22.8.20

Taman Negara 3 Episod Terakhir

Semalam lagi dah ada perbincangan tetang Canopy Walk Way. Ia berkisarkan waktu samada sempat atau tidak. Katanya hari ni akan ada jem di situ berikutan hari cuti. So kalau lambat, memang tak sempat. Ye lah, hari ni dah check out.

Ok, macam biasa, tunggu depan lobi. Awal pagi tadi sebenarnya hujan guys. Pagi ni pun hujan renyai-renyai. Menurut driver 4x4, akan ada masalah di canopy jika hujan. Samada buka atau tutup pada hari ini. Maka berdoalah kami agar diberikan perancangan yang baik.

Breakfast tidak disediakan. Sendiri-sendiri. Mujur ada kakak baru buka meja jual kuih. Sarap dulu. Sarapan seadanya.

Penantian satu penyeksaan guyssssss......!!!

21.8.20

Taman Negara 2

Morning guys... Macam mana aktiviti semalam? Best? Haaaaaaa.....jangan tipu. Jawab jujur jer. Hahahaha.....

Seperti yang di ingatkan oleh Husna semalam, jangan lewat. Kami pun turun berkumpul seawal jam 7 pagi. Tak boh dah kena tinggal macam semalam.

Tapi kami tidak bernasib baik apabila katanya jam 10 pagi pula. Tak ingat apa sebab. Siapa ingat sebab kita lewat? Tulis kat komen k.

Sarapan dulu di warung berdekatan.

Tidak dapat detect gambar dari kamera siapa

Gambar Wan Nazri

Hari ini akan ada beberapa destiansi menarik yang telah disusun oleh Labu. Destinasi pertama hari ini ialah Lata Bakoh. Tahu apa yang istimewanya. So nanti sampai baru kita tahu.

Satu bot hanya boleh dinaiki 3 hingga 4 orang shaja. Perjalanan hari ini lebih jauh berbanding semalam. Sampai ada yang tertidur. Tak ada basah-basah sebab kumpulan dah pecah. Hummmm... Selamat kamera.

Banyak melayan keindahan hutan sepanjang perjalanan. Sedap mata memandang dan damai. Bestnyaaaaaa....... Boleh baring atas bot tengok atas.

20.8.20

Taman Negara 1

Hai...hai...hai.....lama tak mengarang. Tak tahulah apa dah jadi pada entry-entry aku sebelum ini. Macam tak kemas dan terabai? Arghhhhhhhhhhhhhhh.........Sejak PKP, macam-macam hal berlaku. Owh...tak dapat bayangkan. Daripada seorang yang coffee addicted, kini aku dah tak boleh minum kopi atau kafien. Nescafe paling memberi kesan. Pernah sekali haritu aku minum neslo. Perghhhhh...!!! Malam tu aku rasa tak sedap mental.

Oklah, macam biasa, episod pertama selalunya aku akan merepek menceritakan perkara-perkara yang tak penting sangat dalam kehidupan korang. Tapi, tidak bagi aku. Aku rasa penting untuk menceritakan situasi sebenar.

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......!!!! Ok, Jumaat malam, aku mesej Hafiz dan bertanya jam berapa esok pagi nak gerak. MACAM BIASA, HARI NI MESEJ, 3 HARI KEMUDIAN BARU REPLY...! Aku tak terkejut sangat malah aku menjangkakan ia berlaku. Ok takper. Aku pun packing lah malam tu hingga jam 2 pagi. Then tidur. Mesej dah dapat sebelum tu yang menyatakan gerak jam 7.30 - 8.00 pagi. Dalam fikiran aku, "hanya sekadar menjawab soalan sahaja". Normal la manusia. Mana nak tepat masanya. Hahahahahaha.....

Keesokan harinya. Jam 7.15 pagi dah siap menunggu di luar rumah. Hand phone berbunyi, tanda menerima mesej. Katanya, "lagi 5 minit". Fikiran aku ligat berfikir, "5 minit apa? 5 minit nak sampai? 5 minit lagi baru nak gerak? 5 minit lagi baru nak packing? bla....bla.....bla......"

Kurang jam 8 pagi, kami dah berada di jalan raya menuju ke Kuantan. Singgah sarapan nasi kerabu di Endau. Jalan terus. Singgah di Pekan isi gas. Sambung lagi hingga sampai Kuantan. Dah jam 12 tengah hari. Waaaaaaaaaaaaaaaaaa.......lamanya perjalanan. Ikutkan, Mersing - Kuantan 2 jam lebih jer. Tapi entah kenapa hari ni lama sangat nak sampai Kuantan.

Mesej Labu, tanya kedai basikal area Kuantan. Alang-alang dah sampai Kuantan. Why not. Labu mensyorkan ABC (Adham Bike Center) dan Kedai Basikal Recond. Kedua-duanya tak ada roadbike. #kecewa.

Jam 12.30 tengah hari.....rakan-rakan dah up lokasi nyata (live location). Dari Kuantan ke Kuala Tahan is about 2 jam lebih. First activity is at 3.00 pm. ETA map menunjukkan kami akan tiba di sana pada jam 3.15 petang. Ko rasa sempat ke tak? Memang tak la. Tapi kami terus berdoa.

Melihat live location, ada 3 buah kereta yang sedang bergerak menuju ke destinasi. 3 buah itu termasuk kereta kami. Jika lihat penama live location tu ialah Izwan Yusuf. Kami bersaing dengan kereta dia.

Sehinggalah ayat dari Labu yang membawa maksud tidak boleh tunggu lagi. Maka time tu kami redha je lah tak dapat joint aktivity water shooting. Kami ngam-ngam sampai selekoh masuk ke Asia Camp.

Benarlah....rezeki Allah itu Maha Luas. Labu call dan beritahu yang abang 4w akan balik untuk ambil kami bertiga. Allahuakbar...lega rasanya. Aku memang tak tukar baju dah. Baju inilah aku pakai untuk water shooting. Hafiz and Ustaz jer tukar seluar. 4w pun membawa kami bertiga ke jeti Kuala Tahan. Rakan-rakan lain setia menunggu. Ok....aku kenal Azam sebab pernah trip dengan dia, Trans Jerging. Sorang lagi is Izwan Yusuf. Follow in IG. Labu tak yah story la. Dia memang influencer walaupun gambar-gambarnya tak cecah 100 likes. Hahahahahahaha......Alaaaaa, gurau jer. Muah....!!!

Ok.....jom naik bot. Aku sempat tanya Labu, tak basah ker water shooting ni? Dia kata basah sikit-sikit jer. So, aku pun bawa kamera. Team kami 2 bot panjang. Permulaan bot gerak jer dah ada tanda-tanda akan basah apabila boatman menggoyangkan bot. Aku dah lain macam ni. Mana nak simpan kamera. Tetiba orang depan dah mula menyimbah air. Aduhhhhhh...........nasib baik Labu ada. Labu kata boleh simpan dalam beg ajaibnya. Fuhhhhh....selamat kamera. Sebaik sahaja kamera disimpan, makin rancak la aktiviti air. Memang basah habis. Tapi bot satu lagi kering jer.

Gambar ihsan @adizaidin
 
Gambar ihsan @azamhatha

Sebenarnya aku tak tahu water shooting ni apa aktivitinya. Main sebut jer. Selepas dah basah tu, kami singgah di sebuah perkampungan orang asli kaum Batik.

Kami diperkenalkan dengan cara hidup orang asli kaum Batik. Guide ada tanya, mana asal usul orang asli ini berdasarkan warna kulit, rambut bla...bla.... Kami tak tahu. Kata guide, mereka berketurunan Negrito. Di bawa masuk oleh komunis melalui Thailand. Sambil mendengar dan membuat nota ringkas, terfikir......ye ke fakta tu? Afrika sana jauh. Macam mana dia orang ni boleh sampai ke Asia dan di bawa masuk ke Tanah Melayu? Arghhhhhh........ 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...