25.11.17

--- Kejohanan Liga Paintball TaHa@U 2017, Grand Final, Separuh Masa Kedua ---

Ok...ok.... kejap lagi game kalah mati akan berlangsung. Masing-masing team sedang warm up. Masing-masing nak menang. Termasuk team UTeM turut membuat persiapan. Siap bincang siapa nak kalah atau menang. Ye la sebab lawan sama universiti. Mmmmm....




--- Kejohanan Liga Paintball TaHa@U 2017, Grand Final ---

Dorito One....! Dorito One.....! Snake...! Snake.....!

Begitulah kedengaran dari luar gelanggang paintball Liga Paintball TaHa@U 2017, Grand Final baru-baru ini. 

Peringkat Zon Selatan telah dijalankan sebelum ini di UiTM. Top 8 dari setiap zon di bawa ke peringkat kebangsaan yang diadakan di IPG Bangi ini. 2 daripada 6 pasukan UTeM berjaya dalam Top 8 dan layak bertanding di sini. Tahniah...!!! Klik untuk lihat game peringkat Zon Selatan.

Ok...aku cite panjang-panjang memang tak ada masa. Layankan aje gambar-gambar sepanjang pertandingan berjalan.

Hujan renyai-renyai pada pagi tersebut. Hujan lebat semalam menjadikan padang ini berlecak. Pada mula aku tengok pun segan-segan aku nak snap-snap. Mana taknya, player-player ni semuanya sliding dalam lumpur. Merecik habis hawau.....

Mula-mula jer segan, pastu dan ok. Dah tak kisah kotor apa pun. Atas bantuan junior-junior, aku dapat masuk ruang perang untuk shoot lebih dekat. 4 das tembakan aku kena. Tak nak sebut bahagian mana. Malu. Hahahahahaha.....

Aku rasa ada player yang sengaja tembak sebab aku tak snap pic diaorang. Hahahahahaha.....








Team UTeM 2






4.11.17

--- Hari Bersama KeReX ---

Aku tiba di UTeM tepat azan Isyak dilaungkan di Masjid Saidina Abu Bakar, UTeM. Whatsapp junior bertanyakan lokasi aktiviti malam ini. Katanya di Kem Perintis. ku respon balik, "...masa saya belajar di UTeM, belum ada kem tersebut", hahahahahah. Rupa-rupanya kem tu berdekatan dengan tasik. Ok, dah faham. Terus pandu kereta ke sana.

Masa sampai tu mereka masih lagi sedang menjamu selera. Dah cakap jangan sambut masa ketibaan tetapi biasa la kita ni kan orang Melayu yang penuh dengan adat dan tinggi budi bahasa. Berborak kejap di tepi tasik dengan dengan AJK dan AMT. Menurut presiden, ini merupakan pertama kali KeReX dapat buat perkhemahan di tapak kem ini. Maka terhasillah HARI BERSAMA KeReX. Haaaaaaaaaaaaaaaaaa.....itu sebabnya nama program ini 'HARI'. Sebelum ini, ia lebih dikenali sebagai SEHARI BERSAMA KeReX.

Kata pengarah program HBK, Syamil, sebentar lagi akan diadakan persembahan kumpulan atau lebih dikenali malam kebudayaan. Peserta telah dibahagikan kepada 9 kumpulan yang terdiri daripada 71 peserta. Tema persembahan ialah akustik, perodi, acapella dan drama muzikal. Wow......emezim!!! Tak sabar nak tengok.

Sementara itu, presiden ada bertanya tentang sejarah penubuhan KeReX. Dia nak buat bahan bercakap kejap lagi. Aku pun sebenarnya tak tau sangat. Aku pun goreng je lah. Asal logik. Harap Hazim dapat goreng juga fakta tersebut. Hahahahaahahaha...... Goreng-goreng pun bukan la merapu. Isinya ada cuma tak tersusun. Yang benar-benar tau penubuhan ni ialah Salam, Rashid dan Che Pul jer.

Takper.....ni satu idea. Jelajah Mencari Sejarah KeReX.......... Waaaaaaaaa.....

Antara senior KeReX yang hadir malam ni ialah Sharul, Tika, Aireen dan Zul. Terima kasih kami ucapkan kerana sudi datang memberi semangat kepada kami. Eh!!! Kami ker?

Ok...masa persembahan dah nak mula guys....

Kelihatan Naib Presiden 1, saudara Syafiq memulakan bicara. Warm up session... Banyak idea nak cakap si Syafiq ni. Good2.....



Seterusnya...... ucapan presiden KeReX, Saudara Hazim. Mula memperkenalkan diri. Jual...jual...jual..... Pastu masuk story tentang penubuhan KeReX. Pandai dia goreng dow..... Dulu masa Home Coming, Hazim ni macam pasif jer. Mungkin dia segan dengan kehadiran Rashid, Teng, dan lain-lain. Dua tiga patah jer cakap. Tapi malam ni, siap boleh buat lawak lagi. Pastu acah-acah bergurau dengan gadis-gadis junior. Hahahahahaha........ Faham-faham, dia saja nak create happy mode.

Seterusnya AJK dan AMT yang lain memperkenalkan diri.

Teringat masa Trans Gopeng dulu.......

Menghayati penceritaan, Hazim presiden KeReX


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...