Ok...jom kita sambung.
Settle semua, kami pun mula bergerak turun sepantas mungkin. Abang Jack pun dah boleh gerak pantas sedikit. Tadi pun dah boleh makan nasi berlauk yang di bawa oleh SAR.
Layan view guys. Selalunya time turun semua orang laju. Pergilah mana-mana trip pun. So, begitu juga kami. Tak banyak isu sangat. Trek pun kering dan bahagia. Memang berlari la kami turun.
Untuk pengetahuan u all juga kan, actually trail ni tidak sesukar mana. Sepanjang trek aku berfikir bahawa 90% trail ni ada di Malaysia dan korang pernah laluinya lebih teruk dari ini. 10% lagi adalah jarak dan cuaca.
Bagi mereka yang merancang untuk menawan Puncak Loser,
no problem.
Ada la sesekali turun tu, terhenti seketika sebab sakit Abang Jack datang semula. Mujur ada team SAR dan Mr. Happy Happy yang follow. Ada satu masa tu, sedang Abang Jack tengah sakit, kami tergelak kecil di belakang apabila melihat gambar keluar paper. Sekali kena sound ngan Abang Jack, "hampa dok gelak apa wei. Aku tengah sakit ni. Tak kena kat hampa tak pa la...". Kami terus senyap.
Ustaz plak..... "hahahahahaha....ada orang kena marah....hihihihihi....", ejek ustaz dalam nada yang rendah dan kelakar. Selepas dari itu, kami berundur sikit agar jauh dari Abang Jack. Ye la, dah kena marahkan. Huhuhuhuhuhu....
Kami tiba di Bivak I dan berehat seketika. Berehat bukan sebab penat. Cuma nak check laman sosial dan menjarakkan diri dari Abang Jack. Selepas dari itu, kami terus berlari hingga ke Kem Pintu Air.
Firstime, Abang Lan berjalan dibelakang kami masa on the way dari Angkasan ke Bivak 1...krik krik...krik krik... Selalunya dok depan jer. Bersama group kami ada seorang anggota SAR sebab dia menjaga Semirul.
Amin juga so caring hari ni sebab tolong bawakan beg Semirul. Waaaaaaaaaaaa...
Bila sampai di Kem Pintu Air ni dah tak jauh dah. Sepanjang trek ini dari Bivak I henset tu asyik berbunyi whatsapp jer.
Gayo Lues dari Bivak I
Jam semakin menghampiri 4 petang. Sesekali terdengar bunyi motor. Dari situ kami dah tahu bahwa kami semakin dekat pintu rimba.
Alhamdulillah....kami selamat tiba di pintu rimba. Kami pun berjalan terus tanpa fikir apa lagi.
Dari jauh kami nampak macam ada motor cross. Dalam fikiran aku, wow, dahsyat SAR ni. Siap ada motor cross tunggu. Kami pun mempercepatkan langkah.