Showing posts with label Manali. Show all posts
Showing posts with label Manali. Show all posts

8.6.16

--- Hari 11, Keylong ke Manali ---

08 Jun 2016

Bangun sahur macam biasa. Aku buatkan teh Kashmir. Kami makan Brahim tapi tak boleh pergi sangat. Tak habis makan. Kemudian, kami sambung tidur.

Aku bangun untuk mandi. Kedengaran pintu diketuk. Sonam datang untuk mengejutkan kami. Itu tandanya kami dah lewat. Hahahahaha....

Selesai aku mandi, Daus plak. Kami packing secara pantas.

Sebelum beredar, aku pergi membuat pembayaran bilik. Rupa-rupanya, dah termasuk dengan bil makan semalam.

Best...best...best..... Penginapan malam tadi antara paling selesa. Murah plak tu. Sepanjang malam layan movie channel jer. Habis satu movie, layan movie lain plak. Sampai la tertidur.


Hari ini, kami akan menuju ke Manali. Kalau ikutkan plan asal, malam tadi kami dah berada di Manali. Tapi last minit, Sonam mencadangkan bermalam di Keylong. Menurut Sonam, jarak antara Keylong dengan Manali lebih kurang 100 km je.

Adakah hari ini layan view lagi? Hmmmm..... Soalan yang bijak. Yer, hari ni layan view lagi. View hari ni lebih kepada gunung-gunung yang hijau. Gunung-gunung salji dah berkurang dikawasan ini kerana kami sudah turun pada ketinggian yang rendah. View masih lagi di tahap yang menakjubkan.

Tak banyak gambar aku snap kerana anglenya agak sukar disamping dah malas. Lebih kepada nak santai-santai layan view jer. Kalau snap pun, snap guna henset dan tidak buka tingkap. Sejuknya masih membuatkan aku tidak selesa.

Tidak sepanjang jalan adalah berturap. Harus melalui lagi jalan-jalan yang berbatu-batu. Dah macam dalam botol yang digoncang.

Ada pemeriksaan keselamatan di Koksar.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...