Selamat pagi wahai teman-teman.
Berusaha bangun seawal pagi kerna mau lihat suasana dan yang paling penting puncak Gunung Kinabalu. Alhamdulillah....berhasil....
Dari bawah, aku berlari pula ke roof top untuk ambil gambar.
Kelihatan beberapa orang remaja sedang berjogging. Mmmmmm....baek gak ek jogging-jogging. Memandangkan masa yang terbatas, ini sahaja yang boleh layan. Hotel ni jika ada basikal, pasti ku sewa untuk pusing-pusing dan mencari port-port terbaik.
Siap-siap untuk turun sarapan. Turun sarapan sekali dengan check out. Tidak perlu lagi naik. Masih banyak agenda katanya.
