27.11.21

--- Mersing FA vs Muar FA, Piala Tuanku Temenggong Johor ---

Ok...ok.... Jom saksikan perlawanan antara Mersing FA dengan Muar petang ni.

"Jurufoto hanya boleh ambil gambar dari penjuru sana atau penjuru sinun jer". Aku dapat pesanan begitu.

Aku macam termenung seketika. Sambil memikirkan apa yang aku boleh shoot dengan kekangan demikian. Sebelum ini ok jer aku boleh pusing padang. Hahahahahahaha..... Mungkin masa tu tak ada penguatkuasa undang-undang kot yang memantau.

Tapi aku ambil itu sebagai satu cabaran kerana peraturan memang tak boleh langgar la kan. Kena hormat peraturan yang telah ditetapkan.

Tiba-tiba, "....ni ada bip lebih tak? Bagi dia satu. Nanti awak pakai, awak boleh hujung sana dan hujung sinun je". Aku rasa tersenyum sedikit kerana pertolongan Allah dah datang. Alhamdulillah....

So ini jelah hasilnya. Tak seberapa dan tak power sangat. Masih belajar lagi.




20.11.21

--- Mersing FA vs Penggerang ---

Difahamkan ini first match setelah beberapa siri friendly sebelum ini. Mersing FA vs Penggerang. Perlawanan berlangsung di Stadium Mini Kota Tinggi.

Keputusan, Mersing 2 - Penggerang 0.

Game boleh dikatakan agak keras petang ini. Banyak kejadian-kejadian yang tidak diingini yang normal berlaku dalam sesebuah perlawanan. Termasuk kejaman bertalu-talu kepada pengadil. Hummmmm.... Why alway pengadil selalu kena maki-maki. Kesian dia. Tapi kadang-kadang memang nampak sangat. Hahahahahahahaha...... Takper-takper. Pengadil pun manusia biasa. Kaannnnn...... 










14.11.21

--- Kembara Orang Muda Johor di Gunung Arong ---

Last mendaki gunung ini pada Hari Merdeka iaitu pada tahun 2015. Klik ini. Sebelum itu ada lagi iaitu pada 20.07.2010, klik ini dan 01.06.2010, klik ini.

Kali ini aku kembali mendaki dalam program Orang Muda Johor. Nanti google lah yer apakah itu Orang Muda Johor. Under program ini salah satunya adalah mendaki. Bukan sahaja di Mersing, dalam masa yang sama ini terdapat beberapa gunung lain juga sedang berlangsung program.

Lupa....kena mention Southern Volunteer. Yesss.....big name ok. Aku mendapat jemputan sebagai urusetia (jurufoto). Hihihihi......

Berkumpul dan parking di Telok Gorek Resort and Camping. Nanti akan ada pickup yang akan hantar masuk ke pintu rimba.




 


11.11.21

--- Mersing FA, Mersing vs Mukim Endau FC ---

Friendly antara Mersing FA dengan Mukim Endau FC. Mendung dan hujan menyukarkan sedikit gambar diambil. So ini sahaja yang mampu aku buat dan camera pun limit dia itu jer. Hahahahaha....

Aku tertanya-tanya bila dia orang nak lawan yang betul-betul ni? Asyik friendly jer. Huhuhuhu......









10.11.21

--- Latihan Mersing FA ---

Hari ni aku nak aim penjaga gol jer. Jarang-jarang gambar penjaga gol mendapat perhatian sedangkan mereka juga adalah penting. Pertahanan juga.

Tapi sebenarnya posisi mereka yang menyebabkan agak sukar untuk kita snap. Selalu dihalangi. 

Penyerang jangan cakap la. Itu memang highlight la kan. That why gambar Ronaldo always in front of paper. Huhuhuhuhu.....

Takper, kita cuba juga untuk mencari ruang-ruang.




9.11.21

--- Latihan Mersing FA ---

Rutin latihan setiap petang. Hari-hari berlatih. Tak penat ker?

Untuk entry sukan-sukan macam ni, aku tak banyak bercerita sangat sebab aku tak tahu nak tulis apa. Kaki bangku pula tu. Aku hanya aim untuk gambar jer guys......hahahahaha.....





6.11.21

--- Gunung Ledang via Sagil, kembali lagi ---

Ok....panggilan gunung kembali guys... Kali ini kembali ke Gunung Ledang. Ada member mesej ajak ke trip lagenda. Tanpa fikir panjang, on terus. Pastu nama terus diadd dalam group.

Aku sahut cabaran gunung ini kerana nak uji tahap anx_y. Nak tengok berapa peratus aku sembuh dan boleh atasi. Sebelum ni dah ada orang ajak ke Gunung Kinabalu tapi belum bersedia. Daus pun dah kawin. Nak ajak pun segan. Dah tak ada geng.

So aku jadikan Gunung Ledang ni sebagai pengukur. Jika pas, in shaa Allah next gunung ok kot. #siscuba.


Kami berlima bertolak dari Mersing sehari awal dari tarikh pendakian. Check in di Remember Hotel, Bukit Gambir. Kata member, itu pun last-last ada. Kebanyakkan hotel dah penuh sebab perayaan Deepavali. Tapi syukur, kami masih sempat.

Seleaps check-in, follow member cari beg hiking. Alamak...!!! Ini rare. Hampir tidak ada la orang nak hiking esok, hari ini baru nak beli beg hiking. Kecuali memang plan begitu. Di Bukit Gambir ni pula, sebuah bandar kecil. Ada ke beg hiking. Tapi takper, kita berdoa sahaja. Mana tahu ada keajaiban.

Keputusannya, tidak ada. Hahahahaha....

Kami makan awal petang itu. Balik ke bilik dan berehat secukupnya.

Hari kejadian..............

Seawal jam 4.15 pagi, kami bangun dan bersiap-siap. Packing? Semalam dah settle. 5.15 pagi, kami check out dan tayar pun bergolek menuju ke Taman Negara Johor Gunung Ledang, laluan Sagil. Dalam perjalanan itu, kami singgah di sebuah masjid untuk menunaikan solat Subuh. Kata ustaz, better kita buat perkara yang wajib dulu.

Semalam dalam group, dah roger-roger tanya member tentang kedai yang buka untuk sarapan. They said beside masjid have one. So we go there. Dalam kegelapan kabus yang tebal, we miss the enter of Taman Negara Johor Gunung Ledang. Mujur aku masih ingat sikit-sikit. Maka kami turn back. Jumpa kedai makan yang dikatakan itu.

Kedai makan itu bersebelahan dengan masjid dan bertentangan dengan Klinik Kesihatan Sagil.

Kami pun bersarapan seadanya sahaja. Buat mengisi perut dikala pagi. Dengan seberapa cepat, kami menyelesaikannya dan bergerak menuju ke gate Taman Negara Johor Gunung Ledang.


Gambar dari https://my.worldorgs.com/


Terkasima sekejap takkala kami mula memasuki jalan taman negara. Superb view. Kami berhenti seketika untuk bergambar. Takper lambat sikit. Hahahahaha.....

3.11.21

--- Mersing FA, Mersing vs Kluang ---

Game ke dua aku diminta tolong shot oleh member. Katanya demi anak-anak Mersing dan sukan bola sepak Mersing.

Game berlangsung di Stadium Kluang. Request member agar diletakkan logo Mersing FA pada gambar-gambar tapi aku cari tak jumpa. So jalan dululah gambar ni. Next game kalau ada logo tu kita letak.

Gambar malam ni banyak noise sebab camera A6000 aku ni limited kalau malam. Kurang cahaya. Tapi member minta shot mana-mana patut jer. Kalau yang A7R2 ok malam tapi lense pendek. Aku dah bagitau hasil gambar hanya sekadar eksperimen malam jer. Lawa memang tak lawa.

Tahniah kepada Mersing kerana berjaya pada malam ini. Berapa score tak ingatlah plak.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...