25.3.14

--- Hari 1 Xi’an ---

25 Mac 2014, selepas 13 jam di dalam keretapi, alhamdulillah, kami selamat sampai di Stesen Keretapi Xi’an. Kiri kanan laluan keretapi hanyalah kebun-kebun sayur yang terbentang luas. Iklimnya sejuk. Smile Bukan itu sahaja, ada juga gunung ganang. Nyaman suasana.

DSC03192
DSC03195
DSC03198

Ulat, kereta sapu, teksi, agen dan bermacam-macam lagi. Itulah yang ditempuhi sebaik sahaja keluar dari pintu gate stesen keretapi ini. Pelbagai tawaran. Terdapat beberapa kertas nama yang dipegang oleh agensi-agensi atau hostel-hostel yang sedang menunggu customer diaorg. Mata aku juga ligat mencari nama aku. Sebenarnya, masa di Beijing lagi, aku dah e-mailkan pihak hostel. Sambil melihat-lihat tu, kami terus diasak dengan pelbagai tawaran. Ada yang pandai cakap omputih. Apapun, kami tidak terpikat kerana tak faham.

Terus menunggu………….. sehinggalah ada seorang minah ni dengan baiknya menyapa dan bertanya. Dia pandai cakap omputih. Dia tidak mendesak dengan tawaran perkhidmatan tapi ia sedang memberi maklumat. Haaaaaaa……nampak tak taktik dia. But, the strategi is work.

Dia menceritakan suasana di sini bla….bla….bla….. last sekali, dia bagi card. Hahahahahaha…….mulanya aku ingatkan dia orang biasa, rupa-rupanya dia juga ejen. Kemudian dia terus offer perkhidmatan beliau. Aku tertarik sebab dia sering kali cakap, its ok if you don’t want. I’m just shared and telling you. If you need, just tell.

Akhirnya, dalam berbual-bual tu, kami beritahu la destinasi hostel. Dia pun kata, yes, I know that hostel. Not far. just round or corner. Pastu, dia nyatakan kadar tambang van. Akhirnya, kami pun setuju.
Maka, berjalanlah kami menuju ke van. That lady keep talking telling about pakej and interesting place. Actually, kami masih ragu-ragu dan takut sebenarnya. Antara sebab kenapa kami menerima tawaran beliau adalah kerana, katanya, ‘sometimes pihak hostel tak datang ambil…….’.

Sesampai di van, aku terkejut sebab van dia besar dan macam tak sepadan dengan nilai tambang yang murah itu dan kami 3 orang sahaja. Aku mula syak sambil berkata pada 2 orang rakan aku samada kita akan diculik. Hahahahahaha….nampak tak betapa negatifnya fikiran aku. Ada logiknya juga dengan senario terbaru berkaitan #MH370.

That lady very nice, pastu suruh kami letak beg dalam vannya. Owh…ya! Aku terlupa. Masa kami berjalan tadi menuju ke van ni, ada seorang lelaki around 40an juga follow. Aku ingatkan geng lady tu. Suddenly, mereka macam bercakap dalam bahasa China dalam high volume gak la. Kami dah macam, ‘what happen nih?’. Orang tu pun blah dengan dengan agak tak puashati gak la.

Ok….sebelum nak naik van tu, that lady macam boleh baca riak aku seakan-akan tidak percaya dengannya sementah lagi dengan adegan tadi. Dia terus convince kan kami. ‘Don’t worry. You can trust me.’ Hahahahahaha…… Ok, naik la kami. Dalam van, lady tu pun story teantang kes tadi. Katanya, ‘ lelaki tadi mendakwa bahawa, kami ni adalah pelanggannya.’ Kami macam terkejut. Aku cakap, ‘kami tak kenal dan tak tahu’. Katanya lagi,’kami dah deal dengan dia. Sebab itu dia follow kami’. Bertambahlah kerut di dahi kami. Lady tu cakap lagi, ‘lelaki tadi cakap, dia dah curi pelanggan. Itu yang macam nak gaduh tu tadi’. Sambil itu, lady tadi menasihati bahawa kadang-kadang, itu semua taktik.

Dalam perjalanan tu, lady tu masih lagi bercerita tentang pakej. However, kami beritahu tentang situasi kami yang tidak berduit ini, Namun begitu, semangatnya tetap kental. Beliau beralih kepada pakej yang murah pula. Hahahahahaha……

15 minit kemudian, kami pun sampai. Fuhhhhhh…!!! Debaran tadi berakhir juga. Selamat tiba. Kami mengucapkan jutaan terima kasih. Kami memberitahu yang beliau, ‘….you are very nice lady and good service….’. Kami pun bayar. Tak hinggat berapa dan kad pun hilang tah mana. Sebelum beredar tu, dia masih berharap. Katanya, jika nak, contact jer. Anytime….

Han Tan Inn, hostel kami di Xi,an. Kami pun check-in. Aku sempat bertanya, tentang email yang aku send untuk di pick up. The lady macam agak terperanjat. Lebih kurang macam ni, ‘…eh…! tak ada orang pergi ambil meh…? Saya sudah beritahu itu driver lor. So, how u came here?….. '. Aku cakap, ‘datang dengan van’. The counter lady apologize about this happen. Omputih sangat aku tulih kan. Smile with tongue out

IMAG0378 2
DSC03232

Alhamdulillah, hostel ni nampak menarik terutama di bahagian entrance dia. Ada macam-macam warga pernah menginap di sini. Ada juga offer-offer, makanan, event, trip dan bermacam-macam lagilah. Kami di bawa naik ke bilik. Hostel ni terletak di satu lorong kecil. Jika kat Malaysia, suasananya macam horror la. Tapi sini ok jer. Terdapat satu lagi hostel dalam lorong ini. Rasanya satu owner. Hihihihihi…..
Korang tinggal dalam satu bilik ker? Campur laki perempuan?

Yup….betul, kami sebilik. Nampak tak ada 3 katil tu. Jika kat Malaysia, memang dah kena tangkap khawat dan berkemungkinan aku akan dapat 2 bini sekali gus. Hahahahahahaahahahahahaha…….. But don’t worry, kami tak buat apa-apa pun. Kami masih menjaga batas-batas. Eeeeeeeeeeee…….jawapan macam gedik jer kan, Kahkahkahkah……. Smile

Nak explain pun malas. Bagi mereka yang pernah dan selalu travel tu, faham kot. However, kita sebagai muslim, adalah di larang. Tak kisah la cakap, ‘tak buat apa-apa pun’. Dan aku mengaku ianya salah. Sebenarnya, sebelum datang ni, aku ada ajak member-member laki. Tapi masing-masing ada komitment. Maka, untuk jimatkan kos, maka campur juga lah. Untuk informasi, hostel ini juga menawarkan dorm 4-6 katil. Tapi kami ambil yang satu bilik 3 katil bagi keselesaan dan memudahkan kami.

Suka untuk aku sarankan, pada mereka yang berkelana tu, spend la duit lebih sedikit for penginapan untuk tidak campur lelaki dan perempuan. Atau, ajak teman sejantina. Gituuuuuuuu………

Ok, berbalik kepada hostel, suasana dalam bilik selesa cuma sempit sedikit. Sesuai dengan hargalah. Nak banding dengan Malaysia, tak mungkin dapat macam ini. Seriusly….. Bilik ni, satu kepala around RM30/seorang. Ada wifi, hot water, toiletries,  tilam empuk, selimut, bantal, tv bla…bla….

Kalau Malaysia, RM65 tu pun tak setanding dengan yang dapat nih. Mungkin orang cakap, barang Malaysia mahal. Hmmmmm……terpulanglah. In shaa Allah, one day, aku pun nak buat baget hotel gak. Kihkihkih……. mampuuuuuuu?

Buat pengurusan diri sebelum keluar jalan-jalan kejap lagi…

DSC03199
DSC03202
IMAG0380

Kami keluar berjalan-jalan, berpandukan map yang kami perolehi daripada kaunter hostel. Kami juga bertanyakan tentang bank sebab kami nak tukar duit. Alhamdulillah, kami berjaya tukar duit. Tapi bukan Ringgit. Yan menukarkan duit Korea dan Singapore.

Ok, just information, bandar Xi’an sebenarnya dikelilingi satu wall berbentuk segiempat yang dikenali sebagai City Wall. Wall ini dibina semasa zaman Dinasty Ming 1368-1644. Tujuan, tidak lain dan tidak bukan adalah sebagai benteng pertahanan.

Wall ni memang sangat tebal. Terdapat 11 pintu masuk. Pintu utama 4. Lain-lain pintu mungkin sudah ditutup atau tidak digunakan lagi mengikut pelan pembangunan semasa.

Percaya atau tidak wall ni sebenarnya masih utuh dan kuat. Seolah-olah tidak makan dek zaman. Peredaran sudah berlalu. Perang pun dah tak ada. Wall ni dah jadi satu monumen pelancongan jer. Wall ini boleh naik ke atas dan mengelilinginya dengan berbasikal atau berjalan. Pilihan kena tanya kocek lah. Hahahahahaha…….

IMAG0379

City Wall merupakan antara lokasi yang akan kami jejaki. Maka, selepas selesai berurusan di bank, kami pun berjalan menuju ke South Gate of City Wall. Kenapa South? Sebab gate tu paling dekat dengan hostel. Haish…….

Dalam perjalanan nanti, kami melalui Provincial people’s Government dan Bell Tower yang berada di tengah-tengah bulatan. Jangan bahayakan diri dengan melintas seperti ayam jika hendak ke sana. Sila guna laluan bawah tanah. Menariknya laluan bawah tanahnya ialah besar dan macam supermarket. Ada kedai, kiosk dan macam-macam lagi. Kaunter tiket untuk nak naik Bell Tower pun dari bawah juga.

24.3.14

--- Hari 4 Lastday di Beijing ---

24 Mac 2014, hari ke empat dan merupakan hari terakhir di Beijing. Bosan? Tak juga. Beijing ok jer cuma disebabkan akses internet yang terhad menyebabkan pencarian tempat-tempat menarik untuk dilawati menjadi sukar. Di tambah pula dengan masalah bahasa. Tapi takper, lokasi yang terkenal dah pun dilawati. Kira tercapai la impian. Great Wall, Olympic Stadium dan Nujie Mosque.

Malam ini, kami akan bergerak menuju ke Xi’an dengan menaiki keretapi. Memandangkan waktu siang ni tak tahu nak buat apa, kami rancang untuk ke Summer Palace.

Owh….. masa kami keluar ni, kami dah check-out dan beg kami tinggalkan di kaunter hostel. Don’t worry, sebab memang pihak hostel dah faham. Semua pelancong buat macam tu.

Sebelum kami keluar, kami sempat berselfie dengan Alex dan Lucy. Mereka akan meneruskan pengembaraan mereka ke Guilin. Dari Beijing ke Guilin dengan keretapi memakan masa 24 jam. Hihihihihi……… Kami juga sempat bertukar-tukar facebook. Tapi sayang, gambar takder sebab handphone tu hilang di Chengdu. Huhuhuhuhu……

Untuk ke Summer Palace, bolehlah turun di Beigongmen Station (4). Pastu nanti, ada jer signboard pada exit D. Keluar jer dari exit tu, berjalan terus ke hadapan. Dalam 10 minit, sebelah kiri, ada kaunter tiket untuk memasuki kawasan Summer Palace ini.

Summer Palace ni jika dialih bahasa, bermaksud Istana Musim Panas. So, biasa la, golongan istana kan ada macam-macam jenis istana. Palace adalah salah satu istana hinggap. Mungkin dibina untuk Permaisuri, Maharani dan lain-lain. Kawasan istana ini mengadap sebuah tasik, menjadikan ianya sangat cantik. Seperti yang diketahui, kaum Cina mempunyai Feng-Shui dalam kehidupan mereka.

DSC02976
DSC02977
DSC02979
DSC02980
DSC02981 2
Sempat membetulkan tudung di kaunter tiket
DSC02984
DSC02988
DSC02989
DSC02990
DSC02991
DSC02993
DSC02994
DSC02995
DSC02996

23.3.14

--- Hari 3 Jalan Jalan di Beijing ---

23 Mac 2014, Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan kekuatan untuk menerokai Bumi Beijing ini pada hari ke tiga.
Pagi ini, kami sengaja tidak keluar terlalu awal kerana nak solat di hostel jer. Malas nak cari tempat solat nanti kat luar. Oleh itu, kami keluar sekitar jam 11 pagi lebih. Kami nak breakfast di satu kedai muslim yang kami jumpa semalam. Jika korang nak pergi, follow jer map yang aku gigih lukih nih. Tak jauh pun. Dekat jer. Jalan ikut anak panah tu, nanti ada satu lorong sebelah kiri. Kedai tu kat situ lah.

Menarik makan kat sini sebab harganya tidaklah mahal sangat dan makanannya banyak. Hihihihihihi……. Lepas makan, kami balik hostel untuk solat.

Map
DSC02916
DSC02915
DSC02909
DSC02917
Mohon berhati-hati dengan lalu lintas di Beijing ni. Ada lampu isyarat tapi macam tak ada. Dia orang memang cenderung untuk tidak ikut. Pastu laluan motosikal dan basikal pun bahaya juga sebenarnya bagi pejalan kaki. Hmmmm…….

DSC02918
DSC02922
DSC02924
Hari ni hari yang leisure jer. Tidak pergi ke tempat-tempat yang heavy. Kami nak gi shopping. Walhal sedar diri duit takder. Tapi gigih nak shopping. Lokasinya ialah Yashow Clothing Market. Turun di Tuanjiehu (10) Station.

Tipnya, naik ke atas. Berdiri mengadap jalan utama. Berjalan arah kanan. Jumpa simpang, jalan utama. Belok kanan dan jalan terus. Terus jer. Nanti dalam otw tu korang akan temui pasar jual barang-barang lama. Dijual di kaki lima situ jer. Dia macam ala-ala pasar karat gitu. Ada macam-macam jenis barang purba, tak purba, kraftangan bla….bla….bla…… Keaslian barang? Wallah hu alam….

Pastu korang akan jumpa pula mall yang urban. Haaaaaaaaaa….kawasan ni baru kami nampak banyak anak-anak muda/mudi yang berfesyen. Lepas dari bangunan tu, haaaaa….nampak belah kanan bangunan Sanlitun Yashow Clothing Market.

Dalam bangunan ini, macam-macam barangan ada jual. Pakaian, gajet dan bla…bla…bla….. Serius, macam-macam ada. Dan, ini merupakan lokasi ke dua selepas Masjid Nujie, kami bertemu dengan orang Malaysia. Hahahahahahaha….nampak tak? Orang Mesia memang suka shopping. Ada auntie tu, siap bagi tip dan nasihat lagi pada mereka dua ni, “…jika nak barang, tawar habis-habisan…..”…….hihihihihihi………

Masa jalan-jalan tu, macam teringin jugak nak beli sehelai dua sebab murah sangat. Tapi, sedar diri yang poket pun tak tebal sangat. So layankan mata jer. Tapi, dua orang member aku ni ada hasil tangkapan. Nak tahu, apa diaorg beli? Diaorang beli set cadar. Ya Allah…… dah la dalam mode travel, diaorg boleh beli benda tu. Jenuh mengangkut balik hostel.

Ada satu lagi mall silk. Tapi kami malas nak pergi sebab, rasanya suasananya kompom lebih kurang jer. So, kami plan nak balik. Nanti malam nak keluar tengok akrobatik theater.

Jangan tak percaya, penjual di sini boleh berbahasa Melayu.  Nama macam Islam, tapi bile bagi salam, tak dengar pun jawab. Hmmmmmm………. Layanan, terbaik. Dia layan sampai korang beli. Hihihihihi…….

DSC02926
DSC02929
DSC02931
DSC02936
DSC02937
DSC02939
Hari pun malam. Kami bergegas-gegas keluar. Mudah sahaja nak ke theater ni. Turun di Hujialou (6)(10) station. Sebelum masuk, kami menunggu ejen tiket. Tiket ni diuruskan oleh Yan. Power Yan. Siap guna agen luar negara lagi untuk tiket. So, jangan main-main dengan beliau. Kihkihkih……..

Keseluruhan persembahan ini, tidak membosankan. Gaya persembahan yang awesome dan menarik. Tak rugi la beli tiket mahal-mahal. Ramai mat salleh yang menonton theater ni.

DSC02941
DSC02942
DSC02945
DSC02947
DSC02950
DSC02952
DSC02959
DSC02960 2
DSC02963
DSC02965
DSC02968
DSC02969
DSC02970
DSC02973
DSC02975
Selamat malam…….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...