30.11.16

--- XPDC Trans Paru Paru Gunung Loser, Hari 1 ---

Hari 2

 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Seperti yang diwar-warkan sebelum ini tentang pendakian ke Gunung Loser, hari ni kami mula berkumpul di airport. Flight kami pada 30 November 2016, jam 0755. Sebelum masuk, kami sempat bergambar kumpulan.


Berikut adalah line up yang mengikuti Trans Paru Paru ini...

Khairil Aslan P.C.P (Leader)
Nazman (anak Leader)
Jept Baling (gogo)
Azizah
Siti Aminah
Kak Imah
Amin
Arep
Fawwas
Ustaz
Fitri
Adi
Semirul

Masing-masing berdebar untuk menghadapi trip kali ni. Berdebar sebab tempoh pendakian agak lama dari biasa. Aku berdebar sebab nak naik kapal terbang jer. Arghhhhh..... Perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kualanamu, Medan mengambil masa 1 jam.

Ada satu perkara yang bermain difikiran, KENAPA ADA anak Lan? Tak tahu pun. Mungkin aku yang kurang cakna kot dalam group whatsapp. Tapi tak apa. Ok jer.



Atas kapal terbang, baru sahaja flight attandance meletakkan nasi ayam chin atas meja aku, dia terus bagi plastik untuk masukkan nasi tersebut. Katanya flight dah nak landing. Terus dimintanya aku untuk menutup meja kembali. Tapi aku tak marah malah aku rasa bersyukur sebab ketakutan bakal berakhir kerana dah nak landing. Hahahahahahaha...

Kami selamat tiba di Kualanamu International Airport sekitar jam 9 pagi waktu tempatan. Beza waktu antara Malaysia dengan Kualanamu juga sekitar 1 jam. Sesampai kami di sana kami berjaya melepasi imegrsen Indonesia kecuali seorang iaitu Fawwas. Entah kenapa dia tidak melepasi pemeriksaan. Dia dibawa ke bilik pegawai. Lama juga dia ditahan. Apa tujuan, tidak pasti.

30 minit kemudian kes selesai apabila Abang Lan berbincang dengan pegawai. Dalam pada itu kami yang berada diruang menunggu bagasi menghadapi masalah apabila satu beg tidak muncul di tray. Alahai... Kami pun pergi la tanya petugas dan kes dapat diselesaikan.

Ketibaan kami memang telah dinantikan oleh Yudie dan supir. Sebelum berangkat, kami menukar sistem komunikasi smartphone terlebih dahulu. Pendek kata beli simcard atau kartu. Hahahahahaha......

Ok, siapa Yudie? Yudie merupakan seorang ranjer hutan di sini. Beliau pernah bersama-sama Abang Lan semasa pendakian solonya. So, untuk trip kali ini mungkin Abang Lan mengajak beliau juga bersama-sama bagi membantu beliau.



3.11.16

--- Pengalaman Individu Malaysia Yang Pernah Memasuki Paru Paru Dunia ---

Selepas perjumpaan tempoh hari aku balik dan google maklumat tentang Paru Paru Dunia ni. Then keluar satu artikel 'Ekspedisi Mustahil Ke Dunia Tersembunyi'. Aku teruja dan terus klik. Dengan kusyuk baca la pengalaman beliau. Gambar agak slow loading. Pendaki tersebut dikenali sebagai Aslan.

Wow...dari artikel tersebut dapat digambarkan ianya merupakan satu pengalaman yang terbaik buat beliau.

Aku pun shared la artikel ni dalam group Paru Paru Dunia. Rupa-rupanya Aslan tu memang dalam group tu dan beliau merupakan guide kamiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii........... Subhanallah....... Tak ke malu kambing aku. Hahahahahhahahaha......

After beberapa ketika, artikel tu baru keluar gambar. Tenung punya tenung, eh! macam pernah tengok mamat ni. Hahahahaahhahaha.........

Bagi mereka yang kat luar sana, boleh klik di sini untuk membaca pengalaman beliau sepanjang 25 hari di dalam Paru Paru Dunia.

Berikut adalah beberapa imej yang aku peroleh dari google image berkaitan trip Aslan. Mohon guna kat sini. Harap tak ada yang saman. Hahahaha....





#paruparudunia #aceh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...