....... eh! Ateng and Babu pun ada. Hihihihi....

Ok...adik-adik junior sedang arrangekan bilik untuk aku.

Dengan cergas aku bersiap-siap sebab masa is time. Dah nak jam 8 malam. Kejap lagi dinner. Aku pastinya tak nak lepaskan peluang sebab rasa lapar sangat.

Code of attire malam ni ialah formal kasual, kasual formal. Mana satulah.

Wownya malam ni ialah ada red carpet bagi para jemputan. Dah macam Academy Award dengan ada wallpaper belakang tu. Waaaaaaaa.......



Jemputan mengambil tempat mengikut nombor meja yang telah ditentukan oleh pihak penganjur semasa pendaftaran. Eh...! Are Shit dan Izani pun ada. OMG...!!! Teng and Are Shit macam biasa, always break the rule. Dia orang duduk tak ikut nombor. Asal boleh jer. Hahahahahahahaha....

Lebih menarik ialah ada flash mob oleh pihak penganjur. Mereka menari dengan muzik Bruno Mars - Uptown Funk. Kalau aku nak menari cenggitu memang tak la. Hahahahahaha..... Apa pun ia lain dari yang lain. Mula tu ada seorang ni masuk dan terjatuh. So semua orang tengok dan masa tu lah muzik dimainkan. Hahahahahahaha......nice trick.


Majlis diacarakan oleh Saudara Ameng dan Azwa. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan dan tayangan video yang mengisahkan KeReX selama 10 tahun.

Owh....sebenarnya kami makan dulu sebelum tayangan. Hahahahaha....semua dah kelaparan.

Selepas tayangan video, presiden pertama KeReX aka pengasas KeReX dijemput untuk memberi sepatah dua kata. Namanya sepatah dua kata tapi agak panjang la ucapannya. Booooooo....... hahahahahahaha.....

Tetiba Salam panggil aku untuk join bercerita detik penubuhan. Terus aku blur. Aku dah la dok berborak dengan Aireen tentang jatuh naik KeReX. Haishhh.... Aireen ada la berkongsi cerita bagaimana keadaan zaman gelap dan how he push to up semula semangat junior-junior baru ni. Turut dikongsi ialah tentang kewangan KeReX. Ye la. nak harap universiti memang tak ada duit sangat.

Tetiba aku tanya, "Owh....ko pernah jadi presiden ek sebelum ni?" Hahahahahahahaha.....

Aku ada tanya, ni buat program ni dapat duit mana? Cukup ker dengan bayaran yang kami bayar RM160?

Majlis diselang-selikan dengan cabutan bertuah yang ditaja oleh Bagak Outdoor dan ANAS Consultantcy and Services. Terima kasih diucapkan.




Sunday, May 7, 2017

--- Bukit Sisek & Pelepah Kiri ---

Dalam keserabutan memikirkan cuti untuk travel tahun ini dan masa-masa akan datang, aku cuba menyesuaikan diri dengan beberapa aktiviti ringan di dalam Johor. Ye la, sekarang kerja di tempat baru. Cutinya pula dah tak sama macam 7 tahun sebelum ini.

Plan asal nak join Sem ke Pulau Tioman untuk mendaki puncak Semukut. Tapi cancel sebab cuti hari Ahad gagal diperolehi. Tukar plan ke Pelepah Kiri invited by Lin. Lately ni Lin sangat aktif menganjurkan aktiviti-aktiviti outdoor. Nak kurus katanya di samping boleh jual produk. Hahahahaha...

Ok....kalau Pelepah Kiri ini rasanya yang ada batu tinggi bersusun tu kot. So, why not join. Lagi pula ianya day pack.

Jam 0530, tayar kereta dah bergolek membelah gelap dan dingin pagi menuju ke Kota Tinggi. Katanya Zah, sila berkumpul di Masjid Jamek Kota Tinggi.

Masjid Jamek Kota Tinggi (1°44'31.59"N, 103°53'55.02"E)

Alhamdulillah, aku selamat tiba di meeting point tepat pada jamnya. Yang penting sampai dulu dari Zah.

Kelihatan ramai pendaki yang menyertai trip hari ini. Tak kenal semuanya kecuali Zah, Lin dan Naim. Naim ni pun aku tak ingat sebenarnya. Maafkan saya Naim.

Seterusnya, kami bergerak menuju ke lokasi Air Terjun Panti. On the way tu kami singgah di satu warung berhadapan dengan Balai Polis Batu Ampat untuk sarapan. Rasanya ini merupakan kedai femes yang pasti disinggahi. Ada roti canai, nasi himpit dan makan berlauk. Ambil ikut selera anda dan kemampuan poket. Ini kira last punya pekan kecil.

Trip ini hanya dibekalkan dengan luch pack sahaja oleh pihak penganjur. Yang lain adalah sendiri. Bayaran untuk this trip adalah RM25.

Masa tengah nak bayar, Lat datang menyapa dari belakang. Eh!...... Macam mana Lat ada sini? Rupa-rupanya dia adalah salah seorang guide. Wow..........

Sekitar jam 0815, kami dah tiba di pakir Air Terjun Panti. Setiap orang mula membuat persiapan akhir.

Gogo, Azrul Azizi mula memanggil semua teman-teman pendaki berkumpul untuk sedikit taklimat. Lat memulakan taklimat dengan memperkenalkan diri. Beliau menerangkan serba sedikit trek yang bakal kami lalui. Katanya, trek banyak laluan air. Heaven....!!!

Aku kenal Lat ni masa trip ke Gunung Pulag. Kali ni dia jadi guide. Kelihatannya lebih tegas. Waaaaaaaaa..........

Selesai bacaan doa, kami pun meneruskan perjalanan.

Aku tertanya-tanya siapa tengah dan siapa sweeper? Hmmmm....mungkin trek mudah maka tidak perlu semua tu. Ok....





Wednesday, March 22, 2017

--- go Hatyai !!! go...!!! episod 4 ---

Masa untuk balik. Kami check out sekitar jam 8.30 pagi waktu tempatan. Rasa sedih nak tinggalkan Thailand? Hmmmm...tak rasa apa-apa pun. Hahahahaha.... Am dah tak sabar nak balik. Sepanjang trip selsema jer. Memang susah la nak bawa travel jauh lepas ni. Aku dah suruh dia makan bawang tempatan tapi katanya tak selera.




Dari Phuket, kami terus navigate ke Hatyai. Daus bagi cadangan untuk balik melalui Hatyai. Katanya nak singgah pasar yang jual makanan eksotik. Makan ulat dan serangga. 

Perjalanan mengambil masa yang sangat panjang. 6 jam lebih jika tak salah.

Setibanya kami di Hatyai, pasar yang dikatakan tu tak buka plak hari ni. Aku dah rasa selamat. Hahahahhaha.... Tanpa membuang masa, kami meneruskan perjalanan menuju ke Imegresen Bukit Kayu Hitam. Ketibaan kami dah Maghrib. Agak ramai juga kenderaan di pintu sempadan ini.

Hajat untuk singgah di Port Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam tidak kesampaian. Nak beli cenderahati buat member. Dah tutup.

Kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, sekitar jam 3.30 pagi, 23 Mac kami tiba di Kuala Lumpur. Pagi itu, kami tidur sahaja di rumah Am. Paginya baru aku balik ke Putrajaya manakala Am dan Daus ke tempat kerja masing-masing. Happy Ending. Hahahahahahahahahahaha.....

Tak ingat resit mana

Satu benda nak shared dengan korang. Satu apps yang membantu sekiranya kita travel dengan prinsip 'tong-tong'. Apps ni namanya Travel Money. Boleh jer download di google play. Menariknya apps ni, ia membantu kita dari segi penyelarasan setiap wang yang dibelanjakan. Siapa yang belanja, just masukkan butiran. So nanti dia akan kira berapa rakan-rakan lain perlu bayar pada kita. Begitu juga jika rakan-rakan lain yang mengeluarkan duit, apps ni akan kira berapa pula kita hutang. Maka tak perlulah kita nak keluarkan kertas buat kiraan. Apps ni didatangkan dalam pelbagai tukaran matawang. Tak perlu bimbang.

Contoh, jika kita berbelanja dalam mata wang Rusia, dah ada. Then selepas 3 hari, korang berjalan pula ke China. Just ubah mata wang semasa. Mata wang Rusia tidak akan terjejas kerana dia dah kira.  Boleh campur-campur. Hahahahahahahaha.....very the easy. Korang boleh cuba kalau tak caya.




Suka aku pada apps ni adalah kerana aku boleh jadikan rujukan dalam travel log. Di situ boleh rujuk tarikh dan jumlah keseluruhan kos travel kita. Hihihihi....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...