24.3.18

--- Trans Jerging Yang Tak Complete ---

Sebaik sahaja lepas up status di facebook yang bertanyakan trip, member aku Zu, mesej mengajak ke trip Trans Jerging. Wow.....apa tu Trans Jerging? Trans Jerging ialah trip yang meliputi puncak Suku, Irau, Yellow dan Pass. Irau dah pergi, tinggal 3 puncak jer belum.

Kebiasaannya trans ini dilakukan 3 hari 2 malam tetapi Zu punya plan nak buat day pack. Macam biasa, soalan akan aku tanya ialah samada trip ni hakkur atau tidak. Kata Zu, biasa-biasa jer. So, ok la. Aku join. Gerak malam ni sekitar jam 9.00 malam.

Dengan apa yang ada, aku packing. Selesai Maghrib, terus ke Alamanda cari bekalan. Kemudian terus ke rumah Zu di Kajang. Tunggu pula yang lain datang pick up.

Jam dah melewati 10 malam tetapi rakan-rakan belum sampai.

Setelah lama menunggu, sebuah Kelisa tiba di depan rumah Zu. Kami pun cergas dan bergerak menuju ke Subang Jaya untuk pick up seorang lagi (Alep). Kelisa nak masuk 5 orang. Ko rasa. Hahahahahaha.......

Kami bertemu dengan sebuah lagi kereta di Hentian RnR RTC Gopeng. Jumlah ke semua line up adalah 9 orang. Semua lelaki. Makan dan tapau breakfast dan lunch pack.

Starting point

Sekitar jam 3 pagi lebih, kami tiba di starting point. Sebuah kereta ditinggalkan di sini manakala sebuah lagi di seberang jalan signboard SELAMAT DATANG KE CAMERON HIGLAND. Kenapa parking di situ? Sebab itulah ending trip trans ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...