Showing posts with label pEndapat dan pErbincangan. Show all posts
Showing posts with label pEndapat dan pErbincangan. Show all posts

4.5.22

--- Raya Terkejut ---

Permainan media memang macam tu. Yang baik sedikit jer dipamerkan berbanding yang sensasi, fitnah, tak betul, kontroversi dan lain-lain. Dia claim dapat informasi. Tapi mana bukti sumbernya? Semuanya hanya andaian dan juga ambil dari sosial media.

Aku tak rasa ramai orang terkejut atau kelam-kabut raya Isnin. Terkejut tu ada la cuma tidaklah seperti yang digembar-gemburkan. Hakikatnya orang ramai lebih banyak yang layan sahaja. Tak kisah raya bila pun. Tapi media menunjukkan bahawa satu Malaysia panik. Adakah itu cara mendidik generasi?

Nak tanya, kalau raya jatuh Selasa, adakah semua orang bersedia? Hmmm...sama jer. Jem tetap jem. Barang tetap mahal. Baju tetap tak siap 100%. So why bother..... Hahahahahahahahaha......



14.4.16

--- Penjual Tidak Sopan, One Communication ---

Entry ni bertujuan nak story dan shared bagaimana sikap penjual terhadap pelanggan. Bagi aku, kata-katanya sangat tidak sopan walaupun sekadar hanya satu sinisan. Rasanya korang pun pernah alaminya. Mungkin lebih teruk lagi. Kini, pelanggan bukan lagi raja dalam ekonomi. Istilah 'customer always right' dah tak boleh pakai. Malah, pelanggan pula kini dalam situasi terpaksa atau dipaksa membeli. Hmmmm.....


Hari ni aku pergi kedai menjual peralatan radio amatur, One Communication Sdn. Bhd,#onecommunication Shah Alam. Tujuan? Nak beli radio. Bukan radio yang tuk dengar Era, Hitz, Sinar, THR bagai tu. Ni radio untuk cakap punya. Omputih panggil handheld.

Dari luar kedai, kelihatan 3 orang berada di kaunter. 2 lelaki, seorang perempuan.

'Ye encik....', sapa orang kedai.

'Saya nak cari radio.', kata aku.

Seorang budak lelaki, mempelawa aku ke bahagian jualan. Istilah budak bukan beerti dia budak sekolah. Maksud aku, lebih muda dari aku. Lebih rendah dari aku.

'Ok, abang nak beli yang mana? Kalu dari segi harga, ramai orang guna TYT ni', tanya orang kedai tu sambil menunjukkan salah satu model TYT..

'Saya sebenarnya nak cari yang rare. Ada tak?', tanya aku.

'Rare yang macam mana tu bang?', tanya dia.

'Ada tak sini yang jual touch screen?', balas aku.

Sambil terkebil-kebil dan senyum sedikit, dia jawab, 'Saya tak pernah jumpa plak. Model apa ek?'

Perbualan terus berjalan dengan rancak. Aku test semua model kecuali Baofeng dan Motorola. Aku jenis orang mencari model berdasarkan design dan jarang orang pakai. Itu juga yang aku nyatakan pada budak tu.

Ok, dalam banyak-banyak tu, aku berkenan dengan Yaesu, yang waterproof. Sayang sekali model tu hanya single band sahaja. Huhuhuhu.....

Akhirnya, aku pilih TYT UV8000D saja.

'Warranty berapa lama?', tanya aku.

'Owh....ni warranty 3 bulan jer. Yang branded jer warranty 1 tahun.', terang budak kedai tersebut.

'Eh. TYT ni made mana?', tanya aku sedikit terkejut.

'Ni brand China bang. Dia satu company dengan Boafeng. Tapi dalam keluarannya, TYT ni paling kualiti.', jelas beliau dengan panjang lebar.

'Cis!!! Kalau tahu China mari, aku tak beli.', detik dalam hati ku.

'Boleh tak awak test dulu radio ni.', pinta aku pada budak kedai.

'Test yang macam mana ye', tanya dia kembali.

'Test ler samada boleh hantar dan terima signal', kata aku.

Dia berfikir. Kemudian dia tanya minah yang sedang mengadap komputer kaunter sana.

'Frekuensi apa yang available nak test? Nak dengar jer.', tanya budak ni pada minah tu.

'Actually signal sini tak berapa kuat. Dok dalam bangunan ni, lagi la tak dapat. Kalau test kat luar pun dapat tak jelas. Kawasan ni berbukit sikit..........

Aku cross line, '.....cuma test keberfungsian radio ni saja. Tak tahu mungkin alat ni rosak. So tak perlu la saya patah balik..' jelas aku sambil senyum.

Jawab minah tu,'...saya tengok pengetahuan abang tentang radio pun........mmmmm......so actually memang nak test susah.'

Aku lepas dengar dia bagi ayat macam tu, dalam hati macam agak sentap. Tapi aku masih mampu senyum dan mengangguk kepala. Korang perasan tak bagaimana dia jawab? That yang membuatkan aku sirap.

Then aku kata pada budak tu suruh buat bil jer.

Tetiba..... 'cuba test dengan radio satu lagi. Sent mesej pada TYT tu. Guna je apa-apa frekuensi.', kata minah tu.

'Haaaaaaaaaaaaa....itu maksud saya. Uji keberfungsian radio.', tegas aku.

Mungkin minah ni baru faham kot. Lambat pickup. Tak semestinya test nak kena ambil frekuensi yang besar. Simplek pun dah cukup. Dia siap tanya sebelum nak test tu samada aku ada lesen atau tidak.

Dalam hati aku, siapa yang bodoh sebenarnya. Aku sebenarnya masa ni dah 80% nak blah jer. Tak nak beli. Tapi sabar jer.

Mamat tu terus set dan test. Suksess. Buat bil. Masa bil tengah tulis tu, aku rasa macam nak kata tak nak beli dan balik. Biar padan muka. Nanti bil tu suruh minah tu yang bayar.

Aku ucap terima kasih pada budak tu dan balik.

16.5.14

--- Stress....Stress...Stress..... Pihak Atasan Minta Entry di Padamkan ---

Baru2 ini aku dengan gigih dan komitted seperti biasa, mengeluarkan satu entry. Ia berkaitan sebuah jabatan. Ye lah aku kan as photographer as usually bila ada sebarang event. Event ni dihadiri oleh pihak atasan. Atasan mana? Ada la. Hihihihihi...... bla...bla...bla.....
 
Then, aku pun edit dan gigih dalam kesiputan internet, publish la that artikel. After 3 hari, aku terima satu mesej from my bos as me to remove that entry. Reason is, takut orang luar manupulate or boleh menimbulkan kontroversi. Katanya. Lagi alasannya, ada hamba Allah ni akan tergugat dari segi kenaikkan pangkat.
 
Ok, aku pun dengan berat hati dan sentap, menarik balik entry tersebut. Aku buat satu lagi entry yang memberitahu penarikbalikkan entry tadi. Tengah malam ok!Tengah malam, aku dapat mesej from my bos meminta, 'pemberitahuan' itu pun kena remove. Aku baca mesej dan buat tak tahu. Aku mcm malas nak layan. Then dapat lagi mesej susulan berkaitan perkara tersebut. Lalu, aku pun tarik balik juga. Hmmmm....
 
Semua perkara ini bukan kehendak bos aku tapi bos aku punya bos. Ada 2 kali bos lagi atas bos aku ni. Paling terkejut dan aku tak sangka, entry itu mendapat view paling banyak hanya dalam masa 3 hari. HOT sangat isu tu. Hahahahaha.....
 
Aku sebenarnya tak kisah tapi bila dia bagi alasan bahwa menggugat kenaikan pangkat tu yang buat aku nyirap. Buat apa nak takut artikel tu. Kalu ko buat kijer betul dan jujur, nothing to worry. Tapi, takpalah. Biarlah kan.....Hmmmm........
 
Actually, aku ..........hahahahaha...jeng...jeng...jeng......

21.9.13

--- Biografi Agung Rasulullah ---


Alhamdulillah selesai membaca sebuah BUKU yang terhebat pernah aku beli dan baca. Tajuk buku ini ialah Biografi Agung Rasulullah. Just nak share apa yg aku baca ni dengan korang. Benda baik, rasa rugi kalu xshare kan.

Tapi terlebih dahulu, buku ni ader sedikit kekurangan dari segi susunan gaya bahasa. Tak banyak yang KURENG sebenarnya. Just beberapa tempat tapi agak memberi kesan skit. Dalam Bab 14 Peperangan-Peperangan Yang Dilalui Rasulullah terutamanya, terdapat beberapa barisan ayat yg bila di baca macam xfaham dan berulang. So, bg saya ianya memberi kesan kualiti sesebuah buku itu.



Ok, jom aku story yg best tentang buku ni plak. Buku ni sangat best dan hampir2 membuatkan aku menitiskan air mata. Terutama Bab 15, 16 dan 17. Bab ini menceritakan saat bermulanya Rasulullah jatuh sakit. Kemudian Baginda tidak dapat mengimamkan Solat Subuh. Maka Baginda meminta Saidina Abu Bakar menggantikan Baginda.

Seterusnya bahagian paling sebak ialah di mana datangnya seseorang pada ketika itu, memberi salam di rumah Baginda (rumah Aishah). Orang itu ialah malaikat Izrail (Malaikat Maut). Kemudian di susuli malaikat Jibrail. Suasana terus hiba takkala Rasulullah menyatakan sakitnya apabila roh sedang ditarik keluar dari jasab.....

Mungkin korang xrasa sgt baca ayat kat atas tu. So anda kena baca dan hayati detik2 tersebut. SERIUSLY..... I'm not joke.....


Dalam bab2 awal dan lainnya, yang menarik minat aku, seperti, umur Saidatina Aisyah diwaktu diakad nikahkan dengan Baginda. Sesuatu yang aku baru tahu.

Seringkali kita mendgr statement 'perempuan pun boleh minang laki'. Pastu kita samakan dengan Khadijah meminang Rasulullah. Sebenarnya SALAH. Haaaaaaaaaaaaaa........ mesti korang macam tertanya2kan. Nak tahu la tu. Buku ni ada di jual di MPH. Hahahahaha........ gurau jer. Nak tahu, kena la baca. Baru la feeling.

Hmmmm.....kalu aku tulis semua yg best tentang buku ni kat sini, korang tentu xnak baca. Sebenarnya banyak lagi cerita2 menarik tentang Baginda di dalam buku ini. Ada part gembira, tenang, sedih dan sebagainya. Tapi paling menyentuh perasaan ialah bab yg aku story kat atas tadi.

Oleh itu, JOM BACA.....


19.12.10

--- tiPu lAgi @ EXPO PC ----

Siang td aku g n mmber2 gi lagi Expo PC tu kat MITC....kali ni pengalaman kat Maxis beruk band plak. Dia promote dpt free modem dgn hanya rm48 bayaran bulanan kalu guna postpaid. Tak kisah la tu.

Pastu dia promote lagi bahwa modem free ni laju dan diaorg dah upgrade. Setahu aku beruk band tu 3.56mps. Cam no dia kata dah upgrade 7.2mps. Punya la nak menipu, dia test yg pada laptop dia, guna 7.2 punya. pastu kata modem yg free tu sama laju ngan yg dia test tu. Eeeee....xlogik lah......nyirap jer aku.

Kami pun xjd lah nak reg. Tapi kami pusing balik ke kedai tu. Kali ni jumpe org len. Salesman tu citer lain plak. Siut tau........

17.12.10

--- pEnjual yg suka menipu ---

17 hingga 19 ader expo pc kat MITC Ayer Keroh. Aku n beberapa org mmber punya pulun nak gi usha barang2kan..... Aku nya target nak beli printer jer. Tuk kerja2 printing album wedding jer. Sampai pada satu kedai EPSON punya printer bagai2. Mcm biasa la pada printer tu dia letak gambar yg superb punya printing. Konon2 di print dari printer tersebut. Kualiti kertas adalah kertas photo.

Sales tu punya terang itu ini bab2 printer EPSON yg dia bangga2kan tu. Single Catrige la. Jimat la....bla...bla...bla.... Pastu dia demo lagi ink EPSON tu xlunturkan hasil printed. Percaya la sbb dia mmg tunjuk. Pastu aku tanya betul ker pic model ni printer tu yg print? Dia kata ya. Confident n compom.

Aku kata aku ni photographer. Nak buat kijer. Dia dgr jer terus offer printer yg mahal punya. Cam biasa dia terang lagi katanya printer mahal ni ader 6 color. Pic lagi superb. Last skali aku kata, u cakap banyak pun xguna. Skrg u print i nak tgk hasil dia macam pipc model tu. Dia terus sengih dan cakap bahasa Cina ngan mmber dia.

Dia kata aku kena beli dulu. Aku pun kata, kalu mcm tu xjdlah. Tq je lah.....siut punya salesman. Nak menipu pastu kantoi....

1.12.10

--- kUciwa wit GSC Dataran Pahlawan ---

Dah lama tak tulis blog rasanya. Kali ni nak story2 sikit about Harry Potter and The Deadth of Hollows. Masa mula2 keluar tu mmg semangat giler nak gi tengok. Tapi memangdangkan time tu ader hal sikit maka xdpt gi tgk. Plan la nak pergi esoknya. Hehehe....

Keesokkanya pun pergi la aku sorg2. Tgk wayang sorang2 ni layan beb. Hihihi.....masa nak beratur beli tiket, jumpe Napie, Capeng dan mmber diaorg. Kebetulan nak tgk wayang Harry Potter sama. Maka join the club je lah.

Time wayang kul 3.40 petang. Dipendekkan cerita masa muvie nak mula tu tetiba xder sound. Mula mmg dah lambat. Pastu tetiba sound plak xder. Muvie terus play. Audion dah bising2 kat dlm tu. Booooooooooooooooooo.......

Dah melewati jam 4 petang tp xsettle2. Bila sound dah ok, dia pun play la muvie tu tp bukan mula dari awal, malah setakat mana muvie tu play. Sbb masa rusak tu diaorg xstopkan muvie tu. Menyirap jer. Sekali lagi audion boooooooooooooooo....... dan mereka pun play semula. Kisahnya.....

Spirit Harry Potter tu tidak sampai di situ sahaja. Aku plan nak gi tgk lagi sekali citer tu. Rabu lalu, aku g tgk Harry Potter lagi sekali. Hahahaha..... Kali ni dgn Ery, Bino n Sharil. Mcm biasa la start muvie xpernah on time. Mesti lambat 15 minit -+. Tapi dah xkisah sbb aku dah tahu cerita. Hehehe....

Aku mmg kusyuk la tgk citer tu. Tapi Sharil boleh plak tidur. Entah apa2kan. Rupa2nya dia dah banyak potong beb. Eeeeee....xpuas hati giler. Mana2 yg baru tgk mmg xperasan sceen yg potong tu. Mampus la kan..... mmmmmm....

~~~end~~~

19.7.10

---dRiver bUs oh dRiver bUs---

Di tujukan pada driver bus UTeM:

Topik yang jarang dan mungking tidak pernah terlintas di fikiran kita untuk dibincangkan. Naper aku tetiba pilih topik ni ek? Saper tau? Haaaaaaa......

Aku terpanggil untuk tulis tajuk ni kerana baru balik join trip KeReX, Kerex Junior Panti-Arong. Masalah yang selalu di hadapi selain kerenah peserta2 ialah komunikasi dengan DRIVER BUS.

Ini pengalaman sendiri la. Dari aku mengaji kat POLISAS, pastu samb PSP. Sambung lagi UTeM, semua perangai driver bus hampeh. Serius dow. Bukan la saya kata semua driver bus cam tu, tp kebanyakkan la. Ader sorg dua jer yg sekepala.

Bila kita nak buat program, perkara poning pala ialah nak komunikasi dengan driver bus. Kita nak g xpdc dengan mode happy2, tp tgk muke driver bus jer yg dah mcm tuttttttttttttt...... terus potong.

Saya di sini terpanggil, nape la driver ni berperangai gitu. Rasanya mmg itu kijer dia. So hantar je la. Dia mmg hantar tp banyak songeh la. Kadang2 bila kita nak cowtim drop kat sana, sini atau mana2 la kan, bukan main bising. Pada hal dalm lokasi yg sama jer pun. Dia merasakan seolah2 benda tu menyusahkan dia. Heran la. Dia sanggup lagi biarkan pelajar jalan jauh dari dia pergi ambil. Padahal jalan tu sama jer dia lalu. Mana hati perut dia?

Seingat saya dan pengalaman rakan2 yang lain, tidak pernah la buat tak elok pada driver. Malah kami nak jaga lagi. Tp sifat dia mcm tu mmbuatkan beribu2 doa dan sumpah seranah pada driver bus tu. Kan xelok tu.

Setahu saya, diaorg dpt elaun la tuk OT. So naper xsyukur? Malah sombong n bongkak lagi.

So pada mana2 driver bus IPTA ni, kalu terbaca blog ni, mungkin boleh bagi penjelasan. Mungkin kami tidak tahu perkara disebaliknya. Sama2 kita kongsi lah ye.... Zassss.......

~~~end~~~

17.12.09

--- 1 tAmparan uNtuk 3 jAwapan ---

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air.
Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau siapa saja yang bisa menjawab 3 pertanyaannya.

Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.

Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak
mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencoba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:


1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud Tuhan kepada saya


2.Apakah yang dinamakan takdir


3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : (sambil menahan sakit) Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.


Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak bisa.
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

Fikir fikirkan dan selamat beramal...:)

17.11.09

--- bUnyi hP jEr, sEmua oRang tEngok ---

Macam biasa bila time break kul 12.30 hingga kul 2.30 petang, aku lepak2 jer kat library. Malas nak balik walaupun umah dekat. Tengah aku blogger, hp ladies kat meja depan aku ni berbunyi. Punya la aku heran sebb semua org terus tengok pada dia. Fuad yang tengah guna komp library kat depan tu pun nak mendonggak kepala nak tgk. Aku? Aku menjeling jer. Aku melihat dengan ekor mata jer. Sbb masa tu aku nak tengok apa respon pelajar2 lain. Now aku dpt lihat reaksi diaorg.

Minda ku terus meneka-neka apa yang mereka fikirkan dan apa tujuan mereka tengok pada ladies tersebut. Mungking nak bagi tanda suruh off hp tu? Atau marah dengan bunyi hp tersebut yg kononnya mengganggu ketenteraman mereka.

Walhal yg tgk tu semuanya pelajar yg bukan study pun. Sembang2 jer. Budak lain yg study kusyuk jer study. Tak pandang pun ladies tersebut.

Ladies tersebut budak KPLI gak. Hehehehe....alah satu permainan hoki dengan aku. Nasib baik xder camera. Kalau tidak compem pic dia dah masuk dlm blog ni. Terkenal la nnt.

--- bEnarkah gUru pUnca mAsalah mUrid/pElajar di sEkolah? ---


Seperti hari2 biasa, setiap pagi aku mendengar Hot FM. Dengar tu sebb nak dengar Panggilan Hangit. Di samping itu ada la selingan dengan Hot Chat. Pagi ni DJ dia ialah Faizal Ismail bergandingan dengan selebriti Azhar Sulaiman. Si Fafau cuti mende tah.

Pagi ni Hot Chat agak menarik dan sagt menarik perhatian aku untuk mendengarnya. 'BENARKAH GURU PUNCA MASALAH MURID/PELAJAR DI SEKOLAH?'. Of course menarik perhatian sbb aku kan Guru.

Boleh dikatakan lebih 60% pemanggil bersetuju dengan tajuk di atas. Ada macam2 pendapat dan pandangan la yg diaorg kasi. Ada yang membuatkan aku tersenyum dana da yang membuatkan aku menyirap sikit jer bile mendengar pendapat mereka.

Ada yang kata guru kat sekolah malas la, xambil berat pelajar bermasalah la, pengajaran yang membosankan la, xbersedia la, garang la, selalu maki hamun, selalu bagi denda dan macam2 lagi la. Hanya beberapa pemanggil jer yang memberi pendapat membela guru. Tu pun sebb pemanggil tu adalah guru dan GB jer.

Aku di sini terpanggil untuk berkongsi pendapat dan idea. Rata2 pemanggil memberi komen secara tidak menyeluruh. Mereka hanya memikirkan masalah itu pada site mereka sahaja. Pernahkah mereka terfikir keadaan yang dihadapi oleh guru masa kini. Mak ayah senang la kata guru itu ini, tapi bile anak mereka balik umah report guru buat itu ini, terus serang guru tersebut. What the **** kan. Ada sesetengah parent tu just anggap sekolah ni seperti umah asuhan. Diaorg hantar dan terus gi kerja. Balik datang ambil. Esok hantar lagi. Hmmmm...baik xyah jadi parent. Jgn buat anak la kalu mcm tu.

Ada satu ibu tu komen kata "gurulah yang perlu berperanan mencorakkan anak2 mereka bla...bla...bla..." (lebih kurang cam tu la). Adakah u all setuju? Aku tak tahu nak cakap apa kat wanita. Pastu ada yg kata "guru dibayar gaji untuk bla...bla...bla...". Kalau begitulah pemikiran parent zaman sekarg, aku melihat mereka ini seolah-olah kawin, beranak pastu hantar sekolah. Nak jadi apa jadilah. Kalau baik alhamdulillah tapi kalu xbaik guru adalah punca. Wah! Senang nya hidup.

Kita kena faham juga bahawa guru juga manusia. Kadang2 emosi terganggu. Betul mmg guru telah dilatih mengawal emosi tapi guru tetap juga manusia. Bukan manusia separuh robot. Untuk masalah disiplin pula guru hanya sekadar memberi kaunseling dan nasihat. Kalau nak buat lebih2 nt kena saman. So di sini parentlah yg sepatutnya memainkan peranan. Parent lebih punya hak dan merekalah pencorak sebenar. Bukan guru semata2. Zaman skrg pelajar yg melebihi umur 18tahun pun boleh saman parent atas dasar dera. Baru mak ayah tau. Padan muka. Sekali lagi saya tekankan bahawa guru bukanlah punca untuk semua masalah pelajar tidak berjaya atau berdisiplin.

Aku tidak menafikan semua pendapat yg pemanggil bagi. Ada kebenarannya apa yg mereka katakan. Tapi bukan la majoriti. Ada sesetengah jer. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Saya tidak beremosi dalam memberi pendapat ini. Cuma memberi gambaran secarah menyeluruh. Kalu parent kata itu ini tentang guru, fikir2kanlah juga keadaan guru. Guru zaman dulu lain dengan skrg. Pelajar2 zaman dulu takut bawa balik cerita2 kepada ibubapa kerana takut kena hentam lagi. Sebab tu la mereka2 ni berjaya.

Ada sorg pemanggil ni mengucapka terima kasih pada gurunya kerana selalu denda dan cubit sbb xbuat kerja sekolah. Sekarg dia berjaya dlm hidup. Dia kata kalau bukan sbb denda itu, dia mungkin masih malas dan xkan berjaya seperti sekarang.

Oleh itu xder mana2 pihak yang salah dan betul. Baik pihak sekolah dan ibubapa perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini. Saya suke cara Azhar Sulaiman menangani masalah tersebut dengan berkawan baik dengan seorg guru di sekolah anaknya dan selalu bertanyakan tentang keadaan sebenar anak2nya. So di sini tak timbul masalah kerana beliau boleh mengetahui hal sebenar jika berlaku sesuatu perkara.

Ok...moh la kita sama bekerjasama. Manusia adalah satu makhluk yang kompleks dan sukar untuk dijangka. Tapi Allah menjanjikan kemenangan bagi mereka yang berusaha ke arah kebaikan. Insya-Allah.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...