10.7.23

--- Garuda International Cup III ---

Assalamualaikum dan salam sejahtera guys....

Ini merupakan kali ke dua penyertaan Best FC ke GIC III. Tahun lepas pun tarikh sama jer dengan tahun ini. Bila aku tengok balik dalam passport, "Eh! Sama tarikh pergi ke Jakarta tahun lepas".

Macam biasa aku sebagai media dan membantu urusan tiket sahaja.

Konsep perlawanan sama sahaja. Jika tahun lepas 5 negara. Tahun ini ada dua pertambahan negara. Jepun dan Brazil. Nama jer dari Jepun dan Brazil tapi bukan original pun. Kelab jer mewakili negara tersebut. Tapi player dia campur. Port kelab tu di Indonesia. Bukannya terbang dari negara asal. Hahahahahaha..... Untuk Best FC pun kita ada player import dari Indonesia.

Ok aku story sikit tentatif sepanjang 6 hari acara ini.

4hb kami bergerak dari Mersing dengan menaiki bas ke KLIA 2.
5hb jam 1010 kami fly ke Jakarta. Tiba lebih kurang jam 13xx waktu Jakarta. Disambut oleh urusetia. Naik bas menuju ke penginapan di Bogor. Nama penginapan kami La Vanoise Village, Sentul, Bogor. Penginapan yang boleh dikatakan selesa. Sesuai dengan anak-anak umur 12 tahun sebab ada pool. Seronok la dia orang. Rehat.
6-9hb Game on di ASIOP Training Ground. Jarak tak jauh tapi macet dia berjam-jam.
10hb kami fly kembali ke Malaysia.

Tahun ini Best FC dapat tempat ke empat dalam Plate. JDT berjaya menjadi Johan Cup. Tahniah.

Aku belanja beberapa keping gambar di bawah.

Pelepasan pasukan

Tiba di Jakarta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...