Showing posts with label Gunung Datuk. Show all posts
Showing posts with label Gunung Datuk. Show all posts

25.9.22

--- Jom Ke Gunung Datuk ---

Assalamualaikum... Bila last naik Gunung Datuk? Seingat aku, masa Trans Naning pada 8 Disember 2018. Klik ini untuk lihat catatan Trans Naning yang lalu. Sebelum-sebelum itu dah banyak kali.

Macam biasa la ini planning last minute. Bincang punya bincang samada Bukit Selantai atau Gunung Datuk maka keputusannya adalah Gunung Datuk. Plan asal nak gerak selepas Jumaat membawa kepada lepas Isyak. Akibat meeting terlalu lama. Hihihihi.....

Persiapan ringkas sahaja kerana ini merupakan pendakian harian. English kata daypack.

Berganti-ganti memandu dengan Aizat. Morris santai jer kat belakang. Di Kluang singgah MacDonald untuk beli breakfast pack.

Jam 1.47 pagi kami tiba di 7E Taman Woon, Tampin. Singgah beli roti dan air mineral untuk company.

Sambil menunggu member dalam kereta, tiba-tiba pintu kereta aku dibuka dari luar. Terkejut aku. Ingatkan kena rompak. Rupa-rupanya Ustaz Ezan dan Dr. Hafiz. Adooooooiiiiii.....Bikin berdebar jer. Hahahahahaha...... Borak punya borak, mereka nak mendaki Gunung Datuk juga cuma ada beza sikit iaitu mereka buat trans. Tak pasti mereka parking kereta di kaki Gunung Datuk atau Tampin. Semoga suksess guysss..... Sebenarnya dah tahu dia orang nak buat trans Naning. Hihihihihi........ Dia orang select-select punya buat satu hari jer trans. Aku dulu buat 2 hari.

Kami bertiga meneruskan perjalanan ke kaki gunung. Dalam kereta aku memberi cadangan agar kita mendaki awal pagi bersama team trans itu. Maka kita sempat melihat suasana matahari terbit di puncak. Naik awal, balik awal. Mereka mengiyakan tanda setuju. Mmmmm..... dia orang ni cakap apa pun semua setuju. Huhuhuhu........ Cermin depan kereta mula kelihatan titisan air hujan. Ini cabaran guys. Masak kita kalau hujan awal pagi ni. Hujan on trek is good. I like. Tapi hujan sebelum trekking, memang bercinta sikit.

Di dewan kaki gunung kelihatan bercahaya dengan lampu kerana ada sekumpulan anak muda atau pelajar. Ada program motivasi mungkin. Sebaik sahaja parking, hujan mulai lebat. Kami cepat-cepat mencari tempat berteduh di surau hadapan. Hampar canvas dan landing. Hujan semakin lebat membuatkan suasana semakin sejuk. Kami terlelap seketika kerana hari masih awal. Hajat nak mendaki seawal pagi nampaknya terbantut.

Masa terus bergerak menghampiri Subuh. Hujan masih lebat dan mula beransur-ansur reda. Kami menunaikan solat terlebih dahulu. Seterusnya bersiap-siap untuk pendakian.

Sebelum jam 7 pagi, kami dah mulakan pendakian. Sebelum tu ada jer pendaki-pendaki lain dah mula mendaki walaupun hujan masih turun. Rasanya ada lagi yang lebih awal kot berdasarkan kereta-kereta yang parking sini. Mungkin dia orang dah mendaki jam 12 tengah malam semalam. Wiiinnnnnn.......

Pendakian pun bermula. Macam biasa trek sebelum check point pertama tu memang pacak dan licin. Layan jer.



8.12.18

--- Trans Naning, Gunung Datuk, Rembau, Gagak, 701 dan Kem Ultra ---

Hari Jumaat pagi, perlahan-lahan kumpul barang hiking. Mula dengan ambil beg. Kemudian matress. Buat bentuk dalam beg. Ambil sleeping beg. Letak paling bawah. Ada satu frasa, "yang kemudian didahulukan, yang dahulu dikemudiankan". Haaaaaaaa..... Ok, next is pakaian trekking dan pakaian tidur. Pergi dapur ambil pula peralatan makanan. Siap...!!!

Owh...!!! Kasut hiking jangan lupa. Tapi kasut dah koyak teruk la. Load ke dalam kereta. Gerak selalu.

Tiba di Melaka, aku perasan yang sebuah beg tak ada dalam kereta. Perghhhhh....!!! Terbaik. Yang ada cuma haversack, sleeping bag dan pakaian hiking jer. So macam mana?

Dalam group whatsapp, dak-dak KereX dah set untuk bergerak dari Melaka pada jam 5.00 pagi. Ok, awal tu nak gerak. Harap-harap tidak ada yang tewas.

Zzzz....Zzzz...

08 Disember

Solat Subuh di RnR Jejantas Ayer Keroh. Exit tol Simpang Ampat. Ambil jam 3 di bulatan. Drive sehingga ke simpang tiga antara Tampin dan Rembau. Singgah breakfast di situ. RnR belum buka. Hmmmm....makan roti canai sahaja.

Dapat info dari Rul bahawa parkir dah penuh. So kena parkir bawah. No hal lah.

Dah jam 8. Pendaki-pendaki semakin ramai. Siap ada liputan media. RTM katanya. Tapi line up kita belum cukup. Mana yang lain? Yang kelihatan Rul, Is, Izzat, Fifi, Gadis 1 dan Gadis 2.

Rul ajak pergi hantar kereta di Bukit Tampin, ending point. Perjalanan pergi balik lebih 30 minit.

Jam 10 baru mula mendaki... Berikut adalah line up Trans Naning :

  • Shahrul (gogo)
  • Fifi (guide)
  • Melor
  • Kovin
  • Aishah
  • Izo
  • Firdaus
  • Dauz
  • Iiema
  • Mus
  • Harith
  • Farah
  • Fitri
  • Eis (sweeper)

Dalam dunia yang serba maju ini, masih ada lagi yang nama Melor ek? Terbaiklah. Orang kata 'rare'. Apapun, sebelum mendaki sedikit taklimat daripada gogo dan bacaan doa. Sebenarnya dah lama nak hiking dengan dak-dak KereX. Akhirnya tercapai.


Taklimat daripada gogo








2.10.15

--- Gunung Datuk, kenangan terimbau kembali ---

Hmmm…gunung ni antara gunung yang banyak memori. Memori mendaki di zaman study. Gunung Datuk  menjadi gunung wajib dalam latihan setiap kali ada projek mega. Contoh, xpdc TransTT, V2, CUS, XGuKilu dan banyak lagi. Minggu study pun sempat mendaki gunung ni konon-konon nak hilangkan stress. Result exam hampeh jugak. Hahahahahahaha……..

Merupakan gunung pertama aku daki dan menjadi titik permulaan aku dalam aktiviti ini. POLISAS 2000.

Hari ni…..syukur pada Allah kerana masih diberi peluang untuk kembali mendaki gunung ini. Kali ini aku bersama-sama dengan sahabat saya, Azizah dan Linda. First time jumpa Linda, aku ingatkan dia individu biasa. Aku dok panggil Lin…Lin…Lin jer. Tapi sebaliknya ok. Biarlah rahsia. Kihkihkih…

Dari Pontian, kami bergerak jam 4.00 pagi. Subuh di RnR Ayer Keroh. Exit Simpang Ampat. Roundabout ambil jam 2. Terus hingga simpang tiga. Belok kiri. Kami breakfast dulu kat medan selara situ. Lokasi wajib kalau ke Gunung Datuk waktu pagi. Mulanya nak breakfast di RnR. Tapi u all tahu la makanan di RnR. Hmmmm….

Then dalam 10 minit gerak, masuk simpang kanan dan sampai kaki gunung. Sebenarnya, semua yang aku sebut dah ada signboard. Hahahaha….follow jer.

So different la jalan nak masuk ke kaki gunung. Dulu penuh dengan pokok-pokok getah. Sekarang dah cerah. Jalan tar jer sama.

Satu lagi istimewanya gunung ini ialah mengingatkan program xplorace baju oren. That program di buat ala-ala amazing race k. Ada task….kami kena pergi ke Tesco cari barang…..dapat duit…beli tiket bus ke tampin….tebar roti canai….cari maklumat sejarah setempat….terus ke kaki gunung….dan macam-macam lagi. Seriusly……best giler. Malam tu kami khemah kat kaki gunung. Ada game Buaya Biawak dan Pasar Malam. Satu trend SRM masa tu ialah, setiap camping, wajib ada malam kebudayaan.

Mendaki ni bukan hanya sekadar menjejakkan kaki di puncak semata-mata. Tapi build up our character, friendship and attitude. Itu throwback…..hahahahahaha…..

Ucapan TERIMA KASIH pada senior-senior aku pada masa tu. Tidak lupa pada Che Pul and the gang. You all the best.

Setibanya kami di kaki gunung, tiada siapa. Maklum la, hari Jumaat. Siapa nak mendaki kan. Jumaat hari kerja kot. Kami buat persiapan ringkas. Mula mendaki.

Trek kini lebih mudah apabila sudah ada papan tanda. Terima kasih pada organisasi pendaki yang membuat kerja-kerja amal ini.

Setiap pendaki perlu mendaftar dan membayar yuran pendakian RM 5 sebelum mendaki. Tapi orang tiket takder. So kami redah jer.

Trek gunung ni pada mula-mula tu memang pacak. Pacak sampai ke kerusi rehat kat atas sana. Lepas dari tu dah ok sikit. Berapa lama pacak? Mmmmmm…itu terpulang pada setiap individu. Cepat melangkah, sekejap jer. Lambat ko langkah, 3 jam pun boleh masa kat situ jer. Huhuhuhuhu…. Jarak rasanya kurang dari 500 meter jer.

Pendakian kami mengambil masa 2 jam lebih sedikit. Tiba dalam jam 9.50 pagi. Kedengaran sedikit guruh di langit. Itu tananya apa? Hihihihi….

Owh…masa kami mendaki tu rupanya ada seorang pendaki. Sorang-sorang mendaki. Kami jumpa masa berhenti berehat di kerusi rehat. Dari PD. Katanya buat training untuk ke Rinjani. Wow…amazing.

Tanpa berlengah, kami terus naik ke puncak batu. Wow…..apa pun tak nampak. Hahahahahaha….kabus ke jerebu ni? Rasa ada titisan air. Azizah cakap 15 minit jer kat puncak. Then turun. Baru 2 3 keping snap, hujan dah mula turun. Kami laju-laju snap dan turun. Kilat tetiba sabung menyabung dan guruh berdentum dengan kuat. Apa lagi, angkat kaki la.

Ada 2 orang pendaki lelaki Chinese sampai semasa kami tiba di puncak.

Perjalanan turun sejam lebih jer. Hujan masih turun sehingga kami sampai di bawah.

Alamak…! Orang tiket dah buka kaunter. Huhuhuhu…… Beliau minta kami buat pembayaran RM 5. Hihihi….

Kemudian, kami membuat persiapan diri secara ringkas. Bilik airnya tak best. So kami mandi di RnR Seremban je lah.

Selesai pendakian…..alhamdulillah…

DSC02715

DSC02716

DSC02719 copy

DSC02720 copy

sdr

DSC02722 copy

DSC02725 copy

DSC02727 copy

DSC02729

mde

DSC02732

dav

DSC02733

13.8.06

--- XGuKilu Training di Datuk ---

Training dulu sebelum berangkat ke Gunung Kinabalu.

Bersempena dengan Program Rakan Muda Rekreasi XGuKilu, kami jadikan Gunung Datuk ni sebagai salah satu gunung training dan team biulding. Hehehe...next gunung ialah Gunung Ledang.

Asalnya buat dua buah bus tapi last minit En Azhar xkasi sbb salah di sisi undeng2. So lepas dengan sebuah bus jer.

13082006208
13082006211
13082006217
13082006219
13082006224
13082006227
13082006233
13082006234
13082006249
13082006255
13082006269



13082006272 

20.3.05

--- Explorace Gunung Datuk ---

Ni kira xtvt berkembar. Mula buat xplorace dulu. Xtvt ni ala-ala EXPLORACE yg dlm tv tu. So bermula dari Melaka Central berbagai task kami harungi. Gi Tesco cari harga barang, cuci kereta umah saper tah, tukar tayar pancit la, mop lantai tandas MC dan mcm lagi. Paling xtahan kumpulan aku kena cari harga G-String. Iskh3... Group mana siap ke next task. Next bus reramai ke Alor Gajah plak. Sana pun ader gak task. Sejarah dan buat apam balik. Aduhai.... Pastu ke Gunung Datuk. Ader lagi task benda tah.... Mlm tu kami bermlm di kaki gunung dan men bermcm2 game. Antara game yg masih ingat ialah Pasar Malam dan Buaya-Biawak. Best time tu. Maklum la jd peserta......

Esoknya nek gunung...... Layannnn....






15.4.01

--- XPDC Belantara I Cabaran Gunung Datuk ---

XPDC pertama di POLISAS. Masa tu aku join Kelab Kembara POLISAS. Hehehehe.... di sinilah bermulanya dunia hiking aku. Boleh?




Siap buat abselling lagi di puncak Gunung Datok. Hehehehe....


Ambil pic ramai2.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...